Monday, November 12, 2012

THE THIEVES - FILEM KOREA YANG BEST!

Assalamualaikum..

Tadi aku pergi SETIA CITY MALL.. Lepas tu gigih beratur nak tengok movie.. Mula-mula tu cadang nak tengok SKYFALL, tapi tak jadi... Then bila baca SINOPSIS THE THIEVES.. Terus tertarik... Ala-ala cam FAST n FURIUS 5..


Kumpul geng-geng pencuri hebat, then curi satu barang..  Lebih-lebih lagi ni filem KOREA.. Ternyata tanggapan aku tak meleset.. Aku suka ngan filem ni.. Tak tahulah orang lain.. Tapi aku tengok mereka-mereka di panggung tadi enjoy jerk.. Aku jerit diowang jerit.. AKu gelak, diowang gelak.. huhu

  Hahahahha..watak dia ni best.. Ala-ala gedik+kelakar+licik.. kalau kat Malaysia, aku rasa Fazura sangat sesuai bawak watak tu... Ala-ala cam Pisau Cukur..

 Citer ni lama tau. Around 2 jam 15 minit.. Mengisahkan tentang sekumpulan pencuri handalan.. 1 dari korea, 1 lagi dari Jepun.. Mereka bergabung.. Semua bijak.. Serius.. Dari yang tua, sampailah yang muda.. Mereka semua sepakat nak rompak KASINO dan curi permata TEAR OF THE SUN... Lepas tu masing-masing licik.. Yelah kan, dah bekerja dengan pencuri.. So, masing-masing pasang niat nak bolot permata tu sorang... Pergh, cam-cam insiden berlaku.. Kelakar, sedih, cemas semua ada.. Aku suka jenis filem camni.. Aksi tak terlalu banyak.. Sebab aku tak suka filem AKSI.. huhuhu..

 Gigih nak bukak peti besi.. Kelebihan dia pandai bukak benda alah tu.. Aku suka tengok watak dia dalam filem ni..

Nanti dalam filem ni, lepas jerk mereka rompak kasino tu, mereka kena tangkap tau.. Ada gak yang mati.. Aku dah geram dah.. Sebab tak puas lagi tengok filem tu. Takkan penghabisannyer KLISE? Rupa-rupanya ada sambungan lagi. Terbaik ar.. terus tersenyum aku.. huhuhu

Pelakon dalam filem ni memang aku suka.. Semua karakter berbeza.. Ada yang misteri.. Ada yang lawak sampai ko gelak kuat-kuat.. Oh yer, ada pelakon drama korea DREAM HIGH tau iaitu KIM SOO HYUN.. Patut aku rasa cam pernah nampak muka dia.. huhu..

 Watak dia dalam filem ni tak lah cam berlakon DREAM HIGH.. huhu

Kekurangan filem ni plak , bagi peminat filem aksi, aksi dalam filem ni tak berat sangat.. Takder lah macam SKYFALL.. Then, cara dia munculkan watak MISTERI iaitu WEI FONG dalam filem ni, tak dramatik.. kalau lagi dramatik mesti best.. tetiba muncul camtu jerk... padahal watak tu yang orang tertanya-tanya dari awal...

Paperpown, untuk filem ni aku bagi 9/10 dan diCOP sebagai MESTI TONTON!!!!!! :)

3 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

aksi kan cite nie? ok. nanti nak tengok

Anisa Anuar said...

uihhh 9/10??? mesti best la ek...

Unknown said...

Annisa.. huhuuhuh..
bagi saya best!!!!!
tak tahu bg org lain.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails