Sunday, November 11, 2012

KISAH AKU KE KONSERT DATO` SITI NURHALIZA LIVE IN KUANTAN 2012

Assalamualaikum..

Masa nampak poster Konsert Dato` Ct Live in Kuantan, aku rasa cam

 "hurm..jauhnyer... tapi peminat Dato Ct mesti sanggup pergi ni"..

 Lepas tu, bila tgk harga plak.. Aku bermonolog..

"Mak oi.. mahalnyer.. paling murah pun RM98 jerk? Tapi, mesti peminat Dato` Ct sanggup pergi.."

Dan pada satu malam.. Masa tu dalam kerete kwn aku.. Tengah dengar lagu Dato` CT, tetiba kawan aku beria nak pergi konsert ni.. Serius. sampai terkinja-kinja dalam kerete.. Hahahaha.. Tapi, dia takder kawan nak pergi sama.. Aku cakap, kat Uitm tu for sure lah ramai yang nak.. Ko try cari...
Tetiba kawnn aku yang duk belakang tu menyampuk.. "Ha, Fikri jerk lah temankan dia"
Aduh... aku dah semacam dah.. Aku bukannya minat sangat pergi konsert-konsert ni..Jadi MC konsert pernah lah... Lepas tu kawan aku gigih pujuk aku.. Dia sanggup bayarkan 50% tiket konsert ngan tiket bas sekali.. Gigih tak? Last2, aku pun cakap YELAH!!!! Masa aku cakap YELAH tu, dia punya suka!!! Macam nak terbalik kerete tu aku rasa..

Then, operasi nak cari TIKET KONSERT!!!! Katanya ada dijual di OUTLET ticket charge, lepas tu, biler ktorang call, banyak plak kata takder.. Apa kes ni? Kawan aku tu serius gigih nak cari tiket tu.. Sampai sanggup penat-penat baru sampai dari Melaka, pergi Sunway Pyramid plak... Nak beli Online kawan aku tu cam tak berani.. Kataya leceh.. Aku pun pelik apa yang leceh.. Huhuhu.. Aleh-aleh masa call balik orang yang uruskan tiket tu, dia kata DAH HABIS!!!!!!!! tak keruan kawan aku dibuatnya.. Then, orang tu bagi number orang yang uruskan pentas tu.. Creative Star kalau tak silap aku..

Bila kawan aku call, orang tu cakap ADA!!!!!! Tapi seat tak banyak!!! Seat tengah dah habis.. Kawan aku tak kisah.. Still nak beli.. Kawan aku terus booking gak.. Then, terus bank in.. Masa dah bank in, kan kena emailkan resit yang diSCAN kan? Email tu pending, kawan aku pun anta sekali lagi.. So, orang tu ingat, ada 4 ORANG yang nak pergi..padahal ktorang berdua jerk.. Then, kawan aku minta maaf.. Tapi, chinese tu sangat baik. Dia plak yang mintak maaf dan cakap bukan salah kawan aku... Sangat berbudi bahasa... Akhirnya, dapat gak beli tiket tu...

Masa sampai kat Kuantan, ktorang plan nak beli tiket balik pukul 12.30 PAGI terus. TAPI DAH HABIS!!!!! Semua full!!!! Aku baru ingat., CUTI RUPANYA!!! Ramai yang balik!!!! Yang ada pun pukul 2.00 petang esoknya.. Itu pun tinggal sikit... Then, lepas tu, menggelupur cari HOTEL plak.. Nasib baik sebelah stesen bas tu ada Hotel.. Hotel tu dimiliki oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang.. Murah jerk... Selesa pun selesa... Ktorang bertolak ke BUKIT GAMBANG naik bas Rapid yang disediakan khas.. Nasib baik ada..

Fuh.... Macam buat laporan plak.. Ha, sekarang , meh kita bercerita sambil tengok gambar..!!!!!


Ni tiketnyer.. Aku bayangkan warna Purple.. huhu..Kena tukar kat kaunter dulu... Abaikan ibu jari yang besar tu.. Aku cuba nak crop, tapi jadi hodoh plak gambar aku.. huhu

 Yang aku bulatkan biru tu, kawasan tempat duduk ktorang.. Rupa-rupanya orang tiket tu bagi seat tengah pentas.. aku ingatkan bahagian PS2 yang tepi sekali tu..huhu :)

 Ni aku.. Ktorang antara penonton paling awal masuk dalam dewan.. Huhuhu..



Ni sewaktu konsert berlangsung.. Handphone aku tak boleh zoom... Geram aku..

 
 Nak amik gambar, tak boleh guna flash.. Amik video pun tak boleh..


Ni lah dia kawan aku. Syafiq Musleh.. dia suruh aku letak gambar dia dalam ni.. Lepas tu suruh aku tulis : Inilah dia orang yang merealisasikan impian saya nak tengok konsert dato` ct.. 
Hahahahaha.. tak der maknernyer aku nak tulis cam tu...

Bagi aku konsert Dato ` Ct ni meriah.. Ramai sangat orang.. yang duduk sebelah kawan aku, sorang makcik dan sorang pakcik.. mereka datang sorang tau... Aku rasa memang mereka peminat setia Dato Ct... Peminat dari Indonesia pun ada.. Singapura.. dan yang paling penting Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang turut datang mencemar duli..

 Grand Ballroom ni Grand Ballroom tanpa tiang terbesar di Asia tau.. Memang ramai.. Lepas tu, Dato ` Ct nyanyi lagu baru ekslusif untuk konsert kali ni.. tajuknya GALAU.. Tadi search kat Youtbe, ada yang upload lagu baru tu.. Thanks kepada yang upload!!!!! :)



 Ok lah lagu tu.. kawan aku ni minat giler lagu tu..Yang paling comel sekali, Dato Ct wat GANGNAM STYLE.. Dia gabungkan lagu tu dengan lagu JIKA KAU TAK DATANG masa pembukaan konsert.. 

Paperpown, terbaik ar konsert tu. 1st time kotttttt pergi.. AKu pergi pun sebab nak temankan kawan aku.. Then nak tengok gak camner rupa grand ballroom tu. Sampai kawan aku cakap :
 Kau ni pergi nak tengok dewan ker, nak tengok Dato `Ct?  
Hahahahahaha.... konsert habis around pukul 11 malam.. Lepas jerk Dato Ct nyanyi lagu MUARA HATI secara solo dan lagu tema SUKMA PAHANG pew ntah tajuknyer... Maka, bersurai lah majlis semalam...

7 comments:

Harmi Mohammad Jamil said...

Kali pertama & terakhir saya ke konsert adalah pada tahun 1995 - waktu tu kat stadium tertutup (tak ingat katne tapi di Pahang gak), konsert KRU.. hahahaha.. kenangan yang sungguh manis!

Cik Pensil said...

wah2 .
tak bergambar dengan Dato siti ke ?


kih2 .

Bahrain Ramlan said...

teringin jugak nak tgk ct secara live..

♥ Nana BamBam ♥ said...

ala..tak ajak pomm....huhu

Cik Aied said...

pehh.pegi konsert dato' siti tuuu.. terbaik2.. hehe

afifudinsohaini said...

pehh,tula gambar siti takde ker..

Zana Hassan said...

Mmg best sgt..lebih2 lg tiket free .dpt bergmbr ngn siti lg hihi..suka suka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails