Tuesday, May 8, 2012

BATU BELAH BATU KONKRIT

Assalamualaikum...

Pernah tengak coter BATU BELAH BATU TERTANGKUP??? Mesti terngiang-ngiang di telinga anda macam ni kan:


`BATU BELAH BATU BERTANGKUP, TANGKUPLAH AKU, KIDNAP LAH AKU, AKU KEMPUNAN HANDBAG BONIA...`

Wah, melampau giler ayat aku.. Tapi kali ni, aku bukan nak citer pasal tu, tapi nak citer pasal lagu ni... Batu Belah Batu Konkrit nyanyian Azlina Aziz feat Monologue... Lagu ni OST Telemovie PARIT JAWA...

]
Meskipun aku rasa seperti orang yang ketinggalan sebab baru tahu lagu ni, tapi aku tetap jugak nak citer pasal lagu ni.. peduli haper.. hahaahaha..

Mula2 rumate aku yang perkenalkan lagu ni.. Katanya lagu ni unik.. AKu pun dengar lah.. Lirik dia sangat unik.. Walaupun mungkin korang rasa cam kelakar sampai nak muntah purple (melampau giler sampai muntah purple), tapi bila hayati betul2 lirik tu, maksudnya sangat mendalam...

Tabik spring untuk penulis lirik...
Meh kita tengok lirik dia..

Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya

Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya

Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka

Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka

Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka

Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit

Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit



Ok tu jerk untuk hari ni.. Wassalam :)

4 comments:

emieysandra said...

akak lagi xpnah dgr lagu ni. uhuk33..

rindu fiq jugakk, bile nk meet up lagi ni..btw, gudluck utk exam!!

.:MrS cHerRy:. said...

haaa..ema penah dgr sekali lagu nih mse tuh dlm kete mmber..berdekah siakk gelak mse tuh..ape punye lagu da..monoloque ke yg nynyi..muahahaha..

aindzaya said...

ta penah pulak dengar lagu nie..cam pelik je..hohohoh

"Ain Dzaya : Cinta Big Apple ♥.".

Anonymous said...

itu ler,,aku pon baru je dgr lgu ni kt tv brape tah aritu...ada kelainan la, lebih2 lg kpd org lama, mcm come back yg not bad =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails