Friday, October 12, 2012

REVIEW FILEM AKU TERIMA NIKAHNYA

Assalamualaikum...

Aku terima nikahnya ni tak silap aku dari novel kan? Yang covernya gambar berpegangan tangan tu.. Tak silap aku lah... Ha, tapi sekarang aku bukan nak citer pasal novelnya, tapi nak citer pasal filemnya..


Secara jujur, aku tak berapa tertarik pada mulanya nak tonton filem ni.. Sebab..ntah lah.. Aku dapat rasakan cam boring... Tapi budak pompuan kelas aku, semua beria-ria nak pergi tengok. Mak aku pun sama... Gigih mak aku nak menonton filem tu..

So tadi masa nak balik kampung, kawan aku ajak pergi tengok filem tu jap.. Maka aku pun ikut lah dia...
Kau tahu, masa tengah beli tiket tu, komputer kat kaunter tu `hang` plak.. Aigoo...Last2, kau tahu apa jadi ngan tiket aku? Dia amik kertas biasa yang kecik tu, then tulis nombor tempat duduk dan hall berapa filem tu.. Serius cam kertas mainan.. Huhuhu.. Tapi tak kisah pun.. Pengalaman kotttt dapat kertas cam tu.. Kertas tu serius kecik...

Ok, berbalik kepada filem AKU TERIMA NIKAHNYA.. Best ker tak filem aku terima nikahnya tu? Jawapan aku SEKADAR BIASA...

Filem ni mengisahkan tentang sepasang kekasih yang baru berkahwin.. Meniti alam bahagia.. Romantik giler.. Tetiba ada kemalangan berlaku.. Adi putra kemalangan.. Lalu hilang ingatan.. Dia lupa langsung dengan Nora Danish... Then, apa jadi lepas tu??? RAHSIA!!!! Pergi tengok baru tahu..

KELEBIHAN

Shot untuk filem ni sangat cantik.. Tempat dia serius menarik dan romantik.. Aku paling suka rumah nora danish dan adi putra.. Ya Allah.. Serius best... Sesuai untuk couple.. Sangat cantik!!!!!! Teringat plak cam rumah group ANGEL dalam drama korea HE`S BEAUTIFUL..huhuhu..

 Sweet giler...

Sesuai untuk pasangan suami isteri.. Banyak adegan romantik dalam citer ni yang boleh diaplikasi dalam rumah tangga anda.. AKu suka tengok diowang main SAHIBBA!!!!! huhuhu..

Cara Adi Putra lamar Nora Danish pun sweet tau... Sweet cam ner?? itu kena tengok...huhuhu...

main suap-suap... Kenapa aku pandang muka Adi Putra ni cam Shah Rukh Khan ek??? 

Sinematografi filem ni pun best.. OST pun sedap didengar.. Aku suka suara DINA dalam ost lagu ni.. (rasanya DINA yang nyanyi..huhhuh)

KEKURANGAN

Filem ni very simple script and plot... Mendatar...Konflik pun tak banyak dan tak begitu kemuncak.. Aku rasa korang boleh agak apa akan terjadi seterusnya dan seterusnya..

Tapi, jangan tertipu dengan poster filem ni yang ada muka pompuan mata bulat kat kiri bawah poster ni tau.. Ha, sebab apa? itu korang kena tengok...

Bagi aku, aku tak dapat rasa FEEL dalam filem ni.. Aku ingatkan aku sorang jerk.. Kawan aku pun sama.. Tak tahulah korang rasa feel tu ke tak, tapi bagi aku, memang aku tak berapa rasa...

Lagi 1, aku rasa cam part romantik tu terlebih sangat.. Serius.. Kalau sederhana pun dah cukup... Bagi aku lah...

Sebenarnya banyak lagi nak komen., tapi takpewlah... Korang try lah tengok....

Paperpown, tahniah untuk semua pelakon dan semua ahli yang telrlibat dalam menjayakan filem ni.. Jika anda terasa dengan komen saya terhadap filem ni, maafkan saya.. Sekadar pandangan dari seorang penonton biasa seperti saya.. :)


PERSOALANNYA:

1. Adakah Adi Putra akan sembuh ingatannya?
2. Adakah Adi Putra akan ceraikan Nora Danish?
3. Adakah kawan Nora Danish yang mata bulat tu akan rampas Adi Putra?

jawapan.....rahsia.. try lah tengok...
So, untuk filem ni aku bagi 5 setengah /10...

Picture credit to: SINI dan GOOGLE IMAGE :)


pssssst: Aku baru tahu yang filem ni dari pengarah baru.. Tapi aku tak sangka, pengarah baru boleh wat filem dengan shot dan pemilihan latar yang menarik.. terbaik lah... :) 

7 comments:

s h a said...

Ade nora danish...macam nk tgk.tp bile bace review, kena fikir blk.anyway,thanx for the review.

YaNa Yassin said...

Masa tengok prebiu ngan media lagi x feel. Sebab asik gelak3, ada ajer dialog yang lawak masa nora nak amik hati Adi lepas hilang ingatan.

ilanilyana said...

hehe TQ fiq, xjadi la nengok. cam tak best jer

Hanif Idrus said...

Aku suka Nora Danish

Anonymous said...

Kat mana tmpt dia propose nora? Background mandarin oriental

Cikgu Fikri said...

Anonymous..

maaf, saya tak tahu kat mana tmpt tu..
bckground mandarin oriental pun tak tahu camner.. :)

Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

haaahhh...belum tngok ag cter nie..tapi kwan2 kata x besttt..tapi boleh tahan la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails