Wednesday, July 11, 2012

AKU JADI PENJUAL BUNGA DI MAJLIS KONVOKESYEN KPLI IPG 2012

Assalamualaikum...

Majlis Konvokesyen KPLI IPG 2012 baru sahaja diadakan tadi di Dewan Sri Siantan Putrajaya.Korang tahu tak di mana dewan ni? Ala, yang berhadapan dengan ISTANA KEHAKIMAN tu lah... Pagi tadi merupakan sidang konvo bagi IPG AFZAN, IPG KDRI, IPG PULAU PINANG dan IPG maner ntah.. Aku tak berapa pasti..

Maka, PERSATUAN BAHASA MELAYU dan EVENT MANAGEMENT ORGANIZATION IPG KPI telah dapat satu tapak khas untuk menjual bunga.s Kami gunakan peluang ni bukan untuk cari duit poket untuk makan-makan harian yer, tapi untuk cari dana untuk program LINGUISTIK BAHASA yang akan kami jalankan.. Doakan kami berjaya yer.. Amin...

 Ni lah kedai bunga kami...

Alhamdulilah.. secara bergilir-gilir kena menjual bunga pada hari yang telah ditetapkan. Mula-mula nama aku takder tau... So, aku pun menggedik lah cakap ngan kawan aku yang aku nak join sebab nak dapatkan pengalaman baru.. So, aku pun diletakkan di dalam hari RABU...

  Ni antara bunga yang aku jual..Yang penting harga boleh tawar... :)

 So, bermulalah sesi aku menjual bunga. Masa pagi-pagi tu, tak ramai pun pelanggan.. AKu dah mula rasa down... Tapi, rupa-rupanya pelanggan akan ramai bila tamat majlis konvo.. Pergh, around pukul 11.30 pagi, graduan dah mula keluar dewan dah.. Ha, masa ni lah aku rasa busy... Alhamdulilah ramai yang membeli... Dari waktu tu sampailah around pukul 4..

Bila berniaga ni plak, macam-macam jenis pelanggan aku jumpa... Tawar menawar segala bagai.. Haish.. Masa ni baru aku dapat rasa macam mana perasaan seorang penjual bila pelanggan tawar menawar harga yang kadang-kadang tak masuk akal... Huhuhu...

  Dalam banyak-banyak bunga, aku suka bunga yang aku pegang tu.. Sebab Chipmunk tu comel gile.. Masa mula-mula sampai ak dah aim.. Akhinrnya ada sorang laki datang membeli untuk akak dia.. Sob..sob..sob.. :(


Kami semua tertarik dengan seorang pelanggan lelaki yang betul-betul gigih mencari bunga dan teddy bear yang betul-betul mengikut citarasa wife dia.. lepas tu katanya nak bagi pada waktu yang cukup sesuai.. So sweet... Untung wife dia..

Then , ada sepasang suami isteri chinese yang agak berusia sikit datang kat kedai ktorang.. Kau tahu, uncle tu belikan bunga untuk wife dia... Serius sweet giler!!!!!!!!!! huhuuhuh..

Ha, lagi satu, ada sorang pelanggan India ni dia datang kat kedai ktorang.. Then, kawan aku ramah sangat sampai boleh bergurau-gurau ngan dia.. Masa tu dia belum beli bunga lagi, sebab sesi konvo dia waktu petang.. Then masa dia nak tukar baju, dia kata dia akan beli jugak bunga kat kedai  ktorang.. Alhamdulilah.. Betul-betul dia datang.. Siap main amik-amik gambar ngan ktorang untuk kenagan katanya.. Then dia siap suruh add FB dia.. KAU MAMPU? Terbaik ar.. Serius sporting and happening!!!!! :)

Petang pun ada sesi konvo gak.. Masa lepas sidang petang plak, aroung 4.30, lagi lah ramai.. Sebab apa? Harga bunga masa tu dah semakin murah dan menurun.. Berpusu-pusu orang datang membeli.. Alhamdulilah, semua bunga hidup dan segar yang kami jual semuanya terjual... Kecuali satu rasanya.. Yang dah kelayuan tu... Camner ntah boleh layu.. huhhuu...
 
Ni bunga masa sesi petang. Tinggal sikit ni jerk.. dan beberapa yang lain.. Alhamdulilah... :)

Paperpown, pengalaman kali ni sangat best.. baru aku tahu nikmatnya berniaga.. Betapa nikmatnya bila kau usaha untuk tarik pelanggan beli bunga yang kau promote, kau gurau-gurau dengan pelanggan, then pelanggan seronok membeli dengan kau..  Satu kepuasan yang tak terhingga..  Memang betul sabda Rasulullah S.A.W bahawa:

"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."

Sangat menguntungkan.. Even duit yang kami dapat ni tak masuk dalam poket kami, tapi masuk dalam tabung dana yang kami sedang kumpul, kerjasama sesama ahli kumpulan aku tadi, sangat terbaik.. Terima kasih jugak buat KAK AYU yang tak jemu bagi tunjuk ajar kat kami semua tadi.. Salah silap mintak maaf yerk kak.. huhuhu :)

9 comments:

puansriain said...

smlm aku pg jge bunga. bunga yang ada chipmunks tu pun aku suka..suka gile.tp mahal la...

Cik Aied said...

cemerlang!

SheeLittleSunshine said...

fiQ!
kalu ko konvo nati, aku datang arr hehe
serius ni.. hihi
tp bgtaw tarikh laaa hehehe


pssst.. bunga untk aku tkda kaa? ehehee eh ko ada fb da kaaa??

SheeLittleSunshine said...

fiq!
serius laaa aku nak dtg konvo ko.. tp sure lama lg kn? hehe tkpa.. yg pnting ko bgtaw aku bla n kita tk lost contact ok :)

SheeLittleSunshine said...

hehe harus laa..
ehh aku tgh buat entry khas ni.. esok ko baca k :) mls nk publish skrg.. daaa lewat pn..


btw, brapa tahun lae ko stdy n bila habis? hehe



harus dan wajib untuk kita tidak lost cntct taw :)

Cik Nuyu said...

wah...jd mamat bunga dah fiq.. :)

Noor Atikah Ramli said...

banyak nye mungeeeeee ^^

SheeLittleSunshine said...

fiq!
serius laa..
ehh ko konvo nie bila jugaa?




kwn aku konvo dkat bangi kot.. dia budak GMI..





bgtaw awal2 k bila tarikh konvo.. :)

aleeyaflorist said...

Terima kasih bkerjasama dgn kami.
http://aleeyaflorist.wix.com/aleeyafloristconvo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails