Monday, April 25, 2011

Kerajaan Mahu Blogger Bantu Bentuk Masa Depan Negara!

Assalamualaikum..

Tadi, semasa aku sedang berjalan menuju ke pintu koperasi maktab aku untuk membeli waffle yang sangat gebu dan enak, tiba-tiba aku tertarik dengan cover BERITA HARIAN..

KERAJAAN MAHU PENULIS BLOG BANTU BENTUK MASA DEPAN NEGARA!

Wah..
aku yang excited, aper lagi, terus lah pergi beli paper tu, tempah waffle siap-siap dan rushing balik ke bilik semata2 nak baca paper tu...

Wah.. 1st impression aku, memang rasa terharu lah.. Yelah kan, kebanyakan penulis blog takut tulis pasal politik.. takut membincangkan kepincangan dan permasalahan secara ekstrim... Kalau berani pun, sekadar bermain dipinggiran jerk... takut diambil tindakan dan dimasukkan ke dalam I.S.A kan?

Tapi, sebenarnya, yang penting, bagi aku, fakta dan isi yang disampaikan tu kena betul.. Kita tahu kita ada ketidakpuasan hati yang ngin disuarakan, tapi pastikan segala apa yang kita sampaikan itu disokong dengna fakta yang bernas dan sahih.. Betul tak..?
Itu pada pandangan aku jerk lah... huhhuhuh.. eh, tetiba risau plak, kalau blog aku ni masuk dalam I.S.A.. ( AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI)..mintak-mintak dijauhkan..Amin..

" Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.

“Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda. "

sumber: BERITA HARIAN

Lagi 1, semalam, Perdana Menteri kita dan Tun Dr. Mahathir sempat beramah mesra dengan blogger2 pada PERSIDANGAN PENULIS BLOG MALAYSIA-ASEAN yang PERTAMA semalam..

NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.


Wah..dalam hati aku, tercari-cari jugak muka blogger2 femes seperti Ben Ashaari ker, Red Mummy ker, Dr. Maza ker...

Mesti best kan kalau dapat pergi ker persidangan tu pastu berbincang dengan golongan-golongan politik...

Ok, tuk membaca berita tu dengan lebih lanjut, SILA KLIK SINI!

6 comments:

MiSzy DiaN said...

wahhhh makin ramai laa kan yg maw wat blog nati.. hehee

MiSzy DiaN said...

erk.. hehehe aku keboringan bhaa..
eehh fiq. napa ko nda buat comment moderation jak arr?

cik kite said...

folo ckg fik..ehehe...
fuyooo blogger masuk paper..best3...

Awan Biru said...

Semalam, hidung Awan kembang kempis ja dengar berita tu. Tapi, takut nak buat entri mengenai politik sebab takut kena banned.

aliarosli said...

bile baca nie, bangga

tapi taknak masuk campur hal politik

tak pasal-pasal je nanti

~ariFFin~ said...

malaysia adalah negara yang paling ramai blogger di dunia...anda percaya????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails