Sunday, October 28, 2012

REVIEW FILEM SILENT HILL REVELATION : TERCUNGAP-CUNGAP AKU DALAM PANGGUNG!

Assalamualaikum...

Filem SILENT HILL REVELATION ni merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari GAME kalau tak silap aku.. Mula-mula aku nak tengok citer SINISTER, tapi kawan aku si Syafiq tu dah tengok.. Dia ajak tengok SILENT HILL.. Aku pun survey trailer kat Youtube.. Tengok trailer macam best.. Tapi, bila aku baca komen kat bawah video tu, ada yang cakap BORING.. Tapi, aku tetap gak gigih nak tengok citer tu..

                                                                poster SILENT HILL
 

So best ker tak sebenarnya??? JAWAPAN AKU : BEST, SERAM, MENDEBARKAN!!!

Filem ni tersenarai di TANGGA KEENAM sebagai TOP 10 SCARY MOVIE TOWN oleh cineplex.com tau... (carta ni berbeza dgn Top 10 Scary Movie In The World tau)

Kisah dia tentang seorang perempuan ni yang asik berpindah randah ikut ayahnya.. Kononnya ayah dia lari dari polis.. Padahal ada rahsia di sebalik tu.. Rahsia yang berkenaan diri dia dan asal usul dia.. Dia selalu mimpi pelik-pelik pasal SILENT HILL.. Tapi, ayah dia sentiasa pesan kat dia jangan pergi kat situ walau apa pun terjadi.. Tetapi ada 1 insiden tu yang membuatkan dia terpaksa pergi... Insiden apa? Kena tengok sendiri...

Mendebarkan...

Haish.. Permulaan filem ni serius mendebarkan.. Aku masa mula-mula tu tak boleh nak rasa tenang, lepas satu kejutan, muncul lagi satu, muncul dan terus muncul.. So, bahu aku pun ternaik-naik sebab kejutan tu.. Tercungap-cungap aku.. (Hiperbola sangat sampai tercungap..huhhuhu).. Tapi, memang mendebarkan.. Sampai sakit pinggang aku sebab terpaksa turunkan badan kat kerusi lama sangat.. (Aku kalau ada part seram-seram ni, memang akan turunkan badan ala-ala macam baring kat kerusi..huhhuhu.. Tapi aku memang suka citer seram..)

 Aku suka adegan HANTU NURSE ni...bukan sebab dia seksi, tapi sebab memang seram!!!!

Then, masa pertengahan, barulah rasa tenang sikit.. Tapi masih ada gak kejutan tu.. Kalau cam diam jerk, memang sah lah ada kejutan time tu.. Aigoo.. Memang mendebarkan... Jalan citer dia menarik.. Rupa-rupanya perempuan tu sebenarnya. RAHSIA!!!! Kena tengok!!!!!

Masa kat SILENT HILL, pelbagai jenis makhluk pelik kau jumpa.. Fesyen citer ni, hantu dia tak macam hantu melayu.. Muka hantu dia hodoh jenis yang takder mata dan mulut.. Mata dan mulut ala-ala dijahit.. Pergh.. Lebih-lebih lagi filem ni 3D.. Memang betul-betul mengejutkan!!!!

Hantu ni sangat menakutkan sebab mata dia bergerak-gerak.. Aigoo...

Effect 3D filem ni best gak lah.. Ada satu adegan tu, hantu tu keluarkan mulut dengan gigi tajam secara 3D.. Betul2 kat depan muka kau.. Terbaik ar!!! Dengan effect abu yang berterbangan.. Kau rasa cam nak tangkap jerk abu tu kat depan mata kau.. huhuhu..Terbaik!!!

Lagi satu, background filem ni memang terbaik.. Suasana gelap, kusam, semua membuatkan kau merasa seolah-olah kau kat SILENT HILL.. Serius.. Terbaik ar...

Kekurangan citer ni plak, bagi aku ada part yang cam tak kemas simpulan dia.. Maksud aku, kau akan tertanya-tanya kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa boleh jadi macam tu? Contohnya ada 1 part tu, masa pompuan tu jumpa KOTAK LAMA ayah dia.. Then semua perkara dalam mimpi dia, ayah dia simpan kat dalam tu.. Tapi, pompuan tu senang-senang jerk jumpa kotak tu..

DAN bila kawan dia tanya :

Silent Hill? Kertas apa ni?

 Dia jawab, AKU SERING MIMPIkannya.. (lebih kurang macam tu lah..)

Aku rasa baik ayah dia tak yah simpan surat-surat tu semua... Pada pandangan aku lah.. huhuhu..
Kalau digarap dengan lebih kemas dan orang mudah faham, mesti 10/10 aku bagi.. Tapi sebab ada part yang macam pelik, confuse dan tak logik sket, aku bagi 9/10.. dan diCOP sebagai MESTI TENGOK!!!!!!!!!!!!!!!!

picture credit to: GOOGLE IMAGE dan SINI

7 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

dengar pon dah seramm..nak tengok ke tak erk ? huhuhu

☻UsaGi NaNa☻ said...

almost nk tgk..tp bile tgk poster cm serm terus tgk Taken 2. huhuhu~

Cik Jelly Chan (CJC) said...

alaaa...kenapa tak cerita sampai habes...rahsia..rahsia..gerem..hahaha

Hanif Idrus said...

9/10...kena tgk ni..

Fatin Najwa said...

Dah taktau nak tgk yg mana satu, Silent Hill or Hotel Transylvania @.@

Putri Cahaya / Putri NAJ said...

nk tgkk...mcm best je..nk tgk sbtu ni..hihuuuu.. :)

MisS aNt said...

awak memang lah tak paham sebab awak hanya tengok sambungan dia je. Silent Hill ada dua tau. Yang ni dah sambungan dari pertama, kalau tak tengok dari pertama, memang lah tak paham. :)

cuba try movie silent hill yang pertama, and and and bukan diadaptasi dari game, silent hill pertama tu menarik ramai peminat sehingga timbulnya satu game, sekadar perkongsian bersama :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails