Monday, August 13, 2012

BANK RAKYAT KAMPUNG AKU DIBOM

Assalamualaikum...

Berita Mesin ATM Bank Rakyat dibom mesti tengah kecoh sekarang kan? Ha, kes tu berlaku di tempat aku yer... Semalam masa aku nak pergi shopping baju raya, heboh kes bank rakyat dibom... Lepas tu aku terpikir, kalau kes bom mengebom ni mesti hangat masuk berita.. Rupa2nya betul.. Tadi baru keluar kat TV3, paper sini sana..Tadi masa aku pergi Praktikal sementara pun, cikgu-cikgu kat sekolah heboh citer pasal benda ni..

Semalam masa aku balik waktu malam pun tengah wat road block... ish, ish.... Bahaya kan? Siapalah yang buat macam tu kan? Adik kawan aku cakap, pintu kaca bank tu, tercampak sampai ke seberang jalan.. Aigoo.. Subhanallah...

Sesiapa yang belum baca, meh baca ni...

Mesin ATM dibom

ANGGOTA Forensik menyiasat tempat kejadian letupan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Masjid Tanah, Melaka, semalam. 
 
 
ALOR GAJAH 12 Ogos - Sekumpulan penjenayah gagal melarikan wang tunai dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Masjid Tanah di sini walaupun mereka bertindak meletupkan ruang menempatkan tiga mesin di situ awal pagi ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.20 pagi itu menyebabkan dua mesin ATM dan sebuah mesin deposit tunai (CDM) itu serta sebahagian bangunan bank tersebut rosak teruk.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, bahan letupan yang digunakan penjenayah itu bagaimanapun gagal merosakkan bahagian peti simpanan wang di ketiga-tiga mesin tersebut.
"Kumpulan penjenayah ini dikatakan memasang sejenis bahan letupan di salah sebuah mesin ATM.
"Walaupun mesin itu meletup dan rosak teruk namun bahagian wang tunainya tidak terjejas menyebabkan mereka gagal melarikan wang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, menurut saksi, jenayah itu dilakukan empat lelaki menaiki dua motosikal dan polis sedang memburu kesemua suspek.

Selain itu katanya, siasatan turut dilakukan terhadap jenis bahan letupan yang digunakan.
Menurut Umar Ali, siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 457 dan 436 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi balai polis terdekat dengan segera bagi membantu siasatan.

credit to: UTUSAN

3 comments:

Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

MAsyaAllah...

|| NaFiRaa || said...

bulan puasa nih makin menjadik2 kes rompak curik semua.. tak takut balasan Allah agaknye~

Hanif Idrus said...

Kampung kita jugak....hehehehe.
Advanced dah jenayah kat Melaka ni..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails