Assalamualaikum...
Kelmarin, masa dalam bas, ketika baru pulang dari FESTIVAL HALAL 2011 / HALFEST yang sememangnya menyeronokkan tu, aku membaca novel grafik seram terbaru terbitan GEMPAK STARZ iaitu WARISAN PUAKA..
picture credit to: SINI
Pergh.. aku memang suka baca novel grafik siri seram ni... Dari sekolah menengah, memang aku kumpul siri-siri novel grafik seram ni...
Tetiba masa satu part iaitu tajuk SUSUK, aku disapa oleh kawan aku.. Dia pun cerita tentang LELAKI yang MEMAKAI SUSUK.. isah yang berlaku di kampungnya di Bukit Kepong Muar Johor.
Imej susuk yang dirakam menggunakan X-RAY..
Aku terkejut... Aku tanya balik.. ADA KER LAKI PAKAI SUSUK?
Dia kata.. Ada..macam-macam jenis..Tapi, cerita yang pernah diceritakan kepadanya ni tentang lelaki yang pakai susuk untuk menambahkan kekuatan fizikal...
Lepas tu aku tanya...
Eh, bukan laki pakai susuk untuk kekuatan BATIN ker?
Dia kata..Mungkin..tapi, yang berlaku kat kampung dia tentang laki yang pakai susuk untuk kekuatan fizikal..
Maksudnya? Aku bertanya..
Dia menjawab..
Maksudnya, zaman dulu, kan orang kampung kerja kampungnya berat.. Jadi, laki pada zaman tu, pakai susuk untuk tambah kekuatan mereka demi membanting tulang...
Katanya lagi..
Ada sorang pakcik tu, umur around 70-80 tahun, tapi kalau tengok muka dia, tak macam usinya.. Rupanya lebih kurang 50 tahun jerk, walhal umurnya dah 70 tahun..
Lepas tu aku bertanya..
Habis tu, kalau mati macam mana ek? Tak susah ker?
Dia kata..
Ada sorang pakcik ni, bila dia nak mati tu, dia pesan dengan ister dia, supaya mayatnya dialas dengan daun buah berangan atau pisang berangan rasanya.. Saya kurang pasti.. Lepas tu, susuk tu akan kelaur dengan sendirinya..
Aku pun macam tertarik dengar cerita dia..Aku tanya tentang pantang larang lelaki yang memakai susuk..
Katanya..
Antara pantang larangnya adalah, tak boleh makan pisang berangan. Lagi satu, kalau nak makan sate, tak boleh makan dengan lidinya, mesti cabut dulu sate tu dari lidinya, baru boleh dimakan..
Wah...macam tu rupanya.. Baru aku tahu.. Pergh.. rupanya ada jugak lelaki pakai susuk untuk kekuatan fizikal.. Pergh..tapi, bahaya weh.. Sebab kita berurusan dengan syaitan.. Syaitan pasti ada tipu helah untuk menyesatkan manusia.. Nauzubillahminzalik..
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Iblis berkata,”Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang telah engkau ciptakannya dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk.” Allah berfirman,”(Baiklah)maka sesungguhnya engkau termasuk yang diberikan penangguhan.”
Surah al-Hijr_ayat:36-37
3 comments:
nak pinjam novel tu boleh??? haha
susuk...perkara mainan hujung jari je sekarang...pergghh..
org dulu mmg gitu, sb tu dulu ada yg bajak sawah guna kkuatan sndirik je... ketua kmpung lak kalo dulu ade yg pasang jin, sb tuk jaga kmpung.. dulu mana ade walkie talkie, hp taw sbgainye.. tahun lepas, kakak mmber aku kena sampuk ngn mkhlkuk halus yg duk kat peralatan keris tok nenek dia dulu.. sb tok dia dulu ketua kmpung.. tu yg dia citer aku gini...
Post a Comment