Sunday, November 25, 2012

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA OLEH CIKGU FIQ

Assalamualaikum...

Siapa di sini pernah makan Spaghetti Creamy Carbonara? Korang kenal tak? Ala, yang putih-putih tu.. Ha, selalunya kalau kita beli sepinggan, hargannya mencecah belasan ringgit! Lepas tu mesti dapat sikit jerk..Aku kalau nak beli kat luar, tak berapa berani sebab takut tak sedap, takut kuah cair dan macam2 lagi lah.. kecuali Carbonara Pizza Hut.. Sangat sedap!!! Aku suka!!!

So, hari ni, memandang kan aku tengah berehat sebentar dari menonton drama korea LOVE RAIN (kesian aku baru nak tengok citer ni.. tapi dah episod 18 dah), maka aku akan kongsikan resepi SPAGHETTI CREAMY CARBONARA kepada anda semua.. Tapi sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kat blog SINI dan SINI.. Mereka berdua sumber inspirasi aku untuk gabungkan resepi mereka berdua.. huhu :)

Bahan-bahan

1 bungkus spaghetti ( aku gunakan Fetucini... sebab feeling-feeling macam kat Pizza Hut.. huhu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
1 bungkus sosej (kalau nak tukar meatball pun boleh) -Aku potong kecik-kecik lepas tu rebus. Kalau nak sosej tu rangup, goreng dulu pun sodap.. huhu
1 bungkus ayam kisar
1 bungkus cendawan butang ATAU shitake mushroom (aku lagi suka shitake..)
2 Tin Prego Carbonara (ni aku rasa korang kenal kan?yang pembalut tin warna biru tu)
1 Tin Prego Cheese and Herbs ( pembalut tin nya warna kuning tau..)
1 setengah sudu serbuk lada hitam
Cheese ( seelok-eloknya Parmesan Cheese, tapi sebab aku susah nak jumpa yang halal, aku guna cheesedale jerk.. lepas tu aku potong 4 keping cheesedale tu kecik-kecik)
1 cawan susu FULL CREAM... (Aku beli kotak besar terus.. lepas tu lebih boleh minum.. hahaahaha..Kalau nak beli kotak kecik pun, just dua kotak dah cukup)
Dan yang paling penting MINYAK MASAK!!! Kalau nak rasa yang mantap, minyak zaiton lagi bagus...huhuhu
(Oh yer, garam seeloknya tak payah letak sebab bagi aku rasa tu dah ok..Lagipun cheese tu dah masin dah..)

Cara-caranya :

1. Celur spagheti tu dulu.. Masa celur, letak 2-3 sudu minyak masak dan sedikit garam untuk mengelakkan spaghetti tu melekat)

2. Di periuk atau kuali yang lain pulak, tumis bawang besar dan bawang putih dulu sampai agak-agak garing. Tumis guna minyak masak yer..

3. Masukkan daging ayam kisar. Kacau sampai ayam kisar tu masak.

4. Masukkan prego carbonara dan prego cheese and herbs, then tambah air..Agak-agak yer airnya., Sebab apa? Sebab carbonara sifatnya tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Jadi kena agak-agak, sebab last nanti nak kena masuk susu plak..

5. Lepas dah kacau prego tu, boleh lah masukkan serbuk lada hitam, sosej, cendawan dan juga cheese. (Masa ni kena rajin kacau yer, takut berketul)

6. Ha, lepas tu baru boleh masukkan secawan susu..Masuk sikit-sikit tau.. Masuk, kacau. Masuk, kacau.. Agak-agak kalau pekat sangat, tambah air lagi.. Kalau cair sangat, kacau lama sikit.

7. Akhirnya siap dan boleh dihidangkan!!! Maka jadi seperti ini:



Walaupun rupa agak hodoh, tapi serius sedap.. Ala-ala cam kat Pizza Hut plak.. Tapi, aku ingatkan, benda alah ni cepat muak tau.. Cam mak aku, beliau makan sikit jerk sebab katanya muak.. huhuhu.. Tapi, kalau aku.. AKu tak kisah, sebab aku suka!!!!! Paperpown, SELAMAT MENCUBA!!!! :)



pssssssst: Lepas ni cam tetiba rasa nak buat PAVLOVA plak..In Shaa Allah...

7 comments:

Harmi Mohammad Jamil said...

Gantikan minyak masak tu dengan minyak zaiton, lebih terserlah rasanya..

Cikgu Fikri said...

betul tu abg harmi...
rasanya lebih mntap.. huhuh :)

Cikgu Fikri said...

thanks abg harmi.. :)

Cik Jelly Chan (CJC) said...

aah memang muak sikit...tapi marbelesss...

Hanif Idrus said...

Kena cuba ni..

Pinkbubblegumprincess said...

suka thank u!

IBU JULI said...

Sedap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails