Sunday, January 1, 2012

PUISI BUAT MEREKA | SEMPENA TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum


Taktala jejariku menari di papan kekunci,
kedengaran mercun berbunyi,
sorakan bersilih ganti,
jeritan dan hilaian,
menjadi hiasan,
tanda tahun baru sudah menjelang.

Taktala jejariku menari di papan kekunci,
nyanyian itu menjadi hiburan,
anak muda gembira tak terkata,
menyambut tahun baru yang telah tiba.

Taktala jejariku menari di papan kekunci,
ku biarkan ia terus menari,
menaip sebuah puisi,
tanda kesal yang mula terbit,
dari hujung lubuk hati.

Taktala jejariku menari di papan kekunci,
aku mula berfikir,
Tidakkah mereka sedar?
untuk memanjat kesyukuran,
kerana umur dipanjangkan Tuhan,
mengapa sorakan menjadi pilihan?
bukannya doa menjadi iringan?

Maka ku menadah tangan,
penuh keinsafan,
ku pedulikan sorakan yang dilaungkan,
ku pohon pada yang Satu,
semoga tahun 2012 ini,
lebih baik untukku, bangsaku, negaraku,
dan agamaku.. 
Amin....

Antologi Ketupat Palas Bonda
cikgufiq.blogspot.com
12.00 am / 1. Januari.2012 / Masjid Tanah Melaka


Tetiba teringin plak nak berpuisi.. Ilham datang tetiba dengar bunyi mercun.. pom..pom..pom.. memokak jerk!!! Anyway, SELAMAT TAHUN BARU semua.. Semoga lebih baik buat kita.. Amin.. :)

6 comments:

yeas el said...

Waa , cikgu fiq berpuisi dahh !
Heee ;D

best , best !

cik anum said...

Hepi new year !
tahun baru azam baru semangat baru!
hip hip horey ! :)

Syafiq Ahadin said...

Azam baru, yeah! Berusaha nak capai! :)
Happy New Year!

cantekk said...

bakat terpendam nmpk....

slmt tahun baru jugak utk cikgu

teacher liza said...

selamat thn baru...
tahniah...puisi yg hebat...menarik...

Cik Aied said...

amboi..cemerlang...
happy new year! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails