Korang dah tengok filem IDENTITY THIEF? Ha... tajuk dia cam tak familiar kan? Masa kawan aku cakap pasal citer ni pun, aku ingat citer aksi, biler tengok poster, baru aku tahu tu citer LAWAK!!!!! Tapi adakah benar-benar lawak? Aku sebenarnya dah lama tak review pasal FILEM sebab aku jarang tengok movie sekarang.. hehe..Kalau aku tengok pun, dah kira cam lambat.. So, nak review dah tak best dah... Ok dah sedia? Jom mula...
Sinopsis filem IDENTITY THIEF
Citer ni mengisahkan tentang SANDY PATTERSON (watak lelaki tu).. dicuri identitynya oleh DIANA...Diana ni mula-mula call Sandy ni dan mengatakan yang maklumat kad credit dia dicuri.. So, Diana yang kononnya menyamar dari syarikat apa ntah minta maklumat diri Sandy dan number security social kalau tak silap aku.. Maklumat tu katanya untuk pakej perlindungan kad kredit percuma.. Sandy pun percaya lah..
Then dia termasuk dalam perangkap Diana.. Diana palsukan kad kredit Sandy dan guna untuk buat macam-macam.. Sampaikan dia boleh buat onar kat kelab malam dan masuk dalam penjara.. Tapi tiba-tiba polis datang kat Sandy dan mengatakan bahawa Sandy tak datang ketika perbicaraan kes membuat onar kat kelab malam.. Sandy pun pelik bila masa plak dia pergi kelab malam? Dannnnnnnnnnnnnnnn.. yang paling pelik, semua kes jenayah, kad kredit dan DADAH tu semua berlaku kat FLORIDA!!!!
So, memang sah lah DIANA yang buat semua tu.. Sedangkan Sandy tu bukan berada di Florida.,. Lepas tu pulak dia terpaksa dibuang kerja kerana telah menjatuhkan imej syarikat... So, Sandy mintak tempoh 1 minggu dengan bos dia untuk bawak Diana kat kawasan mereka (aku pun lupa apa namanya) untuk jelaskan hal sebenar.. Masa tu kau serius rasa kesian teramat dengan Sandy.. bagai jatuh ditimpa tangga.. Dah lah kad kredit kena curi, kena tangkap polis, lepas tu kena buang kerja...Pergh.. kau rasa macam nak tarik-tarik jerk rambut DIANA masa tu... Maka, bermulalah pengembaraan yang giler babeng lawak masa Sandy ni cari Diana then berusaha untuk bawak Diana ke tempatnya...Tapi berjaya tak dia bawak? Ha.. tu kau kena tengok apa jadi....
REVIEW FILEM IDENTITY THIEF VERSI CIKGU FIQ
Masa part permulaan citer ni, aku mula terfikir, LAWAK ker?? Sebab rasa cam biasa jerk... Perbandingan kisah si Diana yang suka menipu tapi takder kawan, dan kisah Sandy yang hidup bahagia bersama keluarganya tapi sering dibuli majikan..
TAPI!!!! Bila start adegan pengembaraan Sandy mencari Diana, memang superb lawak!!!! Sebab apa? Bukan setakat dah jumpa Diana, tapi Sandy terpaksa telibat plak dengan masalah Diana. Sebab apa? Ada penjenayah yang sangat jahat cuba untuk bunuh Diana.. Kenapa dia nak bunuh? Itu kau kena tengok sendiri.. Hehe.. Bukan setakat 1, tapi ada 2 penjenayah yang berlumba-lumba untuk dapatkan Diana.. Termasuk Sandy sekali, kiranya 3 lah.. Pergh...
Ni adegan masa Sandy dah jumpa dengan Diana.. haha.. lawak weh! serius!
Oh yer, ada beberapa part cam aku rasa tak logik sket seperti adegan Sandy dipatuk ular dalam hutan, adegan tembak-menembak dan kemalangan.... Tapi semua tu dicover oleh jalan cerita dan lakonan mantap pelakonnya!! Tahniah!
Secara keseluruhan, citer ni best!!! Lawak giler babeng!!! Bukan setakat lawak, tapi ada unsur nilai, pengajaran dan kasih sayang.. Ada kalanya kau gelak bagai nak giler, ada kalanya kau mungkin menitiskan air mata.. Sebab apa? Itu kau kena tengok.. hehe.. Yang paling penting, rupanya DIANA tu bukan nama sebenar perempuan tu.. Ada kisah disebalik nama sebenarnya.. Kau kena tahu itu! Harus tengok!!!!
PERINGATAN!
Dari segi plot nampak macam kurang tersusun.. Lagi elok kalau diperkemas... Banyak adegan yang bukan-bukan, mencarut dan sebagainya... Dalam laman web kritikan filem yang famous iaitu ROTTENTOMATOES, dikritik hebat filem ni.. Just dapat 59/100 jerk dari undian penonton..
Tapi selagi aku rasa citer ni best, buat aku gelak, aku memberi filem ini dengan rating 9/10 dan dicop sebagai MESTI TENGOK!!!
pssssst: Citer ni bagi aku ilmu baru dan pengajaran tentang identity... :)
2 comments:
Waaaaa! Nak tengok lah ! Lepas exam nnti :D weeee,thanks !
Assalam...
Selamat hari Guru buat Fiq semoga sentiasa menjadi seorang guru yang berdedikasi, berkredibiliti, berpotensi, berkualiti dan smart bergaya dengan ilmu yang tinggi....amin...ikhlas dari kak Ummi selayang pandang... :)
Jom kita berpantun... :)
Post a Comment