Assalamualaikum..
Lama giler babeng tak update blog!!! Hahaahhaa.. Okay, tengah-tengah agak free ni..Tetiber rasa nak review buku.. Ha, korang dah baca novel TEMAN ROH ni? Ha, kalau belum try lah baca.. Huhu..Nak tengok review? Jom bacaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
(Aku beli daripada penulis sendiri..Dapat autograf..Excited plak aku..huhu)
Ok, mula-mula ingatkan novel ni lebih kurang macam drama yang kat tv lakonan Cheryl Samad ngan Naz Rahman tu..Apa ek namanya? Ghost kottt.. Sebab cerita tu sangat best.. Terus teruja nak beli..Haha.. Bila dibaca, meleset sama sekali. Karya ni punya keistimewaan tersendiri.
Serius drama ni bestttttttttt.. Tapi yang season 2, tak dapat tengok penuh..sapa ada link download.. Tolong beritahu..thanks..huhu :)
Novel ini mengisahkan tentang Suraya, seorang pembaca berita di TV13 menerima figura rama-rama dengan kata-kata pelik. Paling mengejutkan apabila roh pelakon Ryzal Mirdad yang dipercayai hilang tu muncul kat depan dia. Hanya dia seorang saja yang boleh nampak. Maka bermulalah misi Suraya dan Ryzal untuk mencari di mana tubuh Ryzal berada. Mati kah? Hidup kah? Semua jadi persoalan. Siapa dalangnya dan apa kaitan dengan figura rama-rama menimbulkan pelbagai tanda tanya di benak pembaca.
Penggunaan figura rama-rama yang datang kepada Suraya sangat membuatkan saya terfikir.. Pe benda alah ni? Apa akan terjadi selepas ni?
Pembaca akan dibawa selangkah demi selangkah untuk mencari dalang sebenar yang menculik pelakon terkenal Ryzal Mirdad. Memang kita akan berteka-teki. Tapi ternyata novel ni berjaya membuatkan tanggapan saya meleset sama sekali! Argh!!! Tak sangka dia lah dalang semua ni! Sepatutnya saya harus percaya kata-kata watak dalam novel ni iaitu "Jangan percaya dengan apa yang kau lihat..."
Unsur seram dalam novel ni boleh dikatakan ada, tapi tak banyak. Kalau digarap dengan bahasa suspen yang tinggi, mesti lebih mendebarkan...Paling mantap ending dia! Hahaha.. Asyik terbayang jer kata-kata budak perempuan tu! Thumbs up Fatrim! Tepuk tangan! Pap..pap..pap..
Kekurangan yang boleh dibaiki pula, errr..sebelum tu, minta maaf Fatrim.. Saya sedikit terganggu dengan lenggok bahasa dalam cerita ni.Sebab kadang-kadang saya pelik, eh bukan tadi macam ni ker atau macam tu? Sehinggakan saya terpaksa ulang balik baca perenggan sebelumnya, baru saya faham..mungkin saya yang blur kott (ketuk kepala..haha)..Pertengahan cerita agak hambar bagi saya..Permulaan mantap dan fasa peleraian memang tip-top!!!
Typo dalam naskah ni juga ada.. Macam tiba-tiba muncul nama Akim, padahal sepatutnya nama Suraya rasanya.. Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada juga harus berhati-hati ketika menggunakannya. Jangan salah letak..Dikhuatiri menggangu kosentrasi pembaca yang peka dengan benda-benda macam ni..huhu..Permulaan perenggan banyak menggunakan `Selepas itu..` Lagi elok divariasikan..Lagi 1, banyak menggunakan penanda wacana "kemudiannya".. Kalau diminimakan lebih elok rasanya..Err, lagi apa ek? Ada sebenarnya..Tapi tak apa lah.. Cukup sekadar itu.. Novel ni kiranya mampu membuatkan kita berfikir dan tertanya-tanya. Thumbs up Fatrim! Sekadar pandangan dari seorang pembaca biasa seperti saya.. Ampun dipinta andai ada terguris rasa! Tepuk tangan sekali lagi untuk anda!
Keseluruhan, aku bagi 3/5 dan diCOP sebagai HARUS BACA!!! :)
2 comments:
Wah apabila seorang guru membaca...ketaq macam hadap juri ketika audition menyanyi...hehehehe... buku ni ada dalam rumah. Abang In yang punya XD heheh
Assalamualaikum, singgah ziarah, follow dan salam perkenalan.
Suka membaca buku ya. Saya ada buat promosi buku saya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM. Jika berminat boleh pesan daripada saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Terima kasih.
Post a Comment