Wednesday, December 26, 2012

ISU SITI FAZURINA KAHWIN LARI - " SAYA MOHON MAAF"

Assalamualaikum...

Korang ingat tak isu SITI FAZURINA yang dikatakan kahwin tanpa restu keluarga di Pulau Pinang.. Ha, sebenarnya Siti Fazurina dah bagi penjelasan. Aku baru baca kat Berita Harian Online... Meh kita baca:


“Saya memohon maaf kepada keluarga Fazurina dan memohon mereka merestui perkahwinan ini dan mendoakan kebahagiaan kami,” kata Muhammad Hykal Zulkifli, 31, suami kepada pelakon, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, yang mencetuskan kontroversi apabila dikatakan berkahwin lari, minggu lalu.

Muhammad Hykal yang juga seorang usahawan berkata, dia percaya Fazurina adalah insan terbaik untuk menjadi teman hidupnya selepas tertarik dengan kelembutan, kecantikan dan sikap pandai menjaga hati sejak berkenalan, dua tahun lalu.

                                                               Gambar suami Siti Fazurina
picture credit to: SINI
“Walaupun perkahwinan ini menjadi isu, saya berharap segala kemelut dapat diselesaikan secara baik. Saya berharap hubungan Fazurina dengan ibu dan keluarganya akan kembali baik,” katanya pada sidang media menjawab kontroversi tercetus di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru, Georgetown, semalam yang turut dihadiri oleh ibu Fazurina, Zubaidah Bakar, 60 serta keluarga dari kedua-dua belah pihak. 

Keputusan muktamad Fazurina atau lebih mesra disapa Rina turut memohon supaya isu perkahwinan itu tidak lagi diperbesarkan. Rina juga memohon ampun dan maaf atas segala apa yang berlaku. 

Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu mendakwa, isu kahwin lari tidak timbul kerana perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam Shah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, di sini, pada jam 3.40 petang, Khamis lalu.

Rina berkata, biarpun majlis pernikahannya tidak dihadiri keluarga termasuk ibu dan adik -beradik lain akibat masalah keluarga yang berlarutan sekian lama, ramai sanak saudara-mara hadir membuat persiapan dan membantu mereka.

Rina juga berkata, dia terkilan dan kecewa apabila perkahwinan mereka dikecam ramai pihak termasuk keluarganya sendiri.

“Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak.

Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga.

“Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal,” 
 Siti Fazurina

Selepas berakhirnya sidang akhbar itu, media sempat merakamkan aksi Rina yang menangis memeluk ibunya sambil memohon maaf. Bagaimanapun, media gagal mendapatkan kenyataan daripada Zubaidah yang segera meninggalkan majlis.

“Saya berharap semua mendoakan kebahagiaan kami berdua. Insya-Allah, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Pearl Island, Bayan Lepas pada 9 Februari depan,” katanya yang menerima mas kahwin sebanyak RM2,012 dan hantaran sebanyak RM30,000. 
 sumber : BH ONLINE

Semoga hubungan Siti Fazurina dan keluarganya kembali jernih dan tidak lupa juga kita doakan agar perkahwinan Siti Fazurina dan suaminya bahagia hingga akhir hayat. Amin... :)

5 comments:

Nadia Elena said...

RM30 ribu? fuiyooo! mesti suami dia ni orang kaya.. =D

Iznie said...

Oh, dah kahwin rupanya fazurina ni. heee. baru tau. baru keluar tempurung. :P

Unknown said...

susah mendapat keberkatan kalau xdapat restu kedua ibu bapa, moga isu nie ada penyelesaian kan..

perlukan sokongan anda
iPhone 5 Gadget Impian

-meeSUPERGIRL- said...

ada baca paper . ish2 ..

Anonymous said...

Selalu kes anak kahwin tanpa restu ibubapa, then bercerai. Dalam hal ni kita tengok ibubapa dia betul.
Ade kes jgk (pernah terjadi pada saudara terdekat) kahwin tanpa restu ibubapa tapi lastly, dorang yg jaga dan berbuat baik pd ibubapa sedangkan anak2 yg kononnya direstui tu langsung tak amek tahu.
Dalam hal ni, kita tengok anak menantu dia pula yg betul.

Haishhh.. Dunia dunia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails