Saturday, December 24, 2011

AKU TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA KAT ENTRY AKU NI..

Assalamualaikum....

Hai semua.. apa khabar? Sihat? Makin gebu tak? Kalau dah gebu tu, baguslah... Alhamdulilah, netbook aku siap cepat.. ingatkan sampai dua hari.. Rupanya sehari jerk... Lepas Jumaat tadi, masa aku tengah golek-golek kat atas rumah (kau boleh bayangkan macam mana aku bergolek? hahahahaa.. gurau jerk) tetiba handphone aku berbunyi.. lagu be what you want to be berkumandang.. sedap lagu tu..
Maka, org tu call, suruh aku amik netbook aku.. Yes.. terus aku ajak adik aku ikut aku sekali.. huuhuh...

Tak kena cas.. Alhamdulilah.. Sebab aku beli netbook ni kat situ dulu.. So, oleh kerana aku suka, maka aku ajak adik aku pergi karaoke dengan aku kat sungai udang.. Hahahah.. Serius dah lama tak karaoke weh.. Karaoke pun kat METRO IDOL aritu.. Tu pun, microphone cam #$%%^&**!!!!!!!!!!!!

Mula-mula cadang nak keluar duit kat sungai udang, tetiba aku tengok, premis tempat bank tu dah ditutup..Aku rasa dah berpindah kat tempat lain kotttttt.. Memang kurang asam.. Nasib baiklah dalam wallet aku ada duit lagi.. Kalau tak, memang karaoke dalam bilik air jerk lah aku ni...  Tapi gema dalam bilik air tu yang best.. Kalah Istana Budaya... errk.. -_-`....

Hasrat hati nak karok lagu michael jackson (EARTH SONG).. Sebab aritu aku tengok MAFA VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA nyanyi lagu tu cam sedap jerk... Kau tahu, lagu tu around 6 MINIT seh.. Bengong.. Lepas tu banyak bunyi u..u..u..uu...aa.aa..aa..a..aaa..aa.. yang ala-ala cam suara hutan tu jerk.. Nyanyi nyer tak.. Time nak habis tu baru lah ada part tinggi-tinggi untuk nyanyi.. Kan best kalau dia wat version pendek cam mafa punya.. senang sket.. Jimat masa...

Aku keluar jerk dari pusat karok tu, aku tengok orang yang jaga tempat tu cam pandang-pandang aku.. Rupa2nya tak silap aku, aku ngan adik aku jerk kat kedai tu.. Yang lain takder.. Haish.. Aku tengok pun cam tak ramai pengunjung jerk.. Mungkin sebab kawasan tu baru nak dibangunkan kotttttt.. Cuba buat pusat karok tu kat masjid tanah, insyaAllah tiap-tiap hari aku pergi.. huhhuhu.. Haish.. tapi korang jangan salah gunakan pusat karok untuk buat maksiat yer.. berdosa... Ingat pesan aku ni.. Karok-karok gak.. Solat jangan lupa.. Kena belit ular nanti..

Balik dari karaoke, aku ajak adik aku makan KFC... Hahahaha.. Walaupun tekak ni rasa agak muak dengan KFC, tapi bila dah teringin tu, apa salahnya makan lagi kan? Walaupun ayamnya kecik-kecik.. Tapi, aku tak kisah sangat.. Sebab bahagian feveret aku ada.. Aku kalau beli KFC, memang hanya mahukan TIGHT (tak sure cam ner eja nya) jerk.. tak mahu bahagian lain.. Tak puas...



Ni namanya TIGHT.. bukan DADA yer.. ada orang panggil ni dada.. SALAH!!! ni namanya TIGHT!! Tight ni terletak di bahagian atas PEHA!!! :) Kalau masa beli MCD or KFC, masa order tu, sebut jerk TIGHT ONLY ya.. Kalau orang kaunter tu tetap jugak bagi bahagian lain, kau cakar jerk muka dia... :)

Ha, kau tahu, bila dah diformat ni, aku rasa cam tak serasi lah pulak.. Lagi suka yang lama punya.. Banyak software2 aku yang best-best terpaksa aku install balik... Ni yang malas ni... Beruk aku plak tengah lambat cam siput bahavi.. Haish.. Sabor jerk lah...

 Ok lah kawan-kawan, tu jerk citer aku pada malam ni.. Tak best kan? Baik kau dengar citer sang kancil dengan buaya kan? Huhuhu.. Paperpown, aku tinggalkan korang dengan video EARTH SONG nyanyian HALEY REINHART from AMERICAN IDOL 2011..  Nak cari version MAFA, tak der lah plak.. Tetiba jumpa yang Haley punya...Serius best... Cer dengar...





4 comments:

Pia said...

"ntah ler akak pun tak tau tajuk apa yg sesuai ngan entri ko ni fiq....hahha...leh jadi isu lak...owhh itu nama dia tight yer?mana lah akak tau,dia bg apa,bedal jer,kdg2 diorang ni kita mintak tukar,diorng kt tak boleh lak..tu yg amik jer part mana pun...."

Jelly Chan said...

hahaha....cikgu fiq suka karok ye..

ilanilyana said...

dtg menziarah blog fiq, hehe same la, klu mkn kfc mesti amek tight or drumstick. xmo wing or dada. xbest..hehehe

fatt said...

aku pun suka part ayam tu...tapi ejanya THIGH, bkn TIGHT (ketat). kalau part lain tak sedap sbb isinya bertali2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails