Friday, November 4, 2011

BANG-BANG BOOM VERSI ABANG SENIOR AKU!

Assalamualaikum...

Aku ada satu benda nak citer ni.. Bila aku teringat balik kisah ni, memang sah-sah aku akan senyum sendiri.. (cam orang giler lah plak..huhuhhu) Kisah ni terjadi dalam minggu ni...

Ada sorang abang senior aku ni, dia ni cukup kreatif dalam menjana idea.. Kadang-kadang idea dia memang bernas, dan kadang-kadang, idea dia memang giler.. Sangat giler terutama dalam mengenakan orang.. Sebut pasal mengenakan orang.. Ada 1 cerita ni, memang kesian giler kat kawan dia tu... Memang betul-betul kena BANG-BANG BOOM!!!!


Kita guna abang senior tu sebagai M dan kawan dia tu sebagai A... Ok, Macam ni cerita dia..



Lebih kurang pukul 1.30  pagi macam tu, M ni call lah kawan aku ni.. Masa tu A belum tidur... Lebih kurang macam ni perbualan dia..

M : Assalamualaikum.. A, kau kat mana sekarang ni?

A  : Kat bilik lah, kenapa?

M : Kau tahu tak yang nenek kepada K baru jerk meninggal...

A  : Yeker.. Innalilahiwainnalilahirajiun.....

M : Tu aku call kau ni, nak ajak kau pergi Melaka, melawat arwah nenek dia.. bagi support sekali kat kawan kita tu.. Kesian kat dia.. Tak der saper kawan-kawan dia datang temankan dia...

A : Tapi, kan dah pagi.. Macam mana?

M : Tolonglah A.. Kesian kat K tu.. Dia dah lah sedih.. Lepas tu, kalau takder kita nak bagi support
       kat dia.. Macam mana plak perasaan dia nanti..

A  : Ok2, aku siap.. Pukul berapa nak gerak?

M : Pukul 2.45 pagi.. Dah siap, terus turun kat garaj.. Aku amik kau..

Lepas tu, aper lagi.. A ni pulak jenis timbang rasa dan sayangkan kawan.. Dia pun terus packing barang dan macam-macam lagi lah.. Siap buat sandwich lagi tu.. Untuk bekalan dalam perjalanan.. Waktu tu rasanya hujan renyai-renyai.. Tapi, demi kawan..  A sanggup turun kat garaj untuk melawat arwah nenek K kat Melaka...

So, tunggu punya tunggu.. Si M ni plak tak kunjung tiba. So, A pun call dia..

A : Assalamualaikum.. Ha, kau nak pergi bila ni? Aku dah tunggu lama dah ni..

M : Ha? Kau nak pergi mana pagi-pagi macam ni? Dah nak pukul 3 dah..

A : Kau kata nak pergi melawat arwah nenek K tu.. Tak jadi ker?

M : arh.. kau percaya ker? AKU TIPU JERK LAH.. NENEK DIA HIDUP LAGI!!!   HAHAAHHAHHAHAAHAHAH. (terus gelak cam setan)

A : Kau memang tuttttttttttt..%^&&&**()$##@@!!@#^&**((()!!!!!!!!!!!!!!

Pagi esok, bermulalah operasi gelak menggelak dan carut mencaruti antara mereka.. Hahhaa..lawak giler.. Yang aku tak boleh blah tu, orang yang empunya nenek tu TERKEJUT giler..Dia tak tahu apa2 pun.. Aleh-aleh nama NENEK dia jadi bahan... Padahal nenek dia masih sihat, utuh lagi teguh..  Adoyai...


Kau bayangkan kau wat sandwich tu dengan penuh perasaan... Aleh-aleh tak jadi plak rancangan nak menikmati sandwich..


Lagi satu yang aku kesiankan sebab si A tu dah beria-ia buat sandwich untuk bekalan perjalanan.. Lepas tu siap tunggu kat garaj plak tu.... Dah lah hujan renyai-renyai... Aleh-aleh dusta semata.. Hhaahaah...

Sekarang, kami sedang merancang untuk mengenakan si M tu plak.. Nak bagi kena BANG-BANG BOOM yang mantap plak kat dia!!!  Ada cadangan? Huhuhu........ :)

4 comments:

cikgu ainura said...

hahhahaa... akq baca tergelak2.. tang buat sandwich tue.... hehehhe.. cian dia tau...

missyaya (: said...

hahaha . kesian kt A .
xley bla tol .
sabo jek la . haha . :))

missyaya (: said...

fik , lapo tgok sandwich :((

NuruL SyuhadaH said...

mcm sedap plak tgk gmba sndwich tu :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails