Saturday, December 28, 2013

CUCUR JAGUNG ISTIMEWA VERSI CIKGU FIQ

Assalamualaikum..

Sorry sebab lama tak update blog.. Hehehe..Kadang-kadang tu bila dah bukak blog, tapi rasa nak update tu cam tak der jerrrrr..haishs..Ni pun aku gagahkan jugak...Cehwah.. Ok, hari ni aku nak kongsi satu resepi.. Dalam Facebook yang aku post, aku bagi nama CEKODOK MERIAH (hahaahaha..tak tahu nak letak nama apa..meriah tu sebab byk bahan..huhu)..Tapi, bila fikir balik dan dilakukan sedikit post-mortem, eceh... Aku tukar, namanya CUCUR JAGUNG ISTIMEWA..Sebab apa? Sebab ada macam-macam bahan.. Meh cuba...

Bahan-bahan: (untuk hidangan ramai)

500 gram tepung gandum
4 biji kentang dipotong halus
1 tin jagung manis
1 bungkus daging cincang (rasanya 500 gram kot)
2 biji telur
1 sudu tepung penaik
1/2 biji kobis dipotong halus
3 biji bawang besar dipotong dadu
Air dan garam secukup rasa dibancuh sekali

Cara

1. Campakkan semua bahan tadi ke dalam adunan dan gaul dgn air garam. Agak-agak macam bahan tu macam banyak dan melebihi tepung, bolehlah tambah lagi.. Pandai-pandai agak yer..
2.Gaul sehingga adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Biarkan seketika
4. Panaskan minyak dan mula menggoreng
5. Agak-agak dah masak, bolehlah angkat dan makan. Siap! Senang kan?

Selamat mencuba.. Oh yer, ini hasilnya. Alhamdulilah... :)




7 comments:

Vee Lea said...

Tunggu punya tunggu, keluar juga resipinya! Hahaha. Bagus, tuan director! :D Esok boleh cuba ni. Kekeke..

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Master Chef Fikri berkongsi resipi turun-temurun.. (",)

Chic Na said...

pandainya fik masak.. hehe..

tak masuk telur boleh ke?

Cikgu Fiq said...

Vee Lea..

Siaa menunggu ker? huhu..thank..jgn xcuba :)

Cikgu Fiq said...

Abg Harmi..

hahaahaha..siap master chef bagai kannnnnn..huhu

Cikgu Fiq said...

Chic Na

Ya Allah..patut sy rasa cm ada bnda tertinggal utk tulis.. telur rupanya..thanks bgtau :)

Harmi bin Mohammad Jamil said...

betul la tu.. kalau kasi resipi online, takleh kasi resipi penuh.. mesti ada kurangkan bahan or one step.. hahahaha.. (",)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails