Friday, December 2, 2011

KEM UNTUK KAUM-KAUM NYAH


Assalamualaikum....


Rasanya belum terlambat aku nak letak citer ni dalam blog.. Ha, saper yang ada beli Metro tadi, mesti terbaca pasal benda alah ni kan? Jom kita tengok beritanya sikit...


IPOH: Mengambil semangat Maal Hijrah yang disambut Ahad lalu, 40 pondan atau mak nyah disuntik keinsafan dan melafazkan ikrar untuk kembali menjadi lelaki tulen.
Kebanyakan mak nyah terbabit yang bergelumang dosa menjadi ‘wanita palsu’ sejak sekian lama menunjukkan keazaman tinggi mahu bertaubat selepas mengikuti Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Program tiga hari itu diadakan sejak kelmarin di sebuah resort di sini, dengan dikendalikan 10 kakitangan Jakim serta penceramah bebas.


Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai, berkata program itu disertai secara sukarela oleh mak nyah terbabit dan maklum balas positif datang daripada mereka selepas program sama dianjurkan di Negeri Sembilan dan Pahang pada Mac serta April lalu.

“Saya tidak menyangka program ini yang pada mulanya dipandang negatif segelintir mak nyah, kini berjaya menarik penyertaan mereka.

“Sepanjang tiga hari program, mak nyah terbabit yang berusia 22 hingga 50 tahun menunjukkan minat dan keinginan tinggi menghayati semula ajaran Islam,” katanya.

Menurutnya, modul diperkenalkan Jakim itu bukan hanya membabitkan ceramah agama semata-mata sebaliknya lebih menjurus aktiviti menyeronokkan yang menyelitkan nilai-nilai moral.

sumber : MYMETRO


Satu program yang bagus kan? Lagipun, mereka ini perlu dibantu, bukannya dihina kan? Sbeb mereka juga manusia.. Bukan niat mereka dilahirkan sebegitu... kKeadaan dan persekitaran yang membuatkan mereka menjadi begitu.. Semoga mereka berubah dna kembali ke jalan yang benar... Amin :)

8 comments:

Unknown said...

semoga mereka kembali ke jalan yang lurus

Diya Edhayaa said...

alhamdulillah, Allah telah bukakn pntu hati mereka untuk kembali ke jln yg benar.

Anonymous said...

Alhamdulillah.. smg dorang kuat menepis sgl godaan dan kental.. Program mcm ni patut diwar2kan lagi, so mereka yang nk berubah tu tahu ke mana dorang patut pegi.

Wilayah Sepet Kuku said...

as salam,

alhamdulillah..semoga hidayah ini memperkukuhkan iman mereka, aamiin

Opah Kentang said...

Semoga terbuka pintu hati diorang sume ntuk berubah :)

Cik Nuyu said...

wahh.. terbaca gak dlm paper td..
bagus la kan ada prgm camnie...

MN said...

sama sama lah kita doakan mereka berubah .
aminnn :)

NANA NAZIRA.. said...

join x???? muahahahaa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails