Assalamualaikum..
Entry terakhir untuk tahun 2013! Sikit lagi, sikit lagi sebelum menjelang tahun baru.. Harus laju-laju aku taip ni..huhu..
Ok, siapa sini peminat novel fixi? Angkat tangan semua! Tidak boleh angkat kaki okay! OK, TAK LAWAK!
Ha, aku merupakan salah seorang peminat novel FIXI.. Aku suka karya-karya yang unik dan lain daripada yang lain ni.. Tapi, tak semua novel FIXI aku baca.. Sebelum aku baca novel2 ni dulu, aku akan pergi ke GOODREADS dan search tajuk novel yang aku nak.. Kat situ aku akan tengok review..Kalau macam menarik, memang aku akan cari.. Now, target aku nak cari novel ASRAMA.. Alhamdulilah, baru order aritu ngan orang kat FB.. Tapi next week dapat katanya..Novel Hilang ni pun, aku beli dengan beliau lah..Heheh.. Novel second hand..Tapi good condition.. Yang penting just RM10 jer harga buku ni..
Sebenarnya aku nak review novel ni pun segan sebab yelah kan..Novel di mesti dah ramai orang baca. Tinggal aku jer yang baru nak baca.. Tapi takpew! Aku tetap tak kira..Haha
Jom kita review..
Novel ni bagi aku sangat menarik. Pertama sekali sebab COVER dia..Mula-mula aku pelik dengan buku ni, sebab tak nampak tajuk pun.. Tapi, bila dah belek-belek, eh, baru jelas tajuk dia iaitu HILANG..Memang tulisan tu sesuai dengan tajuk tu.. Hahaha..
Mengisahkan tentang Syaziman yang mencari adik kembarnya yang hilang iaitu Ikhsan.. Dia dibantu oleh penyiasat persendirian iaitu Jo. Dalam satu insiden yang janggal, dia bertemu dengan Khairani. Tanpa dia sedar, rupa-rupanya Khairani memegang kunci kepada misteri kehilangan Ikhsan.
Masa, aku baca novel ni, aku bayangkan Syaziman tu Redza Minhat, tapi kejap-kejap bertukar jadi Aaron Aziz bayangan aku tu.. Hahaha..Jo pulak aku bayangkan sebagai Syarifah Amani! Sesuai sangat.. Khairani aku bayangkan Zara Zya.. Mencabar jugak lah aku nak bayangkan Shaziman tu sebagai Redza Minhat sebab kadang-kadang tetiber boleh plak terbayangkan Azlee Khairi. Ni mesti penangan Love You Mr. Arrogant rasanya.. Hahaha..
Okay, kembali kepada tajuk. Mereka berdua ni menjumpai pelbagai klu yang mengaitkan tentang kenapa adik dia ni hilang. Dan betul ker kembar dia ni hilang? Maklumat tu membawa kepada Jusoh. Kira watak jahat dalam novel ni lah. Tapi aku tak rasa macam dia jahat pun. Sebab aku suka tengok bila dia ambil berat tentang Khairani.
Tkenik penceritaan dia teratur sangat. Even diceritakan dalam dua situasi iaitu Syaziman dan Khairani dengna perbezaan masa yang berbeza, namun still teratur sebab atas bab tu dah siap tulis nama watak yang diceritakan dan tarikh.
AMARAN : SPOILER!
Cuma ada beberapa persoalan or benda yang kurang selesai bila aku baca novel ni,
1st : Macam mana Jo boleh tak perasan yang Ikhsan tu Syaziman, sedangkan dia boleh perasan dengan cepat yang Syaziman tu Ikhsan masa lelaki tu menyamar.
2nd: Apa motip Ikhsan bagi ubat tidur dalam minuman Jo. Kenapa perlu dia tulis balik maklumat baru dalam buku notanya? Adakah dia nak Jo selesaikan misteri tu sendiri.
3rd: Diberitahu yang Ikhsan tu tinggal kat rumah Datin Faridah selama `kehilangan`nya, habis tu camner Tania boleh jumpa dengan Syaziman yang menyamar menjadi Ikhsan. Siap bagi penampar lagi tu. Adakah salah satu dari rancangan Ikhsan atau ..entah... huhu
dan ada beberapa lagi, tapi dah lupa plak..hehe..
Paperpown, aku tak kisah sangat dengan persoalan aku tu, sebab novel ni best bagi aku. Aku enjoy baca novel ni sebab perkaitan wataknya menjadi dan jalan ceritanya smooth jer..
Untuk per 5, aku bagi novel ni 4/5 kerana aku rasa puas bila membaca dan minda aku rasa macam SEGAR BUGAR!!!! Berfikir jugak bila baca novel ni..Thumbs up Kak Dayang Nor!!! :)
pssssssst: Selamat Tahun Baru buat semua.. Semoga tahun baru ini membawa rahmat dan hidayah daripada Yang Maha Esa.. Amin.. :)
4 comments:
macam menarik.. dah lama berminat tp blum terbeli lagi.. hihi..
selamat tahun baru fik.. :)
kalau nk beli blh beli di mana
Anonymous..
boleh beli di MPH..atau order di fixi.com.my :)
buku ni 18sx ke x?? mcm menarik tpi kalau 18sx x jdi lah nak beli sbb sye ni bwh umur..
Post a Comment