Saturday, October 15, 2011

GEMPAR!!! MANUSIA PERTAMA YANG TIDAK MEMPUNYAI KELAMIN DI DUNIA

Assalamualaikum...

Tahukah anda, ada seorang manusia di dunia yang tiada kelamin?
Ha???? Macam mana tu? Biar betik? Hurm...
Meh kita baca ceritanya......

New South Wales- Norrie May Welby telah mengklaim dirinya tidak memiliki status kelamin diyakini sebagai orang pertama di dunia yang secara rasmi diakui tidak memiliki kategori jantina sebagai lelaki ataupun wanita.





Norrie Maywelby


Norrie May-Welby (48) dilahirkan sebagai seorang lelaki. Namun, dia kemudian memutuskan melakukan pembedahan kelamin pada 1990 ketika berusia 28 tahun. Setelah itu, dia merasa tidak bahagia menjadi seorang perempuan dan akhirnya Norrie memutuskan untuk menjadi seorang "neuter". Hasilnya, dia sekarang secara rasmi diakui sebagai seorang yang tidak memiliki jantina secara spesifik.


Norrie May-Welby pernah berhijrah ke Australia pada usia tujuh tahun. Dia lahir dan dibesarkan di Paisley, kota Renfrewshire, Inggeris.

Pemerintah di Inggeris menolak untuk mengeluarkan akta kelahiran untuk Norrie kerana tak dapat membuat sebuah klasifikasi baru untuk status warga tanpa jantina. Selain itu, para doktor juga mengaku tidak dapat memastikan jenis kelamin dari tubuh Norrie Welby ini.

"Konsep lelaki atau wanita tidak sesuai buat saya. Penyelesaian  paling sederhana adalah tidak memiliki salah satu identifikasi," ungkap Norrie.

Lembaga Kepercayaan Jantina Inggeris menyatakan tidak keberatan dengan pilihan yang diambil Norrie. "Banyak orang menyukai idea untuk menjadi orang tanpa jantina," kata seorang juru bicara.




Haish............ macam2 lah zaman sekarang ni kan? Nak mengaku takder jantina.. Haish... Allah S.W.T kurniakan kau benda yang paling berharga tu, patut kau hargai.. Hurm..... Apa pendapat korang?


credit to: SINI

4 comments:

Unknown said...

adakah dia juga tidak bernafsu? haha....jgn nanti menyesal sudah!

Cik Aqilah Wardah said...

orang yg xde aqidah... orang yg xde pegangan, memang akan sntiasa melakukan sesuatu menurut hawa nafsu sndiri....

kita sebagai Muslim, mesti selalu brdoa agar tidak tersasar dari jalan-Nya..

Allahu a'lam... :)

~SYAZ~ said...

adoyy~ pelik nyelah orang ni..
dah jadi lelaki ade yg tukar nak jadi perempuan..
dah jadi perempuan nak tukar jadi lelaki pulak..
dunia2..

aindzaya said...

giler hape kes!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails