Wednesday, December 19, 2012

Shila Amzah Buat Persembahan di World Music Award 2012

Assalamualaikum..

Shila Amzah berangkat ke Amerika Syarikat untuk menghadiri World Music Award 2012.. Apa yang penting adalah, Shila Amzah akan mengadakan persembahan di depan artis ternama dunia seperti Adele, Taylor Swift, dan sebagainya. 


Ha, kalau nak tahu Shila Amzah sebenarnya risau dengan permohonan Visa yang tertangguh. Permohonan yang dibuat Isnin lalu tertangguh apabila pihak kedutaan Amerika Syarikat begitu teliti untuk mengetahui tujuan sebenar dia mahu ke negara itu. Wah.. mujur pihak kedutaan tersebut faham keadaan Shila yang tak sempat nak buat permohonan awal.

"Sampaikan saya terfikir, entah dapat ke tidak saya menyertai anugerah itu.
"Apatah lagi saya dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Apa-apa pun saya akan ke sana esok malam (Rabu)," kata Shila yang akan ditemani ibunya, Fauziah Sarman dan bapanya iaitu penyanyi ND Lala.
sumber: Mstar
Fuh..semoga Shila dapat lakukan persembahan terbaik di sana. Oh yer.. Dato` Siti Nurhaliza juga turut tercalon bersama Shila Amzah untuk kategori Artis Wanita Terbaik Dunia.. Wah..syabas jugak buat Dato`. Siti.

1 comments:

fifie said...

Goodluck shila amzah, harumkan nama negara :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails