Sunday, December 23, 2012

Lagu Yang Akan Dinyanyikan Oleh Mar dan Ucop di Konsert Final Vokal Bukan Sekadar Rupa 2

Assalamualaikum..

Lagu Final Konsert Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 baru aku ketahui pagi tadi masa aku baca akhbar Metro Online.. Sebelum tu biar aku terangkan sikit konsep masa KONSERT FINAL VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA 2 yang akan berlangsung pada Rabu (26/12/2012).



Mar dan Ucop akan melalui 3 pusingan. 

Pertama : Lagu Slow dan Rancak
Kedua : Lagu Baru yang diciptakan untuk mereka
Ketiga : Battle

Ha, battle ni yang selalu orang confuse aku rasa. Konsep battle ni paling menarik bagi aku. Sebab apa? Sebab setiap peserta akan memberi lagu pilihan mereka untuk dinyanyikan oleh pihak lawan. Peserta yang pilih lagu tu pun akan turut nyanyi lagu tu jugak. Ha, contohnya kalau Ucop cabar Mar dengan lagu Rock, so, Mar terpaksa sahut cabaran tu dengan menyanyikan lagu rock tu pada pusingan 3. Selalunya pusingan 3 ni, pihak lawan akan cabar satu sama lain dengan lagu yang menjadi `makanan mereka`.

So, ni senarainya bila aku baca myMetro tadi. Tak tahulah jika ada pindaan pada saat-saat akhir kan. Tapi setakat ni, ni dia:

Pusingan 1:

Mar:  Semua Isi Hati (3 suara) dan Sesuatu Janji (Taufiq Batisah)
Ucop : Di Penjara Janji ( Awie) dan Opera Hidup (Wings)

Pusingan 2 :

Belum tahu lagi kottttt... huhu.. Hope lagu mereka best, meletop dan boleh masuk AJL next year! huhu

Pusingan 3: Yes.. ni yang paling aku terkejut dan tergelak tadi... Sebab apa? Betul tekaan aku.. Ucop cabar Mar bawak lagu Rock dan Mar cabar Ucop bawak lagu GIGIRLS!!!!! English plak tu.. Ni lagunya:

Ucop bagi Mar lagu : Bujang Senang

Mar bagi Ucop lagu : Stand Up For Love ( Destiny Child)
Tadi aku terus download and dengar.. Lagu ni rentak slow.. Kena ada feel yang baik untuk jayakan lagu ni...

Paperpown Good Luck Mar dan Ucop!!!!! :)


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails