Sunday, June 26, 2011

LAIN KALI KALAU TAK DER DUIT JANGAN MAKAN SINI !!!!

Assalamualaikum..

AWAS..ENTRY INI PANJANG..KALAU MALAS NAK BACA..
TAKPEW.. SEKADAR BERKONGSI JERK...


Aku geram betul lah dengan sejenis kedai yang kononnya GAH ni..haish.,.. geram betul.. AKu bukan nak salahkan kedai ni...sebab kedai ni memang banyak cawangan.. Tak kan lah semua cawangannya pun `busuk` cam kedai yang aku makan ni.. Aku cuma geram dengan salah seorang pekerja dekat situ jerk... Haish..geram..geram..

Macam ni, semalam aku makanlah dekat kedai tutttttt ni... di Alamanda... So, macam-macam lah aku tempah, kek, air epal hijau yang orang kata sedap tu, dan bla..bla..bla... Dah lah kemain lambat serve dia... Rasa nak mencarut jerk.. Lepas tu tiba lah waktu untuk membayarnya..
RM 105 kesemuanya..

Aku pun bayarlah.. Tapi aku bayar RM 101.. Sebab aku ingatkan harga asalnya RM 100.50.. aku tak perasan.. Rupanya, harga sebenarnya RM 105.00... So, aku pergi dekat kaunter, aku tambah lagi RM4.. then aku cakap SORRY sebab saya terkurang bayar...
Then, akak tu cakap takpew..dan bagi aku resit...

Datang pulak kawan-kawan aku tengok resit tu..Masa tu ktorang dah nak keluar dah.. Cuma, kedudukan ktorang dekat jugak lah dengan kaunter tadi tu.. Lepas tu, kawan aku pun cam terkejut dengan harga RM105 tu.. bagi aku, standard lah harga macam tu kalau makan kat kedai ttutttttttttttttt.. tu...

TIBA-TIBA kau tau, ni yang aku TAK puas hati ni, aku terdengar sejenis suara sumbang LELAKI yang memang sesumbang-sumbangnya..:

LAIN KALI KALAU TAK DER DUIT, JANGAN MAKAN DEKAT SINI..


http://img.pics.livedoor.com/004/a/e/ae461bb03bdce93dbad9-L.jpg

terus panas telinga aku...GERAm..macam nak musnahkan jerk kedai tu..

Pergh..hati aku serius panas weh..Macam hina sangat ktorang ni..Padahal bukan ktorang mengutuk makanan dan harga kat situ... Mungkin dia ingat, ktorang mempertikai harga RM 105 tu kotttttt... AKu rasa orang tu dah salah faham, then megeluarkan kata-kata macam tu.. Dia ingatkan aku tak dengar lah tu.. Sebab rasanya dia tengah cakap dekat kawan dia...

Nak kata aku salah dengar, tak jugak, sebab aku rasa pendengaran aku datangnya dari bahagian potong-potong kek...Then, aku terus pandang orang yang tengah potong kek tu.. (sebab aku dapat rasakan dia yang cakap macam tu), lepas tu aku terus keluar...

Aku cakap ngan kawan aku pasal benda yang aku dengar tadi.. Kawan aku memang tak puas hati, dia terus masuk balik dalam kedai tutttttt tu.. Terus slow talk dengan salah sorang pekerja kat situ.. Pekerja tu pun mintak maaf bagi pihak kawan dia...

Pergh....tapi, aku seriously geram weh..Kalau nak mengumpat org pun, pastikan orang tu tak dengar.. Lepas tu tak elok duk mengata orang.. Kau nak kata pun agak-agak lah weh... Kau jangan pandang orang sebelah mata.. Mentang-mentang aku pakai biasa-biasa jerk semalam, kau ingat aku tak der duit.. Lebih elok bersederhana, daripada bongkak semata.. Ingat tu.. kau ingat duit kau banyak sangatlah.. Haish..nasib baik aku tak report dekat pengurus kau semalam..,Kalau tak, sah-sah kau kena buang kerja..tak der sivik langsung..Lepas ni, aku akan boikot kedai tutttt cawangan alamanda.. aku akan makan kat kedai lain jerk.. huh!!!

15 comments:

Chegu Zubir said...

makan katne bro????t ku nak g jugak....nak cuba buat cam ko terkurang bayar..tngok diorang kata x..hehehe

jomm join
Segmen : Pencarian Mega Bloglist

akmal afiqah said...

xde sivik punye olang! huhu

Rozuan Ismail said...

bodohnya kedai tuh, langsung tak mesra pelanggan,kalau wan,wan pecat je semua pekerja tuh.

Nana Liyana said...

uishhh sabo ckgu sabo.... :) jgn marah2. kite bako je kedai tuu . hehe

zuhailazulkifli said...

hahaha, secret recipe kew weehhh?
tak kesahlaaa mane2.tp memang kuang ajo.bagos tindakan kawan kau tuh !

Bro ahmad said...

PEHGGG memang ganas ramboo tu..tak de duit cikgu fiq

sugar2 kapas strawberry said...

itu benar2 mencabar! grrrrr..ckp kt abg tu..kalau i takde duit i tak jejak kaki kat sini..gaji abg dtg dr duit sy invest kat sini ok.kasi sentap sikit

Cik Kamoo said...

Alamanda??? hahahah nak kena jengah semua kedai makan kt situ .... harap2 dpt jumpat kedai tuuuttttt ... hehehehhe

Azham Vosovic said...

HEllo, diorang ingat cikgu maktab ni tak berduit ke?

AMMAR YASIR said...

Eeeee..geramnya...baca cerita ni dah geram. Kalau kena kat diri sendri lagi geram. Rasa macam nak tumbuk je orang yang mengumpat tu. Secret Recipe ke?hehehe

Siti Safiyyah said...

aku penah kene camtu. masuk kedai tapi tak dilayan. mentang2lah pakai selipar jepon je kan? nampak semikin sangat gamaknye. :hoho

Mss Ieza said...

:baby nape x sound blk :baby

Fariq said...

perghh kerek gile mamat tu... awat tak report je kat mael lambung.. biar die kena lambung je.. kehkehkeh.. :P

Miscellaneous Smiles said...

peh..pehh peh 105 tuu

Opah Kentang said...

makan kat ne ni fiq? ala..orang yang keje kat situ macam la ade duit nk makan situ.. ingat kita ni tak de duit nk bayar agaknyer.. geram gak ni. tapi ape2 pun sabo je k :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails