Tuesday, July 1, 2014

FESTIVAL PANTUN DAN GURINDAM 2014

Assalamualaikum..

Maaf sangat-sangat sebab dah lama sungguh tak update blog ni.. Mood tu ada, cuma bila dah bukak lappy, nak menaip tu pulak tak ada..Last-last terbengkalai..Ish..ish..ish.. Ha, ni nak cerita sikit.. Tahun lepas aku pernah post fasal TEMASYA PANTUN DAN DONDANG SAYANG 2013 kan?


Ha, tahun ni aku masuk lagi..Alhamdulilah dapat turut serta.. Rasa bersyukur sangat.. Memang sejak aku dapat saguhati tahun lepas, semangat aku berkobar-kobar untuk menjulang gelaran juara tahun ni.. Gittewwwww..haha.. Penganjur IPG Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta GAPENA..

Okay, jujur aku cakap, aku rindu dengan kawan-kawan di sana.. Masih ada muka lama, tapi lebih ramai muka baru.. Cuma bagi aku, suasana pertandingan kali ini tidak semeriah dulu.. Bukan aku seorang yang cakap, kawan-kawan aku yang lain turut merasakan benda yang sama.. Entah..mungkin peserta-peserta yang happy go lucky tahun lepas sudah tidak menyertai untuk tahun ni agaknya...

Pertandingan kali ni mengekalkan PANTUN dan juga menambah elemen baru iatu GURINDAM.. Serius bagi aku program ni bagus.. Membudayakan pantun dan gurindam kembali dalam kalangan siswa pendidik.. Aku sangat teruja dapat dengar peserta melagukan gurindam.. Sampai ada yang maik gitar.. Memang menusuk kalbu..

Untuk pantun pula, peringkat saringan aku dipertemukan dengan peserta dari IPG KENT iaitu saudara Aliff Haikal Tarmizi.. Tema yang kami bawakan ialah EKONOMI.. Mencabar juga tema ni.. Tapi, secara jujur, tema ni juga yang aku tunggu-tunggu..Gittewwwwwwww.. Sebab apa? Boleh jual kain..hahahahahaha..(MOTIP??? haha)

Alhamdulillah, aku berjaya mara ke peringkat akhir.. Peringkat akhir ni mempertemukan aku dengan rakan lama iaitu saudara Muzammil Rahim dari IPG Kota Bharu.. Tema yang kami dapat ialah WARISAN TRADISI... (sebenarnya aku tak nak tema ni sebab tahun lepas, masa final, aku dapat tema ni jugak)..Tapi tak apa.. Aturan Allah S.W.T itu ada hikmahnya..Alhamdulilah, kami berjaya membawanya dengan baik.. 

PERINGATAN: Pertandingan pantun ini bukan seperti yang selalu anda tengok iaitu 3 VS 3... Tapi pertandingan pantun ini hanya melibatkan SEORANG PESERTA sahaja yang akan berlawan dengan seorang peserta IPG lain dengan cara BERKOMUNIKASI + PANTUN SECARA SPONTAN...

Gigih weh!!! Untuk pantun isi ikut tema tu boleh lah prepare dan hafal.. Macam pantun gurau dan pantun nak selit masa pihak lawan tengah diam tu, kena fikir masa tu jugak..Wargh!!!!! Selalunya lepas pertandingan, kepala aku berdenyut.. Lebih-lebih lagi lepas saringan hari tu.. Budak-budak ni ajak pergi Mid Valley, aku tak dapat join..huhu.. Alhamdulilah, masa final kurang sikit berdenyutnya...

Okay, now nak tengok keputusan? Nerves tak? Nerves tak? Jeng..jeng..jeng..

KATEGORI PANTUN:

Juara: (Aku!!! Alhamdulillah..) IPG Kampus Pendidikan Islam
Naib juara : Muzammil Rahim (IPG Kota Bharu)
Ketiga: Atikah Hidayah (IPG Kampus Dato` Razali Ismail Terengganu)
Keempat: Izyan Syamimi (IPG Kampus Pulau Pinang)
Kelima: Syazreena Hari (IPG Kent)
Keenam: Avralentine (IPG Kampus Sultan Abdul Halim Kedah)

Ketujuh sampai ke-12 aku lupa..Maaf kawan-kawan.. Alhamdulillah juga, lagi seorang peserta kampus aku, berjaya mara ke peringkat akhir.. Memperoleh saguhati.. AKu sangat bangga dengan beliau meskipun budak TESL, tapi sangat minat pantun iaitu saudari Nur Irfiniy :)

KATEGORI GURINDAM:

Juara: IPG Kent Sabah (lunak suara mereka...)
Naib Juara : IPG Kampus Batu Lintang (serius even dah balik pun..telinga aku masih terngiang-ngiang suara mereka berdua..lunak....penuh perasaan)
Ketiga: IPG Kampus Bahasa Melayu
Keempat: IPG Kampus Ipoh
Kelima : IPG Kampus Raja Melewar
Keenam : IPG Kampus Perlis

Okay, dah puas cerita.. Jom tengok gambar...


Ni masa aku sedang berpantun dengan Muzamil di peringkat akhir.. Hakim masa ni memang hebat semuanya.. Antara yang aku ingat Datuk Dr Zurinah Hassan, Roslan Madun dan macam-macam lagi yang terdiri daripada prof, pensyarah hebat dan penggiat sastera budaya :)


Dari kiri: IPG Kota Bharu, IPG Kampus Pendidikan Islam dan IPG KDRI
psssst: Yang kiri sekali tu naib juara, BARU SEM 4 tau, tahun depan in syaa Allah dia masuk.. Aku tabik dengan kehebatan dia berpantun..Hati-hati semua peserta..gittewwwww..huhu


 Bergambar di pentas dengan VIP..huhu..


Bergambar bersama pensyarah yang sangat komited melatih kami.. Oh ya, yang tudung pink kanan sekali tu tu Nur Irfiniy.. Juga merupakan peserta kampus aku yang berjaya ke final untuk pantun.. Kami selalu berlatih bersama ketika latihan..Yang kanan tu pulak, wakil kampus aku untuk gurindam.. Saudari Anith Nazihah..Partnernya Fadzli Khamis dah balik masa ni..Suara mereka sangat lunak.. :)


Ni pulak gambar gedik-gedik peserta pantun dan gurindam.. Serius happening masa ni..Gamat giler!!!! haaahahh..


CAK!!!! Keluar Berita Harian..huhu..Thanks for FB Mahirah LY..


Alhamdulillah,  itu sahaja untuk hari ni..Aku ucapkan terima kasih kepada geng-geng jurugambar IPG Kampus Bahasa Melayu terutamanya Saudari Noor Asyikin atas ihsan gambar-gambar di tas.. Thanks Ikin..  Buat para peserta.. TAHNIAH!!! Menang atau kalah korang tetap terbaik!! Rindu sama kalian!

psssssst: Video ada di Youtube.. Bolah lah taip GURINDAM PERINGKAT AKHIR.. Untuk pantun pulak, biarlah rahsia..Seganlahhhhhhhhhhhhh..hahaahaha :)

Saturday, April 26, 2014

KISAH HANTU DI SEKOLAH

Asslamaulaikum..

Wah, dah sebulan tak update blog.. Fuh-fuh!!!! Tiup-tiup habuk sikit.. Ha, ni nak dok habak maih.. Alhamdulillah, aku baru saja menamatkan PRAKTIKUM FASA 3 aritu.. Rasa lega sangat sebab praktikum paling lama iaitu 3 BULAN telah tamat.. Tinggal lagi sebulan jerk untuk sem depan kami buat INTERSHIP di sekolah yang sama..

Okay, ni aku nak citer.. Korang mesti pernah dengar cerita hantu kat sekolah kan? Hehe.. Aku ni kalau masuk kelas masa relief, geram betul tengok budak bising-bising.. Maka, salah satu pendekatan yang aku guna untuk senyapkan mereka adalah dengan bercerita kisah hantu.. Tapi bukan kisha hantu kosong.. Aku terapkan nilai dalam cerita tu.. Contohnya kisah LIF BERHANTU.. Cam mana perempuan mengandung tak pakai tudung, rambutnya terselit delah pintu lif sampai perut terburai.. Ditambah pula dengan nada suara aku yang turun naik, mimik muka bagai.. Terus mereka takut.. Lepas tu aku ingatkan kat mereka yang KAUM HAWA WAJIB BERTUDUNG... 

Kalau yang laki pulak, aku suka buat cerita tentang JANGAN MEROKOK..Tajuk cerita aku, PARU-PARU BERULAT.. Heheh..

Ha, sekarang ni pulak aku nak bagitau cerita betul dekat korang.. Aritu, masa aku latih anak didik aku untuk PESTA PANTUN peringkat daerah, kami buat latihan waktu malam tau.. Tengah anak didik aku duk menjawab pantun daripada aku.. Tiba-tiba dia bersuara..

Cikgu, ada han...

Aku terus pandang muka dia, lalu bertanya : Ada apa?

Dia dengan wajah super takut, memandang muka aku sambil berkata dengan agak terkebil-kebil. Jari telunjuknya diangkat dan menghalakan ke atah atas, sambil berkata..

"Atas bumbung...."

Kami apa lagi, habiskan buat pantun..Kemas cepat-cepat.. Lepas tu terus gerak balik...

Esoknya dia tak datang sekolah tau.. Padahal lusa nak bertanding.. Cikgu yang lagi sorang tu menelefon ayahnya..

Ayahnya kata budak tu ka hospital sekarang.. Kami semua memang risau dengan dia.. Takut demam ker, apa ker kan.. Tapi, tiba-tiba ayah dia menyambung..

Kami kat hospital, sebab mak dia baru bersalin malam tadi..

Pantas aku zahirkan rasa lega.. Fuh, alhamdulillah, ingatkan ada apa-apa jadi kat dia...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails