Sunday, January 5, 2014

EPISOD AKHIR BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

Assalamualaikum..

Apa khabar semua. Wah, mesti korang pelik tengok tajuk kat atas tu kan? Yelah kan, dramanyer baru -episod berapa, aleh-aleh aku dah tulis pasal episod akhir.. Ha, entry kali ni, lebih kepada EPISOD AKHIR dalam novelnya dan REVIEW NOVEL BUKAN KERANA AKU TAK CINTA.. Hehe.. Sila jangan marah saya! Ampun!

Sebenarnya, masa mula-mula aku jumpa novel ni kat kedai, aku ingatkan ni buku MOTIVASI tau..Yelah kan, dengan cover cam tu..Style sangat. Rupa-rupanya baru aku tahu tu novel.. Heheh..


(cover yang sangat smart.. Nampak macam taraf antarabangsa sangat!!!!)

Then, masa tengok drama tu kat Youtube, orang duk cakap best.. Aku pun tengok lah..Pergh! Serius Nelydia Senrose dengan Shaarnaz sesuai diganding berdua.. Esoknya  terus aku pergi kedai, cari novel tu. Balik, apa lagi, terus baca lah. Haha..

Rasaku:

Serius, bagi aku novel ni SANGAT BEST! Sebab apa? Flow dia cantik, lancar jerk bila baca. Rasa maam nak melekat dengan novel tu.. Haha. Perkembangan watak yang sangat baik. Pembaca dapat mengekalkan ekspresi mereka bila kenal dengan lebih mendalam dengan watak Mastura dan Jebat. Sampai aku rasa, ada wanita-wanita yang baca novel ni, feeling-feeling dengan Jebat. Oh lupa, panggilan mereka Abang Jebat. Haha..

Sebenarnya aku tabik dengan novelis ni sebab dia berani main dengan isu Kongsi Gelap dalam novel ni. Aku rasa dia ada membuat kajian dalam menulis novel ni. Thumbs up!

Banyak part menarik dan geram dalam novel ni, lebih-lebih lagi masa part Arian (Iqram Dinzly) campak bunga yang diberikan Jebat untuk Mastura ke dalam tong sampah. Bila Mastura tahu jer, gigih pompuan tu cari dalam tong sampah. Padahal dia allergic dengan bunga. Tapi disebabkan Jebat yang bagi, maka dia sanggup dapatkan bunga tu. Siap tampar pipi Arian lagi! Mantap!!!!

Watak Mak Cik Sari dengan Fisya pula sentias amengundang tawa. Even watak sampingan dan hanya keluar sekali sekala, namun bila baca, rasa seronok tu bertimpa-timpa. Lawak sepanjang masa. Memang tak kering gusi dibuatnya.. Hehee..

EPISOD AKHIR BUKAN KERANA AKU TAK CINTA


(aku suka tengok permulaan drama ni.. Unik! Kreatif!!!! Memang menunjukkan yang Jebat dan Mastura dari dua dunia yang berbeza)

Aku membayangkan yang Jebat akan bawa Mastura tinggal dekat Dragon Villa miliknya. Takpun kat banglo besar pemberian Tok Ayah. Tapi still kat kotej tu.. Hehe..Yang penting Jebat dapat kerja baru. Siap boleh ajar seni mempertahankan diri lagi!!!! Oh yer, dalam final episod, jujur aku cakap, aku ditipu dalam novel!!! Bila baca diari yang ditulis Jebat untuk Mastura memang sayu. Lepas Jebat kena dengan pompuan jahat tu, aku ingatkan dia mati... Siap baca diari bagai, melawat kubur lah..Rupa-rupanya tak!!! Kubur tu kubur parents dia... huhu..Oh yer, tapi kesian jugak dengan Irine sebab dia jadi macam tu. Padahal muda lagi. Siapa agaknya yang bawak watak Irine dalam drama kan? Tertanya-tanya aku.

Nak citer lebih-lebih pasal part akhir ni macam tak sedap plak, takut tak suprise untuk penonton filem tu.Tapi kalau rasa cam tak sabar sangat, sila baca novel tu.,Memang berbaloi! huhu

Siapa aku bayangkan masa baca novel ni?

Kak Hannah, Abang Uwais, Abang Wahab, Fisya, Mak Cik Sari hatta Mastura dengan Jebat memang totally aku ikut drama. Tapi bayangan Shaarnaz sebagai Jebat kerap kali bertukar dengan Aaron Aziz. Haha.. Tapi Mastura still Nelydia. Sesuai giler dia dengan watak tu..

Irine plak aku bayangkan Carmen Soo (sesuai sangat aku rasa) , Tiger plak aku bayangkan Syamsul Yusof.. (Pengaruh KL Gangster lah ni)..Haha

Sebenarnya, untuk kepuasan berganda, better baca SUAMI KU BENCI dulu, baru baca BUKAN KERANA AKU TAK CINTA sebab ada kaitan antara kedua-duanya. Feel tu lagi berganda lah kiranya..Tapi aku ak baca pun SUAMI KU BENCI tu dulu, aku terus baca BKATC.. Still best bagi aku.. dan setelah membaca novel ni, aku merasakn novel ni antara NOVEL FEVERET AKU...
Aku bagi 5/5 bintang!!!! Sangat puas hati!!! Tahniah Kak Eman Sufi :)

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails