Friday, January 4, 2013

SHERRY, ALIEYA MAISARA DAN AYUNI HUSNA SUNGGUH BERTUAH!!!!!

Assalamualaikum...

Ha, bila korang tengok tajuk entry aku tu, mesti korang tertanya-tanya siapa tu kan? Ha, kalau kau nak tahu, Sherry, Alieya Maisara dan Ayuni Husna ni merupakan seorang blogger yang bertuah! Sebab apa? Sebab mereka merupakan antara pemenang Giveaway Aisyhah dan Zaa Tyra!!!!  Apa plak kaitan ngan aku? Aku plak merupakan salah seorang penaja untuk GA tu ha..Aku terlibat untuk pemenang tempat KETIGA, KELIMA dan KEENAM... Tempat KEEMPAT, penaja lain yang uruskan.. So, mereka ini akan aku REVIEW!!!! huhu..

Ok, kita start dengan TEMPAT KETIGA dulu iaitu adik ALIEYA MAISARA!!!!! Tepuk tangan semua!!
Ha, Alieya Maisara ni merupakan seorang blogger yang muda yer! Kalau tak silap aku, masih sekolah rendah lagi kotttt.. Aku cari gak umurnya dalam blog dia, tapi tak jumpa.. So, aku tengok muka dia, aku main agak-agak yang dia ni merupakan blogger muda!!! Betul tak adik Alieya Maisara?



Walaupun adik Alieya ni masih muda, tapi skill dia dalam berblog sangat bagus bagi aku.Korang semua jangan pandang rendah yer dengan kebolehan berblog dia. Oh yer, design blog yang menarik dan kemas! Yang penting tak serabut! Bagus.. Tak mustahil boleh jadi blogger OTAI satu hari nanti!!! Chaiyok-chaiyok!!! Lagi 1, aku suka tengok header dia! HEADER dia comel!!!! Lepas tu ala-ala macam magic.. Kalau kita sentuh, nanti hilang! Terasa macam pari-pari plak!  Huhuhu...

Penulisan dalam blog juga boleh dikatakan baik. Tak terlalu meleret dan straight to the point! Bagus!!! Kalau tambah unsur lawak sket, mesti lagi menarik! hehe...

Kalau boleh, lagi elok adik Alieya manfaatkan ruang tepi blog tu untuk letak BLOGLIST.. Jangan lupa try yer!!! huhu...

Yang ni paling penting! Seeloknya adik Alieya perlu ada ruangan KOMEN kat bawah entry! Kalau nak setting KOMEN tu plak, better guna POP UP WINDOW dan pastikan tiada WORD VERIFICATION untuk memudahkan pengunjung datang komen di blog Alieya... penting tau! Tapi, kalau Alieya ras anak privasi dan tak nak orang komen pun takpew jugak..terpulanglah... 

Oh yer, jangan lupa yer EMAIL Fiq num telefon Alieya.. Fiq nak masukkan topup nanti... Kalau tak pun bagi jerk email kat ruangan KOMEN Fiq ni.. :)

Ok, seterusnya tempat KELIMA plak iaitu AYUNI HUSNA!!!! Ok, Ayuni Husna juga merupakan seorang blogger muda yang berusia 17 tahun! Namanya pun sedap! Walaupun muda, tapi jangan pandang rendah jugak yer! Teknik penulisan yang bagus. Contohnya macam entry Kenduri Kahwin Kak Faraa.. Bagi aku penceritaannya ok.. Seolah-olah macam dia tengah bercerita dengan kita.

Dari segi design blog bagi aku simple tapi tersusun.. Cuma header tu maybe agak berat kotttttt.. sebab sampai sekarang tak boleh nak loading..  Kalau lebih ringan, mungkin better rasanya..


Seeloknya Ayuni perlu manfaatkan lagi sidebar blog (ruang tepi blog tu..) Contohnya letak kan blog list kat situ ker.. Ha, lagi better macam tu.. Oh yer, salah satu yang bagus tentang blog Ayuni ni ialah TIADA LAGU!!!! yeah!!! bagus yer, sebab apa tak elok pasang lagu? Yelah kan, takut menggangu pengunjung blog Ayuni.. huhu

Seperti yang Fiq review kat blog Alieya tadi.. Macam tu jugak Fiq nak bagitau kat Ayuni.. Blog Ayuni boleh dikomen tak? Sebab Fiq nak komen kat ruangan entry tu, tapi tak keluar-keluar kotak komennya..Kenapa ek? Lagi elok, kalau Ayuni guna kotak komen yang jenis POP UP WINDOW..Kalau tak der Word Verification lagi bagus.. Semua tu boleh disetting kat blog.. Huhuhu..

Oh yer, jangan lupa bagi EMAIL AYUNI dekat ruangan komen Fiq ni.. Penting untuk Fiq bagi top up nanti.. Jangan risau, Fiq tak publish komen Ayuni tu nanti...  :)

Tempat keenam pula ialah SHERRY!!!!!! Tahniah Sherry! Blog Sherry ni bagi aku lain daripada yang lain sebab menggunakan BAHASA INGGERIS!!!! Sherry juga menggunakan domain dot.com tau..Aku pun rasa nervous nak review! Huhuhu.. Tapi aku akan cuba jugak!


Dari segi design dan layout nampak bagus! Tersusun. Penggunaan warna yang sesuai iaitu merah..Bila tengok merah tu, nampak sesuai sangat dengan blogger wanita seperti Sherry..Cuma bahagian bawah HEADER yang ada tulis DOWNLOAD NOW tu aku tak berapa faham fungsinya.. Fungsinya untuk IKLAN yer Sherry?

Blog Sherry ada kotak komen! Yeah!! Tapi kalau Sherry guna yang jenis POP UP WINDOW tu mesti lagi better.. Senang orang nak komen nanti..huhu.. Penulisan dalam blog bagi aku menarik! Ringkas dan tidak meleret. Sherry banyak bercerita tentang pengalaman, produk kecantikan yang bagus untuk digunakan , contest yang disertai dan macam-macam lagi lah.. Ada variasi..

Sherry pun banyak BLOG sebenarnya.. Masa aku pergi dekat profile blog dia, banyak sangat BLOG yang dia! Rata-ratanya memang berUPDATE! Bagus lah Sherry ni.. Dia boleh ada blog yang banyak dan dalam masa yang sama blog-blog tu semua tetap dia update.


Ha, tu jerk lah REVIEW yang dapat aku lakukan untuk blog mereka bertiga! Sorry yer kalau Alieya Maisara, Ayuni Husna dan Sherry terasa hati dengan apa yang Fiq komen... Fiq pun bukan pandai sangat nak review-review ni.. Blog Fiq ni pun bukan bagus sangat! Tapi kita sama-sama belajar yer untuk lebih maju dalam dunia blog!

Korang semua jom terjah blog ALIEYA MAISARA,  
AYUNI HUSNA dan SHERRY!!! Jangan lupa FOLLOW mereka!!!!


9 comments:

Cikgu Bada said...

blogwalking

Ayuni Husna said...

Hye hyee cikgu fiq. Btw umur saya baru masuk 16 tahun la :D
Dan lagi satu dalam blog sy ada lagu sebenarnya :D
Ohh untuk hadiah topup tu acana?

Ayuni Husna said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sherry said...

thank you for review :D

alieya maisara said...

Thanks cikgu Fiq..really apriciate it... *betulkeejaan* Anyway,tk thu nk buat bloglist blogskinss

Cikgu Fikri said...

Cikgu Bada..,

thanks dtg singgah blog Fiq :)

Cikgu Fikri said...

Ayuni..

oh yeker? alamak..silap maklumat lah..sorry..huhu :)

Cikgu Fikri said...

Sherry..

welcome.. :)

Cikgu Fikri said...

Alieya...

cer try tgk blog ni..kt sini ada tutorial buat bloglist..huhu :)

http://bicarafarah.blogspot.com/2011/05/tutorial-50-membuat-bloglist-di-blog.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails