Monday, October 24, 2011

MALAYSIA JUARA PERTANDINGAN PIDATO PENDIDIKAN ISLAM ANTARA IPT PERINGKAT SERANTAU

Assalamualaikum.....

Tahukah anda, baru-baru ini telah berlangsungnya PERTANDINGAN PIDATO PENDIDIKAN ISLAM ANTARA IPT PERINGKAT SERANTAU yang diadakan di BRUNEI DARUSSALAM?

Ha, pertandingan kali ini telah disertai oleh beberapa buah IPT dari Thailand, Malaysia, Indonesia dan Brunei..
Seramai 14 orang peserta mewakili negara masing-masing telah menyertai pertandingan ini.
Malaysia pula telah menghantar wakil dari UKM, USM,  UMS, UPSI dan IPG aku sendiri iaitu IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM.

Yang membanggakan aku ialah...

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan menjadi JOHAN dalam pertandingan tu... Peserta yang menjadi Johan tu, Mohd Nazmi bin Jaafar yang merupakan abang senior sem 8..Baru jerk habis bentang Tesis, terus berangkat ke Brunei bersama seorang lagi peserta dari sem 6 iaitu Muhammad Amirullah Maula Ismail... Yang paling bestnya, mereka berdua tu, merupakan WARGA MELAKA dan merupakan bekas pelajar SMKA SULTAN MUHAMMAD..huhuhu.. (heeh..terlebih excited plak aku ni..)
 Nak tengok berita tak? Berita ni dari Brunei...


Peserta negara naib johan pidato PPPI

Oleh Hasrulraizan

Pemidato dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Malaysia, Mohd Nazmi Jaafar yang muncul juara Pertandingan Pidato Pendidikan Islam (PPPI) Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Serantau menerima hadiah daripada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman. - Gambar oleh Hasrulraizan

Naib juara.. Norfadizlina yang mewakili KUPUSB ketika menerima hadiah daripada Yang Berhormat Pengiran Dato Menteri Hal Ehwal Ugama.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt - Mohd Nazmi Jaafar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Malaysia telah menyandang gelaran juara Pertandingan Pidato Pendidikan Islam (PPPI) Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Serantau Sempena Majlis Konvokesyen Pertama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) 1432H/2011 dengan markah 92 peratus.

Dengan markah yang sama, 92 peratus, wakil KUPUSB, Norfadizlina Haji Abdul Rahman tidak menghampakan tuan rumah dan Negara Brunei Darussalam apabila meraih gelaran naib juara.

Sementara Sofyan Adenasi dari Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia dengan markah satu peratus di belakang iaitu 91 peratus, merangkul tempat ketiga.

Selaku juara, Mohd Nazmi mendapat hadiah wang tunai sebanyak $1500, manakala Norfadizlina memperoleh $1200 dan Sofyan pula menerima $800. Tujuh finalis lain pula masing-masing membawa pulang $300.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan finalis lain pada PPPI peringkat akhir di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei (RTB) itu malam ini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman.

Menyentuh mengenai kesamaan markah antara juara dan naib juara, Ketua Jemaah Hakim, Awang Haji Mail Besar dalam ulasannya menjelaskan ia adalah berdasarkan markah terkumpul bagi dua sudut utama pemarkahan iaitu "Isi" dengan "Gaya dan Penyampaian" sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur jika terdapat kesamaan markah.
Menurutnya markah PPPI berkenaan dihakimi dari tiga sudut iaitu Isi - 40 peratus, Gaya dan Penyampaian - 30 peratus, dan Bahasa - 30 peratus. Seramai 14 orang peserta telah memperlihatkan kehandalan masing-masing dalam peringkat saringan PPPI Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Serantau berkenaan kelmarin, Khamis, 20 Oktober di Dewan Utama KUPUSB.

Selain tiga IPT di atas, IPT yang turut menghantar wakil ialah IAIN Imam Bonjol Padang, Sumatera Barat, Indonesia, Universiti Teknologi Malaysia, Yala Rajabhat University, Thailand, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, IAIN Ar-Raniry, Desa Lamgugop-Banda Aceh, Indonesia, Program Tutorial dan Unit Pengembangan Tilawatil Quran UPI, Bandung, Indonesia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Islam Yala, Thailand, Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Sains Malaysia.
Membawa tema "Kewibawaan Guru Pendidikan Islam", Pertandingan berobjektif untuk memperkukuhkan kedudukan dan memartabatkan guru pendidikan Islam di peringkat serantau serta menjalin rantaian hubungan antara institusi-institusi pendidikan agama di rantau ini.

sumber : MEDIAPERMATA

Huhuhu.. Aku ada gak angan-angan nak join pertandingan ni, tapi memang tak boleh, sebab syarat utama ialah peserta mestilah pelajar PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN ISLAM..huhuhu..Aku plak Pengkhususuan Bahasa Melayu...hurM.. Takpewlah..Paperpown, TAHNIAH aku ucapkan kepada semua peserta :)

4 comments:

cikgu ainura said...

wah..tahniah2... wakit IPG... org melaka yek.. akq turut bangga sbb balajr kat melaka.. hehehe :)

rutikeben said...

tahniah Malaysia!

Nur'Aisyah binti Mohd Amnan said...

(n_n)

Harmi Mohammad Jamil said...

Memori yang takkan dapat dilupakan hingga ke hujung nyawa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails