Saturday, December 31, 2011

JUARA IDOLA KECIL 4 | IDOLA KECIL 4 FINAL


Assalamualaikum
Idola Kecil 4 Final telah pun tamat tadi… Pergh.. serius terbaik aku rasa.. pemberian lagu kepada peserta pun best-best.. Aku kurang suka kalau lagu masa final tak best… Tapi, tapi sayangnya..

AKU TAK DAPAT TENGOK FINAL TADI!!!
Sebab apa? Sebab…



ARIAL  RUMAH AKU PATAH!!!!! DAMN!!!!!


Time aku nak tengok IDOLA KECIL, time tu plak lah arial tumah aku patah.. Err.. cam tu ke eja ARIAL??? Argh.. lantak lah.. Maka, setiap minggu.. Kawan aku si ZUHAIR ni, akan mesej aku keputusannya.. Tapi, kali ni, untuk final, keputusan diberitahu oleh kawan aku si NAIM, sebab si Zuhair tu pergi karaoke.. Dia sempat bagitahu aku pun masa sampai ABBY bawak lagu KISAH HATI.. 
So, thanks diucapkan kepada NAIM dan ZUHAIR.. huhuhu…
 
Oh yer, menurut mereka, ini lagu yang dinyanyikan oleh peserta IDOLA KECIL 4 FINAL… Tak termasuk lagu baru yer.. Ni aku just bagitahu lagu COVER VERSION jerk untuk mereka yang tak tengok FINAL seperti aku tadi…
Hairul : Sedetik Lebih ( kawan aku si Naim tu tak percaya Hairul bawak lagu ni.. best ker?)
Shasha : Cinta Teragung ( aku minat Shasha ni lepas dia nyanyi lagu TAKDIR DAN WAKTU dulu.. terbaik seh)
Rusil : Kisah Dongeng
Fifa : Aku Permata oleh Salma ( aku pun tak percaya Fifa bawak lagu ni..huhhuh)
Irish : Patah Seribu ( lagu ni memang sesuai dengan suara dia)
Abby : Kisah Hati ( kawan aku si Zuhair tu kata, serius SUPERB..betul ker??)
Paperpown, keputusan dah diumumkan.. Masa aku tengah taip entry ni kat MICROSOFT WORD, Naim mesej aku.. Keputusannya:
JUARA : FIFA
N. JUARA : IRISH
KETIGA : ABBY

Wah.. tahniah diucapkan kepada pemenang.. Suara Fifa ni memang sedap pun… Serak-serak basah… Aku suka… Tapi, kalau diikutkan aku, aku target ABBY, or IRISH menang.. oh yer, aku pun  nak Shasha menag gak.. Walaupun Shasha aku kalah..huhhuhu.. Takpew2.. Saingan IDOLA KECIL 4 ni memang sengit.. Siapa2 pun berpotensi jadi juara.. Asalkan kuat berusaha dan suara tu kena dengan lagu yang diberikan, insyaAllah berjaya.. huhhuh.. Anyway, TAHNIAH UNTUK SEMUA… 

2 comments:

Rozuan Ismail said...

suka abby

anak kampung said...

suka syafiq, abby, rusil, shasha... banyak bebeno... sore diorang bes...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails