Friday, December 16, 2011

AKU GERAM BETUL DENGAN POMPUAN YANG MEMEKAK BELAKANG AKU MASA TENGOK WAYANG TADI!!!!!!

Assalamualaikum...

Wah..panjang giler tajuk entry aku... Haish.. nampak cam marah kan? Tapi, takderlah marah sangat, cuma rasa geram tu ada.. Haish.. spoil feeling aku jerk mereka-mereka itu...

Tadi, aku pergi tengok wayang.. Mula-mula aku cadang nak tengok MISSION IMPOSSIBLE GHOST PROTOCOL. Takpun cadang nak tengok SONGLAP, tetiba kawan aku yang baru habis STPM semalam tu nak tengok OMBAK RINDU.. dah lama gak dia cadang nak tengok filem tu.. Oleh kerana aku pun belum tengok, dan aku pun memang nak tahu apa yang bestnya filem OMBAK RINDU tu sampaikan orang asik bercerita pasalnya.. Maka aku pun menonton sekali filem tu.. Agak segan jugak masa nak beli tiket, sebab, ramai tengok movie yang baru-baru.. Ktorang plak tengok movie yang lebih kurang 2 minggu ditayangkan...

ini muka geram....

Masuk jerk dalam panggung, rupa-rupanya ramai lagi yang tak tengok rupanya.. Tak tahulah sama ada mereka menonton untuk kali ke 400 ribu kali ker, atau memang baru nak tengok... Tapi, bahagian seat belakang aku rasa memang agak penuh gak lah..

So, aku pun duduklah sambil makan MASHED POTATO GSC.. Kali ni orang tu buat cairlah.. Argh..cair pun cairlah.. AKu bedal jerk.. (aku mmg suka mkn mashed potato kalau tgk wayang)... Tengah-tengah duk ngunyah tu, wayang pun start, aku merasakan bahawa ada suara-suara sumbang belakang aku.. Aku rasa cam tak syok dah.. Aku dapat agak mesti sepanjang filem berlangsung, mereka akan berbual sesama sendiri..

Ternyata tekaan aku betul.. Mereka tu asik memekak jerk.. Geram plak aku.. Elok-elok aku nak feel penuh, terus tak jadi feel penuh.. Tak silap aku, salah sorang kawan dia dah baca novel OMBAK RINDU tu, yang lain tu plak, ada yang belum baca.. So, yang belum baca tu asik bertanya kat pompuan  yang dah baca tu.. Contoh camni:

EH, MILA NI JAHAT KER?

kawan dia kata:

Taklah... bla..bla..bla..

Lepas tu macam-macam lagi...

Kadang-kadang diam, kadang-kadang tu bising balik.. Geram plak aku...
Masa aku tengah nak wat entry ni, sempat gak aku wat komik yang membayangkan situasi yang berlaku jika aku ataupun orang lain MENEGUR mereka itu di panggung wayang.. huhuhh.. Agak-agak camner ek?

ARAHAN :Baca komik di bawah dengan situasi mereka sedang memekak, lepas tu ada orang tegur, lepas tu mereka balas balik, lepas tu ada orang suruh mereka diam dan akhirnya ada sepasang kapel yang takut tengok pergaduhan tu.. uhhuhuh..


Hurm.........
Nasib baik kebisingan mereka itu tidak berpanjangan.. Diselang seli dengan senyap dan feeling oleh mereka sendiri.. Fuh.. lega jugak hati aku... Aku takderlah marah sangat, cuma sepatutnya kita kena tahu bahawa orang dalam panggung pun nak gak tengok wayang dalam keadaan aman dan tenteram.. kan?

Aku sebenarnya tak pernah baca pun novel ombak rindu ni, tapi aku merasakan ada part-part yang macam terlalu cepat jerk penceritaannya.. Contoh, masa Hariz mengamuk giler kat Izah sebab dia ingatkan Izah mengandung.. Lepas tu, masa Izah dah sihat and mereka main kejar-kejar kat celah batu,( boleh plak mereka main kejar-kejar di celahan batu.. risau plak aku -_-` ) lepas tu plak hariz terus sayang kat Izah.. Dalam novel memang cam tu ae? AKu rasa cam cepat sangatlah plak Hariz tu jatuh cita ngan Izah..

Paperpown, citer tu memang sampai sekarang buat aku teringat.. Aku jarang ingat sesuatu filem lepas aku menonton wayang.. Tapi, filem ni berjaya melekat dalam minda aku sampai sekarang,lebih-lebih lagi bila dengar lagu dia.. huhhuhu.. Nak bagi filem ni  9/10 markah lah...  (segannya sebab baru tengok dan nak bagi markah kat filem ni............................. segan sangat!!!!!!!!!




17 comments:

pha is said...

ok la.. at least dah tengok... aku belom tengok...(T_T)

Nur Aischa said...

hahaha mmg spoiled habis kan bila mcm tu, haish sabo jelah cikgu fiq ya.. btw gmbr2 tu klakar habis cikgu fiq buat ayat dia.. :D

Onitsuka_hana said...

diorang tengok ke x wyang tu ? duk sembang2 ja

Cik Aied said...

next time ko sumbat mulut dorg dgn bekas mashed potato ko tu..hahaha

h'zulproperty said...

peh! lu punye feel mcam gua ar der..cikgufiq oooiii.. bile dgor lagu dier tros tringat2 scene2 movie tuh! terbaekkk!! tpi gua bgi 8 jerr coz 9 tue gua da bgi kat KL gangster!

Tasha said...

bisik2 blh terima lg kan,tp kalau dlm panggung..xpyh la bisik sngt pun...degor gak

~SYAZ~ said...

hahahahha :D
kelako ngeng komik kau ni..
siyess!
orang tu senyap mesti sebab dia nangis wei..sebab tu tak berkata2..ngeh3..
cite ni aku tengok 2 kali kot kat wayang..lepas balik tengok wayang je teros download ost cite tu..
sangat best OR ! :D

luahfikiran said...

SALAM,
TAK DAPAT NAK BAGI RATING .... TAK TENGOK DAN TAK BACA.TAPI UTK PENONTON2 YG BUAT GERAM TU, BAGI MARKAH 2/10 (FAIL)

ahsfantasy24 said...

Hahaha..
best tu fiq, siap ade pengulas :D

qasehraihan said...

ish..memang menjengkelkan klu jenis sembang2 gtu..huh

NANA NAZIRA.. said...

ko ok lagi.. aku pnye org belakang d0k tendang2 kerusi aku.. x ke siot namanye tu???

SeseDaP RaSa said...

memg geram kalu jadi mcm 2..hehe

Awin said...

Siap ada komik lagi tu. Tak boleh blah! Hahahahah. xD

LaLa said...

baru tgk?
Lala pon x tgk lagi, sedih taw...

MaYa MustWany said...

sound je.bengang yg jniz annoying macam tuh

zareliqa afiqa said...

Belum tgk lagi.huhu,tp da baca novel.hee :D

~Nana BamBam~ said...

wuaa x ajak pon tengok yerrrr..xpelahhhh.. :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails