Saturday, December 31, 2011

JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 | MAHARAJA LAWAK MEGA EPISOD AKHIR


Assalamualaikum

Maharaja Lawak Mega Akhir telah pun tamat tadi. Juara Maharaja Lawak Mega 2011 pun telah diumumkan tadi.. Memang juara yang dicipta tu mempunyai ramai peminat kan? Lawak yang dihasilkan memang terbaik..  Tahniah diucapkan buat OSBON!!!!!!
Cehwah.. aku cakap macam aku tengok plak final tadi.. Aku tak tengoklah.. Aku baru tahu yang Maharaja Lawak Mega akhir pberlangsung malam ni  pun lepas terbaca kat dalam blog saper ntah.. Aku lupa.. So, aku terus mesej classmate aku yang bernama Nana…

Terima kasih diucapkan buat tuan empunya blog NANASPEKPINK ni… Terbaik lah nana.. Nasib baik ko bagitahu aku keputusannya.. Thanks.. Sementara menunggu mesej kau, aku dah siap-siap taip entry ni dalam MICROSOFT WORD.. haahaha.. betul-betul prepare aku ni..  Untuk pastikan aku tak terlepas pandang dengan mesej dia, aku siap letak handphone aku betul-betul sebelah netbook aku, dan yang paling penting PHONE aku tak silent.. (saper yang call aku mesti menyampah sebab aku jarang jawab call.. Yelah kan, sebab phone aku letak dalam beg netbook ,lepas tu SILENT plak tu… Sorry..  So, kali ni aku prepare phone betul2 sebelah aku.. :)
Macam-macam aku tanya dia.. Mesti kau menyampah kan sebab aku tanya kau macam2 pasal pertandingan tu.. Huhuhu..  Sorry…Tapi, dia beria-ria kata BOBOI memang best tadi.. Wah, dalam kepala aku terus terbayangkan BOBOI JUARA…huhuhuh.. Tetiba plak, bila aku mesej balik, dia kata peluang besar kat OSBON.. huuhuh.. Tapi, aku tak kisah pun, OSBON Ker, BOBOI ker, yang penting antara dua kumpulan tu mesti JUARA!!!!!
 Menurut Nana, peringkat akhir ni ada dua pusingan.. Pusingan bebas dan muzikal.. Wah.. yang muzikal tu camner ek? Mesti best kan? Takpewlah, nanti aku selongkar Youtube.. huhuhu…
Paperpown, tahniah diucapkan kepada   Osbon  kerana berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak Mega 2011… Terbaek lah….Dan tak lupa jugak buat 3 lagi kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir..tahniah…
JUARA : OSBON
N. JUARA : BOBOI
KETIGA : SAEHU
KEEMPAT : SYOK

Pssst: Ahli Kelas PISMP 06 BM, jom kita wat group then masuk raja lawak jom.. Abg Kif  kan ada.. Ooooopsssss…huhuhhu…

6 comments:

NANA NAZIRA.. said...

muahahahahahahahaha.. jadi reporter kn aku nie..

Anonymous said...

kau masok ngn naim jew dah cukup wehhh.haha

Cik Aied said...

motif sgt..hahaha

Anonymous said...

yeah...walaupun takde astro kaler,,tp tgk jgk la, tgu org aplod kt youtube...

osbon n boboi best giler,,,

paling best giler JOZAN!!!!!

♥ Nana BamBam ♥ said...

kene terima hakikat yang OSBOn memang layak menang..kalau x kerana Abon yang mulut macam popcorn tuh dan laser sikit...dh tentu x menang, yedaaakk ? haha :P

Unknown said...

SALAM,
Singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails