Wednesday, March 7, 2012

DOAKAN MEREKA

Assalamualaikum

Petang tadi aku dapat berita yang cukup menyedihkan. 4 orang abang senior aku termasuklah rumate aku sendiri yang sedang berpraktikum di Banting terlibat dalam kemalangan yang telah meragut nyawa salah seorang daripada mereka. Kejadian tersebut telah berlaku di Tanjung Sepat.

Menurut sumber, kereta yang dipandu oleh arwah cuba untuk mengelak sebuah lori, namun terlanggar sebatang pokok di tepi jalan. Dengar cerita, stereng tu betul-betul menghentam dada arwah. Kereta tu serius remuk.

Aku dah sedih dah tadi. Sebab rumate aku dikatakan kritikal. Nasib baik tadi, dapat juga melawat, alhamdulilah, masih selamat. Tapi, sedih gak lah sebab nampak kritikal sangat. Ktorang cuba rahsiakan berita yang kawan dia dah meninggal. Tapi tadi dia dapat tahu jugak. Terpancar kesedihan di wajahnya.

Tadi sempat jugak tengok wajah abang senior yang meninggal untuk kali terakhir. Sebak seh. Sebab aritu baru jerk gurau-gurau dengan arwah.Tak sangka plak dah pergi.... Tadi rombongan maktab baru jerk bertolak ke kediaman arwah di Besut  Terengganu. AKu nak ikut, tapi esok aku ada hal yang perlu diselesaikan. Hurm.. Hanya doa yang menjadi iringan... Semua tu ketentuan Allah S.W.T. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Amin...

 rumate saya

Untuk rumate aku pulak, Abang Azman Azhar dan juga lagi sorang abang senior iaitu Abang Mumtaz, semoga beliau segera sembuh. Korang doakan yer.. Amin...


hanya doa yang menjadi iringan.. Amin...

2 comments:

faqhrule said...

fiq,

semua yang terlibat dalam kemalangan tu ada kenangan dengan abang.

semoga allah tempatkan arwah mad dikalangan orang-orang soleh.

jaga keselamatan fiq
:(

Hanif said...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan semoga rakan cepat sembuh!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails