Saturday, June 25, 2011

FILEM RASUK- SEKADAR BIASA


Assalamualaikum......

http://fuhmedia.com/wp-content/uploads/2011/06/filem-rasuk-2011.jpg

Tadi aku pergi lah hang out ker Alamanda.. Cadang nak menonton filem SUPER 8 (sebab aku belum tengok lagi), tapi tak dapat nak tengok sebab dah nak penuh (ada jugak yang nak tengok filem tu even dah lama).. So, nak tak nak, terpaksa tengok RASUK dengan harga tiket RM11...
Filem RASUK ni tak menarik perhatian aku sebab POSTER dia.. tak memberi impak kepada penonton untuk menonton..

Secara jujur, aku merasakan filem RASUK sekadar biasa sahaja.. Tiada apa yang WOW dalam citer tu.. Permulaan cerita tu sangatlah perlahan.. Bahkan bukan sahaja pada permulaan cerita, sepanjang cerita pun lebih kurang bergerak perlahan...

Ada banyak part dalam filem tu yang aku tak berapa suka.. Contohnya, part masa dah nak ending tu... Masa Fauziah Gous kena rasuk tu... Pergerakan Fauziah Gous, ramai yang menyebabkan penonton gelak.. Sebab seakan-akan macam kanak-kanak spastik... Tak macam kena rasuk kottttt... (mungkin mahu menonjolkan kelainan kottttt..-sangka baik jerk lah)...

Pertarungan antara manusia dan setan tu pun sekadar biasa.. Tiada apa yang WOW... Yang aku tak boleh tahan, setan yang merasuk tu TERBAKAR bila keluar dari badan Fauziah.. bukankah Iblis itu tidak akan berhenti mengganggu anak ADAM sehingga Hari Kiamat? Lebih dramatik jika ianya DIKURUN.. even kurung-mengurung tu nampak klise, tapi logik.. (bagi aku lah..)

Tapi ada jugak dalam filem ni yang menarik minat aku.. Contohnya kepentingan membaca surah-surah AL-QURAN yang ditekankan dalam filem ni....Even pengarahnya bukan Melayu, tapi tetap juga ditampilkan elemen AL-QURAN itu..Sangat bagus... Watak Fauziah Nawi yang sempa memberi tazkirah pendek kepada doktor yang sangatlah sengal itu pun menarik perhatian aku...

Kelainan citer ni jugak ada diserlahkan iaitu hantunya bukanlah dalam kalangan geng-geng hantu melayu.. Tapi, hantu yang merasuk itu merupakan hantu yang datang dari.........
adalah.rahsia..huhuhhu..

Apa-apa pun, aku sebenarnya nak bagi filem ni 4/10.. tapi, disebabkan kepentingan ayat-ayat suci Al-Quran ditampilkan dalam filem ini.. Dan, sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran, maka aku bagi filem ni 5/10 jerk..

Dan diCOP sebagai BIASA SAHAJA!

3 comments:

TeAqArH said...

x sabar nk tggu transformer3...^_^

Cik Amy said...

oh..tgk behind the scene mcm WOW je...x rupenye...

Seri said...

terima kasih atas ulasannya. mujur tak gi tengok. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails