Tuesday, November 20, 2012

RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG ALA KOREA

Assalamualaikum...

Pernah makan CENDAWAN GORENG TEPUNG? Huhuhu... Kalau korang nak tahu, aku sangat lah minat dengan cendawan goreng tepung.. Tapi sayang, tak semua tempat pandai buat cendawan goreng, lebih-lebih lagi dekat....Ooopss.. tak nak cakap...  Dah lah lembik, rasa cam siot.. benci aq.. Lepas tu letak mayonis, sos bagai..serius loya...Maaf kepada yang terasa.. :)

Dalam banyak-banyak cendawan goreng yang aku pernah makan, hanya di sebuah kedai yang terletak di Taman Air Biru Pasir Gudang Johor jerk yang sangat sedap.. Aku sangat suka dengan cendawan goreng makcik tu.. Dulu masa aku form 1 sampai form 3, setiap kali balik sekolah, aku akan singgah kedai makcik tu.. Sekarang, kalau aku ada masa datang pasir gudang, aku akan beli banyak-banyak terus.. Sebab aku suka!!!!!!!!!!!!!

Ok, sekarang ni, setelah membuat beberapa kajian di internet, saya telah mencuba resepi :

CENDAWAN GORENG ALA KOREA (korea ni saja jerk nak bagi grand.. sempena aku tengok drama korea 49 days sampai nangis-nangis aritu..hahaahaha)

Bahan-bahan

500 gram cendawan tiram (klu dibasuh, pastikan jemur tengah panas.. utk elakkan dia lembik, sbb cendawan menyerap air.. aku ni ha, tak basuh pun..malas nak jemur2..terus jerk campak dlm kuali.. huhuhhu)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar jintan manis
4 sudu besar bijan (aku suka letak banyak2..sedap sangat..)
1 sudu besar serbuk kari (mengikut kajian aku, serbuk kari lagi sedap berbanding serbuk kunyit bila aku goreng cendawan ni..hehe)
1 setengah sudu besar serbuk ketumbar.. ingat! SERBUK tau!!!!!
1 biji telur
1/2 sudu besar garam
Air (air ni aku gaul ngan garam terus... biar terus sebati air tu.. )

Cara-cara

Cara-cara ni kalau tak yah explain pun korang boleh agak kot.. huhhuh..
1. Campak kan semua bahan asas seperti tepung, serbuk jintan, bijan, serbuk kunyit/kari, serbuk ketumbar.. Then gaul kasi sebati dulu..
2. Masukkan telur
3. Masukkan air yang dah dicampur dengan garam.
4. Gaul elok-elok.. Air tu masuk slow2.. Jangan main curah sebaldi.. Agak-agak tepung tu ala-ala sesuai untuk goreng cendawan, maka kau masukkan cendawan...
5. Basuh tangan, then gaul guna tangan lagi elok.. kalau kacau tu, seeloknya lawan arah jam.. (dalam Islam pesan kan?) Lepas tu selawat yer...
6. Panaskan minyak.. Agak2 minyak dah panas, boleh lah menggoreng.. Masukkan cendawan secara satu persatu yer.. Jangan main campak senggegam.. Letak elok-elok...
7. Agak2 kuning keemasan tu, bolehlah angkat..

Ni hasilnya...



Makan panas-panas tau.. Sedap!!!!! :)
Selamat Mencuba! :)

7 comments:

Cik Aied said...

warrrrghhh..mcm sedap je fikri..

Diya Edhayaa said...

wuittt! bergegor jiwe tgk cndawan goreng. nk try la nt.. :D

hnahdy said...

rajin ja la masak..

Cikgu Fikri said...

Cik Aied..
sedap!!!!! try lah!!! :)

Cikgu Fikri said...

Diya Edhayaa..

try ar... chaiyok2.. :)

Cikgu Fikri said...

hnahdy..

huhuhuh..
isi masa lapang :)

yana aina said...

mesti torai !! heheh

slalu beli kat gerai2 .. cemdawan grg diorg tak rangup .. byk myk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails