Thursday, February 9, 2012

EVOLUSI KOTAK PENSEL

Assalamualaikum

Kau ingat lagi tak kotak pensel yang kau pakai masa zaman kecik-kecik dulu? Tak pun masa zaman sebelum kau dapat surat beranak? Kau ingat tak? Pergh..kalau kau masih ingat setiap jenis dan spesies kotak pensel yang kau pernah pakai, memang terbaik lah...

 
Aku ingat lagi, zaman tadika dulu, tak silap aku, aku pakai kotak pensel platik yang nipis tu. Bentuk dia lebih kurang macam ni :




Ha, lebih kurang lah. Cuma aku punya tak lah cantik macam tu. Susah seh pakai kotak pensel macam ni. Tak boleh letak banyak barang. Asik tercicir jerk. Nak letak gam lagi lah tak muat. Huhuhu.. Tapi kotak pensel ni lebih ringan dan mudah dibawa ke mana saja ( ye ye jerk aku ni.. huhuh)..

Lepas tu, bila time MILO buat promotion :

BELI MILO PERCUMA KOTAK PENSEL TARZAN MILO

Masa tu heboh semua nak beli MILO. Bila tengok orang pakai kotak pensel tu, terus semua berebut. Botol air milo pun orang suka jugak masa tu. Ala, puas aku search google, tak jumpa plak kotak pensel yang besar tu.

Then, tiba plak zaman kotak pensel boleh bukak depan belakang. Yang ni serius famous. Semua berebut nak beli. Kau ingat lagi tak? Memang best pakai,  tapi tak boleh letak banyak barang. Huh...
 


Ha, lepas jerk kotak pensel ni, ada lagi pembaharuan. Yang tepi dia boleh korek pensel tu. Macam-macam seh. Kreatif betul usahawan pencil box pada masa itu.



Ha, then muncul pulak kotak pensel BERTINGKAT! Yang ni serius aku suka giler. Nampak macam AWESOME sangat! Kan???

 


Macam-macam jenis pulak ada kan? Macam2 corak dan tingkat pun ada. Tapi kalau sampai 88 tingkat cam KLCC tu, nampak sangat pembohongnya.

Masa aku sekolah menengah, budak2 laki, trend mereka tak sjuka bawak kotak pensel. Mereka suka letak pensel, pen, pembaris dan pemadam dalam kocek jerk. Lepas tu, kalau tak der gam, mintak kat aku. Hhuhuhu... Tapi aku tak kisah pun. Cuma aku tak biasa kalau letak alat tulis dalam kocek seluar. Rasa cam mata pensel tekan-tekan tu mencucuk2 peha aku. Hhahaahah....

Tahun 2010, aku start pakai KOTAK PENSEL BESAR yang bentuknya macam GAM UHU!!!!  Kau pernah jumpa tak? Macam2 patern ada. Ada bentuk DARLIE dan macam2 lah. Serius best. Tsk silap aku, sebenarnya tu tempat letak tisu, tapi aku guna untuk kotak pensel. Macam2 boleh letak dalam tu. Bila masuk kelas jerk, lecture mesti pandang. Hahaahahah.. Tapi sekarang bila pikir balik, sangatlah MENCAPAP ketika itu. Aku dah tak pakai lagi sekarang.

Dan sekarang, aku lebih suka kotak pensel BERZIP. Yang sekarang aku pakai jenis cam JARING-JARING tu. Sekali pegang rasa cam jaring tingkap lah plak. Even tu zaman sekolah menengah aku. ADA AKU KESAH? Dah lah murah, boleh jugak letak macam2 barang dan selesa dibawa ke mana saja. Hahaahahahah...

Errrrrrrrrr... aku dah lama tak amik tahu perkembangan kotak pensel sekarang. Agak-agak sekarang trend kotak pensel apa ek? Mengikut pemerhatian aku, tak kira laki atau perempuan, mahupun pondan atau tomboi, ramai pakai kotak pensel kain yang berzip. Betul ker? Hurm.........

sumber gambar : SINI DAN SINI 



1 comments:

dzafiira_zainal said...

kami suka entry yang nie ! buat kami senyum sorang2 .. and ingat balik pasal zaman skolah dulu2 .. nice !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails