Tuesday, July 10, 2012

AKU JADI JURI DEBAT KOPERASI SMKSS 2012

Assalamualaikum...

Debat Koperasi anjuran SMK SERI SERDANG merupakan pertandingan sulung peringkat sekolah menengah yang menggunakan sistem DEBAT TERBUKA... Debat terbuka merupakan ucapan balas sesama pembahas yang dilakukan sebelum sesi penggulungan.

Wah, dah ala-ala definisi kamus dewan plak aku ni. Ha, pada hari Ahad (8.Jul.2012) aritu aku dipilih untuk menjadi juri pertandingan debat ni.. Aku pun terima lah. Aku ingatkan pertandingan ni peringkat dalaman, rupa-rupanya dijemput sekolah luar dan rata-rata sekolah yang join datangnya dari SBPI, SMS, MRSM dan STAR IPOH!!!! Kau mampu? Terkejut aku..

Masa pusingan 1, aku dipilih jadi ketua hakim... Ketua hakim sidang 1 plak tu.. Lagilah nervous.. Menemukan buku dengan ruas iaitu:

SBPI Gombak (B) VS  Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam

  Bergambar dengan pemenang sidang 1 masa ni.. 
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam

Pusingan awal ada 4 pusingan tau... Masa pusingan 4, sidang paling best aku rasa.. Aku jadi hakim sidang 1 sekali lagi.. Kali ni ketua juri aku, cuba korang teka sapa.. Ha.. cer teka!!!!
Jawapannya ialah FATHIAH IBRAHIM (Juara Pidato Antarabangsa 2012)


Bergambar dengan Kak Fathiah atau Che Yah.. :)
(psssssst: Aku lupa nak bagitau Che Yah yang muka dia cam kawan aku kat kampung.. Nabiha namanya.. :)


Beliau sangat sporting ok.. Aku asik tergelak2 jerk dengan dia...
Sidang 1(pusingan 4) ni pulak, menemukan :

SBPI GOPENG (A) (kalau tak silap aku..)

VS

STAR IPOH...

Terbaik sidang kali ni...Ktorang selaku juri asik tergelak jerk dengan persembahan mereka.. huhuhhu..
Btw, alhamdulilah.. Pertandingan ni sangat seronok... Aku kagum tengok rata-rata pendebat datangnya dari tingkatan 1 dan 2.. Tapi, kepetahan mereka sangat mantap dan yang paling penting mereka mampu berhujah dengan spontan ok.... huuhhuh...
Masa ni sesi komentar dari ketua hakim.. Sempat lagi aku snap gambar.. huhuhuh.. Sorry Che Yah..

Bergambar dengan pemenang sidang 1 (pusingan 4) STAR IPOH..
(bila tgk gmbr ni, aku rasa AKU SANGAT GEMUK!!!!!!!!)

Pusingan menang mara dan akhir akan berlangsung SABTU (14 JULAI 2012)

Good luck untuk 8 pasukan yang berjaya tu.. Buat betul2.. Chaiyok2...
Untuk maklumat lanjut: SINI

5 comments:

eyjalukman said...

wahh best bila tgk student berdebat . fuhh lantang btol depa berkata2. klu kita masuk confirm gagap and end up dgn tk cakap pape.

Harmi bin Mohammad Jamil said...
This comment has been removed by the author.
Harmi bin Mohammad Jamil said...

Terima kasih Fikri atas kesudian membantu menjadi juri pertandingan. Harapnya seronok & tak serik menjadi juri lagi pada masa akan datang.. Huhuhu

SheeLittleSunshine said...

wow!
best laa fiq.. ko jd juri.. hakim lg tu.. teringin gak nak tgk ko debat kekadang hehehe

Outbound di malang said...

sukses selalu yaa ...
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails