Thursday, August 18, 2011

KES SIMBAH ASID DI JALAN TAR - AKU SERIUS RISAU!

Assalamualaikum...

Kau tahu tak pasal isu KES SIMBAH ASID DI JALAN TAR (JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN)..
Aku baru jerk tahu petang tadi weh.. Rugi pulak tak beli KOSMO tadi.. Tapi, nasib baik ada KOSMO ONLINE (promote KOSMO sket), so aku pun geledah lah.. Terkejut kot bila aku baca.. Haish.. kesian seh mangsa tu...

Kau bayangkan, dia tengah tunggu kawan dia pergi tandas, aleh-aleh datang orang yang tak dikenali, terus simbah asid kat muka dia.. Kau nak tahu kisah lebih lanjut?
Cuba baca kejap...

KUALA LUMPUR – Undang-undang sedia ada untuk menghukum penjenayah simbahan asid perlu dikemas kini supaya hukuman setimpal dengan kecacatan kekal yang dialami mangsa dapat dikenakan terhadap penjenayah terbabit.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, berdasarkan kes-kes lepas, pihak polis mengkategorikan kesalahan simbah asid di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda RM1,000 terhadap pesalah.

Tegas beliau, hukuman tersebut jelas tidak setimpal jika dibandingkan dengan kecederaan teruk dan trauma yang dialami mangsa.

“Secara peribadi, saya melihat hukuman yang dikenakan ketika ini tidak cukup tegas bagi mengekang jenayah simbahan asid yang sedang berleluasa di negara kita.

“Orang yang tidak bertanggungjawab akan terus-menerus menjadikan asid sebagai senjata mudah untuk melepaskan dendam mereka,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0818/Kosmo/Negara/ne_05.1.jpg

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa simbahan asid, Mohd. Rafi Abdul Latiff, 28, di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Besar Kuala Lumpur semalam.

Mangsa dikatakan disimbah dengan asid ketika sedang menunggu rakannya di dalam kereta di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raya Laut selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 1.10 pagi pada 8 Ogos lepas.

Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu melecur teruk di muka, kedua-dua belah tangan dan mata kanannya kabur kesan simbahan asid tersebut.

Sementara itu, Muhammad Khairun turut menggesa setiap pembelian asid oleh orang ramai didaftarkan supaya ia dapat direkodkan bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.

“Saya yakin melalui tindakan itu, ia akan dapat memberi persekitaran yang lebih selamat kepada komuniti,” ujarnya.

Sementara itu, abang mangsa, Pegawai Staf 2 di Dasar Latihan Peperangan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Mohd. Jeffry Abdul Latiff, meminta kerajaan memperluaskan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) terutamanya di kawasan awam.

“Rakaman melalui CCTV ini akan dapat membantu pihak berkuasa mengesan penjenayah,” katanya.

untuk berita lebih lanjut :KOSMO ONLINE

Ha, risau kan? Saper lah manusia yang main simbah2 asid tu? Dia tak pikir orang lain ker? Bak kata kawan aku, orang macam tu jenis MENTAL.. tahu mental? Huh!!!! Patut hukuman lebih setimpal dikenakan ke atas pesalah macam tu.. Suka hati dia jerk... Semoga mangsa simbahan asid tersebut akan segera sembuh dan menerima bantuan rawatan untuk memulihkan wajahnya....

Sebenarnya aku memang nak jalan2 waktu malam kat JALAN TAR.. nak Shopping baju raya FASA 2 (semalam aku dah SHOPPING RAYA FASA 1).. Tapi, bila baca kes macam ni, tetiba aku jadi risau plak... hurm,..

YA ALLAH YA TUHANKU.. kau lindungilah aku dan yang lain daripada bencana sebegitu.. Amin...

berita dan gambar credit to: KOSMO ONLINE

6 comments:

alin alias said...

manusia sekarang dah melampau, ish..dia ni bukan manusia lg dh la, x layak jadi manusia, kejam..

cucu umie said...

serius mmg agak kesian pon dekt dia tu..btw, mmg tidak berhati perut orng yg lalkukan itu

sembil9n said...

semua tempat tak safe

Nurul Mazni said...

ini sangat menakutkan. ingatkan dah stop dah.. rupanye bersmbung balik. ya allah. jadi takut nak jalan2 sekitar kl nie.. asal ramai sgt yang mental disorder tah.

~Nana 귀여운~ said...

ee takutnye nak jalan kat sana..dah la banyak baju2 and kasut2 lawa2 kat situ..humm

Nana Liyana said...

mudah2an Allah bg buruk blk muka org yg simbah asid 2 . Amin ,.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails