Sunday, November 6, 2011

KESIAN DEKAT KAWAN AKU.....

Assalamualaikum.......

Hari ni aku nak kongsi kisah tentang seorang kawan aku di maktab.. Aku kesian kat dia.. Ramai gak kawan-kawan aku kesian dan simpati dengan dia... Aku rasa macam apa yang menimpa dia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. Tapi, aku harap dia tabah dengan segala apa dugaan yang ALLAH SW.T berikan kepadanya..


Masa naik cuti Deepavali aritu.. Aku tengok mata kawan aku yang sorang ni bengkak..  Menurut sumber dari rumate aku, mata kawan aku tu terkena RACUN RUMPUT!!!!! 


kau bayangkan kalau mata kau terkena racun rumput? Camner ek?


Masa tu dia nak racun rumput, lepas tu, dia ingatkan penyembur tu tersumbar or ada probs..So, dia belek-belek lah penyembur rumput tu.. Tiba-tiba terpancut kat mata dia...

So, dia bubuh mata dia dengan ubat mata kottttt.. Nampak macam dah elok... Then, masa nak balik maktab naik motor, mungkin mata dia terkena habuk kat jalan or lebuh raya kot.. Sampai kat maktab, mata dia rasa gatal... Mungkin dia menggosok matanya yang gatal tu.. Bangun jerk tidur, dia tengok mata dia dah bengkak...

Then, dia pergi klinik petang tu.. Tak silap aku klinik AL-ZAHRA kat Bangi.. Dia ditemani rumate dia dengan menaiki motor kesayangan dia yang baru sahaja beli.. Masa nak masuk kedai tu, memang penuh... Dia  nak beli ubat mata rasanya.. Tapi, orang tu mungkin kata ubat mata yang dia nak tu takder.. So, dia pergi Klinik berdekatan dengan klinik Al-Zahra tadi..  Klinik tu pun penuh jugak.. So, bila dia nak balik tu, MOTOR KESAYANGAN dia DAH TAKDER!!!!!! PADAHAL TAK SAMPAI 10 MINIT PUN!!!! MOTOR DIA KENA CURI!!!!

Pergh..batch aku semua memang simpati kat dia.. Yelah kan.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Tapi tu lah, aku memang tak sangka.. Dah lah mata dia tengah sakit, lepas tu dalam masa yang sama, motor dia plak hilang..

Menurut saksi, ada yang perasan sorang budak laki duk belek-belek motor dia tu.. Masa motor tu dibawa lari, ada orang perasan orang yang menaiki motor yang terlibat dengan kecurian tu.. Dan orang tu memang dah hafal  nombor pendaftaran motorsikal tu.. Laporan polis pun telah dibuat.. Aku harap, kita sama-sama doakan supaya pihak polis dapat menangkap suspek yang terlibat dan motornya dapat ditemui semula..Semoga naik cuti Raya Haji nanti, segalanya baik buat dia.. Amin...


 Apa-apa pun, dikesempatan ini, aku nak MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA KORANG SEMUA YANG SUDI BACA ATAU MENYINGGAH KE BLOG AKU NI... THANKS SEMUA :)


5 comments:

mira_nas said...

ish.kesian dia.moga tabah hatinya.Salam aidil adha ye.

qasehraihan said...

huhuhuhu...kesian dia..
bertimpa-timpa ek?huhu

Ce'gu JAERA said...

aduh kesiannya kan.. dsudah jatuh di timpa tangga plak nasib dia.. semoga dia tabah dengan ujian ini..

Salam aidil adha ye.. semoga kita berkorban di jalan yang di redhai Nya..

Cik Nuyu said...

oh... siannya dia... salam aidiladha fiq..

♥ Nana BamBam ♥ said...

seksa menangung kepedihan mata tuh kan...semoga die cepat2 sembuh..

selamat hari raya qurban cikgu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails