Thursday, September 27, 2012

HANTU CHOKI-CHOKI

Assalamualaikum..

Pernah makan CHOKI-CHOKI tak? Ala, coklat yang panjang then, kalau nak makan tu gigit hujung dia dan tolak coklat tu dari bawah untuk masuk ke dalam mulut kita... Ha, pernah makan kan? Saper tak pernah makan tu, kau pergi amik mop lantai, lepas tu mop muka kau sendiri sebanyak 3 kali sehari.. ( OK TAK LAWAK..)

Ha, aku sekarang rasanya dah menjelma jadi HANTU CHOKI-CHOKI.. bukan hantu betul dalam citer pontianak harum seluar dalam ker, pontianak mencarut ker, or semua citer hantu dalam dunia ni, tapi HANTU yang aku masukkan adalah perasaan kemaruk aku dengan coklat choki-choki ni...

Kenapa dipanggil hantu ae? Ntah lah, kan selalu orang gunakan istilah HANTU MAGGIE (orang yang kemaruk ngan maggie) dan seumpanya dengannya...


 Aku suka perisa double ni..iaitu SUSU+COKLAT.. sedap..
picture credit: SINI


Sekarang ni, aku sangat suka makan coklat ni... Lebih-lebih lagi kalau tengah online lappy atau tengok drama MARA CLARA!!!!!! Ataupun tengha menghadiri kursus yang agak-agak boleh menyebabkan rasa mengantuk yang kritikal... Maka, choki-choki ini amat sesuai pada waktu sedemikian.. hahaaha..

Walaupun nampak macam tak matang sebab asik menggigit choki-choki tu kat mulut, dan terjuntai-juntai kat bibir, tapi...ADA AKU KESAH? huhuhu..

 perisa coklat asli pun sedap...
credit picture : SINI

Kalau kat kedai-kedai, selalunya jual RM1.. ok lah tu.. Tapi, ada jugak yang jugal RM 1.20 lah, RM 1.40 pun ada gak kot.. Kurang hajar sangat.. Dah lah aku suka beli banyak-banyak pek nya... Aigoo...
Ada orang suka makan dengan roti, bubuh dengan biskut, kalau aku plak, suka makan cam tu jerk.. Tapi, kena pastikan ada air masak kat sebelah untuk penghilang rasa manis coklat tu...

Aku rasa sekarang ni, budak kelas aku pun dah ramai suka makan benda alah ni.. Jadi, ada tak antara korang yang suka makan coklat ni? Cer citer........

pssst: Esok aku pergi SUNGAI PELEK untuk program khidmat masyarakat (MELUKIS MURAL)...Doakan keselamatan kami dan mural yang kami lukis menjadi yer.. Amin.....



4 comments:

hnahdy said...

hana suka. tapi sekarang coklat xpadat dah..

amy azuha said...

nie belum rasa nutella lg nie hehe

Anonymous said...

sepesen mcm anak kak sha...suka sangat makan choki choki jugak

Hanif said...

Belum pernah makan lagi..heheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails