Saturday, November 5, 2011

ULASAN AKU TENTANG ANUGERAH SKRIN 2011

Assalamualaikum...

Wah..aku cadang lepas habis ANUGERAH SKRIN 2011 (ASK 2011), aku nak hapdate blog.. tapi, aku ada keje kat dapur plak.. (wah...macam anak dara plak nak turun dapur...) ahahaahah.. aku sedang mencuba resepi baru... tengok ASK 2011 tadi pun, aku siap bawak pisau, papan pemotong dan benda2 yang aku nak potong kat depan TV tu.. huhhuhu.. So, lepas siap semua, barulah dapat hapdate citer pasal ASK ni..



Walaupun ramai blogger2 yang dah update citer pasal ASK 2011 ni, tapi aku tetap nak update dan ulas.. Namun dalam perspektif aku sendiri.. (wah..nak gempak jerk cakap..)

Bagi aku lah kan... Dari segi penganjuran majlis tu sendiri.. Nampak cam tak meriah sebab..... TAK DER PENONTON dalam kalangan peminat.. Lagipun yang datang aku rasa dalam kalangan artis dan orang belakang tabir jerk.. Tu lah bila diumumkan pemenang, orang macam tak tepuk sangat.. Sebab penontonnya pun artis2 tu gak... Kalau macam AJL, ABP dan SHOUT AWARD.. nampak meriah sebab ada PENONTON dalam kalangan PEMINAT yang tenok dan bersorak.. tu lah nampak meriah..

Dari segi pengacaraan gak.. bagi aku KURENG.... Yang menyelamatkan keadaan ialah ALLY ISKANDAR.. Bagi aku Rozita Cik Wan kureng sesuai untuk mengacara... Butir kata yang disebutkan adakalanya kurang jelas...Kadang-kadang bila mereka buat lawak pun, aku tertanya-tanya, APA YANG LAWAK??? Mungkin salah aku yang kurang mendengar kotttttt.. Hurm..... Kadang-kandang nampak best, kadang-kadang nampak hambar.. Sorry tu say.. Bukan nak mengutuk, tapi untuk sama-sama kita memberi komentar membina supaya dapat dipertingkatkan mutunya pada masa akan datang... Paperpown, aku tetap suka LAKONAN Rozita Che Wan.. Mungkin dia lebih bersinar dalam bidang lakonan..

Dari segi KEPUTUSAN plak.. AKU SOKONG!!!!! Kebanyakan target aku mengena!!!!! Bila aku tanya kawan-kawan aku, pasal drama atau filem yang akan menang, mesti mereka akan sebut filem2 yang best.. Tapi, bagi aku plak.. Kriteria drama atau filem yang harus diangkat menjadi JUARA adalah hasil karya yang mempunyai tema yang kuat, latar masyarakat yang mantap, serta MEMBERI KESAN YANG MENDALAM kepada penonton.

Macam citer JUVANA, aku sangat suka tema serta aura yang dibawa.. Sangat mantap!!! Kawan aku target NORA ELENA yang menang.. Tapi, percayalah, sukar untuk sebuah filem cinta yang membawa penonton terbuai-buai untuk menang.. Sebab, tema utamanya hanya CINTA.. Kecuali FILEM CINTA karya KHABIR BHATIA yang pernah dinobatkan sebagia FILEM TERBAIK ASK 2007, elemen CINTA yang ditampilkan ternyata dalam 5 KISAH dengan 5 MAKSUD yang berbeza.. TERBAIK!!!!

Untuk FILEM terbaik plak.. Aku sebenarnya target CUN dan MAGIKA.. Bagi aku, citer CUN, even lawak, tapi dslam masa yang sama latar masyarakat yang ditampilkan sangat menarik.. Masyarakat yang suka jaga tepi kain orang, yang suka ambil berat dan pelbagai asam garam sangat menarik untuk ditonjolkan.. Tapi, MAGIKA juga apa kurangnya.. Masyarakat dalam pelbagai kisah klasik ditampilkan serta idea unik yang dipersembahkan, memang layak diangkat sebagai FILEM TERBAIK..

Sanggul beracun plak.. Aku dah lama nak tengok DRAMA ni..tapi tak dapat2 lagi..sebab ditayangkan kat ASTRO CITRA.. Ramai target AIR MATA SALINA yang dapat.. Bagi aku, drama tu, biasa jerk.. Kesannya tak sampai kepada aku... SANGGUL BERACUN plak, aku just tengok IKLAN jerk..tapi, aku dapat rasakan citer ni mesti unik dan ada latar masyarakat yang menarik..

Ada lagi 1 anugerah.. Aku cukup terkejut bila pelakon kanak-kanak iaitu FAZLI DANIEL ALI menang ARTIS HARAPAN PANTENE.. Pergh..mantap seh.. Rasa macam terharu bila tengok dia yang kecil comel tu, naik pentas sambil merangkul TROFI yang besar tu.. huhhuh.. Ni gambar dia...


Ok tu jerk ulasan aku pasal ASK 2011 ni.. Macam sekejap jerk kan rasanya berlangsung ASK yang tahun lepas.. Tak sangka plak dah ASK 2011.. Cepat masa berlalu.. Masih terbayang di mata aku macam mana SHAHEIZY SAM menang ANUGERAH YASMIN AHMAD..hurm.. Ni keputusan penuhnya...
 Kredit to: OH BULAN..


Kategori Drama
  1. Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
  6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
  9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
  10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
  1.  Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
  6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
  7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
  4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhormat’.
Anugerah Khas
  1. Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
  2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji`
SUMBER : OH BULAN

Maaf kalau ada yang tak puas hati dengan ulasan aku pasal ASK 2011 ni.. bukan nak tunjuk pandai, tapi sekadar pandangan dari mata penonton macam aku..  Anyway, semoga ASK  makin mantap untuk tahun hadapan... Saya CIKGU FIQ melaporkan untuk CIKGUFIQ BLOGSPOT!!! :)

10 comments:

laskar pelangi said...

macam boring jer anugerah tu haaa tadi..cam takde sorakan gemuruh ajer..hu3 =D nak tengok pun cm hampa jer. dh la retis2 pakai kasi seksa mata jerk

NANA NAZIRA.. said...

perrggghhh.. mantap2!!

Rozuan Ismail said...

artis harapan pantene tu mmg untuk kanak2 ke.kenapa tak buat satu kategori untuk kanak2.erk

azRyn said...

warh.. rajinny update blog pasal ASK.. Saya setuju sangat ngan awak ttg pengacara tuh.. Honestly,. hambar sangat RCW jadi pgacara.. Sedey2~

Hanim Mahali said...

Baguslah ada ulasan camni. Tak dapat tengok pun boleh tahu. =)

ZWAN SABRI said...

Btol tu btol.. Anugerah Skrin kali ni hambar sbb pengacara dia x best.. HUHU

MySuaraBlog: 7 Keajaiban Selepas Menangis

cantekk said...

bosan gile..
smpai ttido la..
tak abis pon tgk, tutup tv, p masuk bilik tdoq..

~Nana BamBam~ said...

ASK mmg kurenggggggg..!!

cikgu ainura said...

betul2..akq sokong part rozita che wan.. dia mmg xsuai jd MC...

NANA NAZIRA.. said...

hahaha.. lpe nk ckp, aku dh tgk cte sanggul beracun tu.. mmg best, dan sangat best..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails