Tuesday, July 5, 2011

MALU!!!!! SELUAR AKU KOYAK!

Assalamualaikum.....

Aku sebenarnya nak cerita pun segan, tapi takpewlah memandangkan kita geng2 blogger ni member-member (member ker?huhhuhh) aku citer jerk lah...

Petang tadi, kelas aku ada kuliah Pendidikan Jasmani (Pergerakan Asas). So, ktorang pun gasaklah bermain permainan menggunakan alatan.. Macam-macam weh.. Serius best... Guna bola lah, gelung lah, macam-macam lah.. Lepas tu pulak, ada satu alatan ni iaitu TALI SKIPPING..

Nak dijadikan cerita, aku pun duduklah ala-ala macam TAHIYAT AWAL tanpa menanggalkan kasut sukan aku.. Lepas tu, masa aku nak hayun tali skipping tu, tetiba:

KRAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKK...

Aku pun bermonolog:

Eh, macam kenal jerk bunyi ni..Ni bukan bunyi seluar koyak ker?

Aku raba belakang, SAH!!!!! MEMANG SELUAR AKU KOYAK..ARGH!!!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWZrpvQmeRFVQLbTZcooWxwP9idmJz5NKeFq9ZmDX_Sx-m5tooORwATvopXRxGgNCMa3mFsEQd1sST2VFTL4ZQS8S-QgHq3ecqpVxDpDGJJY_BHQ_XLIbEQtjp1UTUKbK6TlaiLh1VvrOT/s1600/shame.jpgAlign Center

(segannya saya!!!!!!! )

Aku terus takder mood nak main.. Aku duk tepi jerk... Lepas tu pulak, aku ingatkan tu last game, rupanya ktorang kena main permainan JADI-JADI.. (Ala, permainan yang kita kena kejar orang tu lah..pastu, ada main cop..cop tu.. )

So, terpaksa lah aku keluarkan baju, ala2 cam pompuan.. Tetiba kawan aku tegur:

FIKRI, LELAKI KENA TIDE IN BAJU LAH...

Masa tu pulak, aku boleh pulak terbagi tahu macam ni:

SELUAR AKU KOYAK LAH...

Terus satu kelas gelak.. Dengan lecturer aku sekali gelakkan aku.. ARGH!!!! SEGAN!!!!
Lepas tu, aku kena jadi orang yang mengejar pulak tu..Lagilah aku segan.. Aku lari, sambil pegang tangan ke belakang untuk tutup kesan koyak tu.. Lecturer aku memang bantai gelakkan aku..

Huhuhu..Tapi, takpewlah.. nasib baik aku pakai seluar track yang jenis dua lapis tu.. FUH... So, takder lah segan sangat.. Yang paling penting, even seluar aku koyak, aku rasa FUN dengan kelas PJ!!!! SERIUS BEST!!!! :)

7 comments:

Unknown said...

Kak kan pernah alami..
bukan sekali tapi 2 kali

mujur kat rumah..
so..
tak segan..
sbb sorang2.

sah..
kak dah gemuk

Cikrosecute said...

hihihihi very funny...

http://hairuliza-anakku.blogspot.com/

Opah Kentang said...

opah paling tak suke pakai tracksuit..nnty mesti jadi macam nie..huhuhuh

Faridzuan said...

Wah, lucu! Pengajarannya kita perlulah menggunakan seluar berlapis-lapis agar dapat menutup bahagian dalaman sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini HEHEHE.

Pia said...

"kahkahkahkah...gelak kan fiq.....heh,jgn marah fiq..biasalah tu,tp seb baik pandai cover..tp kesian ttp kena gelak...sabar2.."

min said...

haha . ape la cikgu ni , lain kali ati-2 :p

Anonymous said...

Tuck in Bro. Bukan tide in

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails