Saturday, July 14, 2012

PERTANDINGAN AKHIR DEBAT KOPERASI SMK SERI SERDANG 2012

Assalamualaikum...

Pertandingan Akhir Debat Koperasi SMK SERI SERDANG baru jerk tamat tadi.. Alhamdulilah, saya dijemput untuk menjadi hakim bagi pertandingan akhir tersebut bersama dengan 6 orang juri yang lain... Terima kasih kepada En. Harmi dan pihak penganjur kerana sudi menjemput saya.. Terharu plak rasa.. huhuhuhu...

Wah, pertandingan akhir kali ni menemukan antara:

SMS TSSS (kerajaan) VS STAR IPOH (pembangkang)
Usul : Dewan ini akan meneruskan pemberian bantuan persekolahan RM 100 kepada pelajar

Wah.. usul yang sangat mantap... Tapi, banyak-banyak usul, aku paling suka usul SUKU AKHIR.. Dewan ini akan memansuhkan PTPTN.. huhuhuhu.. Terbaik lah..



Ok, berbalik kepada pertandingan final tadi.. Persaingan sangat sengit yer.. Kedua-dua pasukan sangat MANTAP!!!! Pasukan kerajaan tu, masa mula-mula biasa jerk, tapi setiap kali dia terima komen, dia akan amik komen tu dan perbaiki semula.. Hasilnya, pertandingan akhir tadi sangat mantap persembahan mereka...

Perwakilan pembangkang pulak, sangat bijak membidas yer.. Satu-satu dia patahkan, tapi kalau dapat kesan, penghujahan substantif mereka sekadar biasa sahaja.. Namun, gaya dan bidasan mereka mantap...

Maka keputusan tadi:

JURI : 4 : 3
MARGIN : 1.25
PEMBAHAS TERBAIK : SYAFIQ BIN JEBAT (Ketua Pembangkang)
USUL : DITOLAK.
JUARA : STAR IPOH

Tahniah diucapkan kepada STAR IPOH.. kepada SMS TSSS anda jangan bersedih, masih ada peluang lagi untuk anda.. Chaiyok2...

Ok, tanpa banyak membebel, meh kita tengok gambar... :)

Keputusan menang mara..
sumber: SINI


Ni masa pemenang sedang bergambar dengan pihak penganjur... :)


Ni masa aku tengah beria nak mencapap dengan STAR, tetiba datang makhluk-makhluk yang lain tu nak join sekali.. Kacau jerk.. huhuhuhuh...

Ni masa sedang bergambar dengan pembahas SMT SSS.. Yang comel kecik tu, baru FORM 1.... :)

Paperpown, tahniah jugak kepada semua pasukan yang turut sama serta.. Chaiyok2 untuk mest series!!!! :)

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah Fikri.. Tahun depan leh lantik jadi ketua hakim nih.. Huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails