Tuesday, October 2, 2012

RESTORAN SYARIFAH BANDAR BARU BANGI | SERIUS SEDAP!!!!!!

Assalamualaikum...

Wah.. lama tak story pasal makanan kat dalam blog ni.. Walaupun assgment aku Khamis ni nak hantar, tapi gigih gak update blog sekejap.. Ha, korang pernah makan kat RESTORAN SYARIFAH SEKSYEN 7 BANDAR BARU BANGI tak?

Sebenarnya, kalau tak salah aku lah, yang aku pernah nampak, restoran ni ada 4 cawangan.. 2 kat depan PKNS.... ( yang ni ramai orang tahu..) Lagi 2 plak kat SEKSYEN 7... Kat SEKSYEN 7 tu plak ada 2 kedai berbeza.. 1 tu kecik sket.. 1 lagi yang UTAMA.. Besar punya..

Kedai dia lebih kurang sederet jerk.. Kalau kau nampak SUP URAT KETING, kau masuk kat simpang tu,terus belok kiri then terus......... jerk... Nanti kat deret2 kedai tu jumpa lah... Aritu aku pergi yang UTAMA tu, owner dia sendiri yang masak kalau tak silap aku.. Sedap.. Aku suka pergi yang kat UTAMA tu..

Tapi arini, kawan aku ajak pergi kat restoran yang kecik tu.. Aku ingatkan tak sesedap macam kat UTAMA tu.. Rupa2nya rasa dia lebih kurang sama jerk.. SEDAP!!!!!!

Kalau kau nak tahu,kelebihan restoren ni yang paling aku TABIK SANGAT-SANGAT adalah ni:


Nampak tak?
Pukul 7.00 - 8.00 malam dia akan rehat untuk solat... Walaupun masa tu ada pelanggan, tapi dia akan cakap baik-baik yang kedai tu rehat pada waktu tu... 

Ha, lagi 1, menu dia sedap2 dan namanya ada yang pelik.. Contoh: Mee Hailam Kapal Karam, Nasi Goreng Cili Api Pedas Giler, Nasi Goreng Boikot USA (ni kat restoran UTAMA tu..) then cam2 lagi lah.. Aku suka gak style western food dia.. Sedap.. Gabungan nasi goreng dan western.. Minuman kat situ pun sedap.. Korang mesti kena try..Oh yer, tentang harga, aku rasa  harganya berpatutan..

Meh usha gambar...

 ABC SPECIAL RASANYA.. Not bad lah....

 Yes.. Aku suka air ni.. LEMON D VANILLA kalau tak silap aku.. Rsanya cam kau beli aiskrim lemon kat pakcik yang jual aiskrim naik motor tu.. Sedap...

 Sorry.. Gambar tak berapa clear... Nasi Goreng Morocco...


 Ni yang paling aku suka.. ROTI JOHN SARDIN SPECIAL.. Serius sedap.. Aku rasa cam makan burger Mcd plak..huhuhuh..

Ni Restoran Syarifah.... :)

MESTI TRY!! SEDAP!!!!!! :)

7 comments:

laskar pelangi said...

waaaa..nanti nak cuba lah..dh area bangi je kan..senang la cari kedai tu..;)

Aunizafraa Zafraan said...

cikgu fiq, sekarang ni kedai ni macam tgh meletop aje. nak pergi jugak y kat depan pkns? area mana?

Aunizafraa Zafraan said...

cikgu fiq, skrg dah mcm trend kedai tu meletop aje. nak pergi jugak. kat mane eh?

THE AUTHOR said...

kena cub ani..selalu ke Bangi gak ..Pergi kilang Sony..

Admin said...

nak kene try ni me hailam kapal karam
menarik ngat nama die, hehe..

Anonymous said...

Nasi cmpr kat kedai utama tu mahal bebenor...tenggiri kecik 2 ketul, daging kurma 2 senduk, kerabu mangga sikit dan air limau ais. Lauk saja dah rm 21.90...pas ni aku reject la kedai ni....

Hasrin said...

Sedap boleh tahan, dr segi nak rehat time solat pun bagus.

But servis dia kurang, slow dan nampak kelam kelabut.
Juga dah tak sebersih masa mula2 dulu. sepatutnya, semakin lama semakin jaga kualiti.

Tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails