Wednesday, December 26, 2012

Kisah Aku Buat Kad Pengenalan di UTC MELAKA - Gambar aku nampak GEMUK!!!!!!

Assalamualaikum...

Aku sebenarnya dah beberapa tahun rancang nak tukar IC, tapi asik tangguh jerk.. Konon jerk aku nak buat dekat Putrajaya.. Sampai hujung taun ni pun tak buat-buat lagi.. So, memandang nah nak musim mengundi ni, maka aku pun gigih nak tukar kad pengenalan.. Lagipun kad pengenalan aku tu guna alamat lama.. Tu lah yang berhasrat nak tukar tu...

Selain itu (wah, siap ada penanda wacanaa)..antara sebab aku tak nak tukar kad pengenalan, sebab aku sayang dengan muka aku yang comel dalam IC lama aku..Muka darjah 6 weh.. Bila time dalam dewan exam kan, kalau pengawas peperiksaan tu lalu kat meja aku, pasti dia akan tengok gambar kad pengenalan aku tu.. Katanya COMEL..hahaahaha..Sila muntah hijau!.huhu

Nak tengok? Takpewlah..segan...

Ha, berbalik kepada tajuk..Kau tahu, aku gigih search google tau kat mana nak wat IC yang cepat area MELAKA... kat tempat aku ni, mak aku cakap sebulan baru siap.. Biar betik? Terus aku search google... Tapi sayang, line internet cam harem plak.. Lombab!!!!! Geram aku.. Nasib baik jumpa.. katanya kat UTC.. Aku pun pelik.. First time dengar UTC tu apa.. Pernah wujud ker kat Melaka? Rupa-rupanya UTC tu PUSAT TRANSFORMASI BANDAR... Di mana letaknya UTC MELAKA? UTC MELAKA ni ada kat area UTem Kampus Bandar.. dekat-dekat ngan OCEAN gak lah.. Ha.. aku serius ingat UTC ni kat MITC..hahaahahaah...

Masa kat UTC tu plak.. Memang aku takjub kejap.. Macam-macam ada weh.. Semua lengkap...Ko sebut jerk, Pejabat Pos, nak wat passport, IC, syarikan bekalan air melaka, memang lengkap.. Terbaik.. Cuma 1 jerk aku geram,LIF kat UTC tu.. Kalau takder orang tahan, nanti lif tu TUTUP terus dengan cepat.. Tadi aku terkena..Geram aku..



Kafe dia siap ada SOFA grand tu untuk duduk, makan-makan, anyam ketupat...huhu

 picture credit to: SINI


Oh yer, kafe kat UTC tu not bad bagi aku.Nasi Goreng USA dia sedap! Sambal dia pekat! 1st time aku makan nasi goreng USA kuah pekat cam sambal..Sedap..Nak tangkap gambar, tapi perut lapar..huhu..

Ha, bila sampai dekat JPN UTC tu, ya Allah!!! Ramai gler manusia weh.. Terkejut aku.. Dah macam nak beli tiket balik raya aku rasa.. Ramai!!! Nombor giliran aku tu plak, lambat lagi.. So, aku tunggu jerk lah.. Tengah tunggu2 tu, ada lah beberapa budak tembam main lari-lari depan mata aku.. Comel plak aku tengok.. Terus aku update status kat FB..

Tembam-tembam budak2 yang main lari2 depan mata aku ni..Huhu

Lepas aku update tu, TERUS KENA CERCA ngan kawan-kawan aku..Kurang hasam!!!! Katanya, serupa aku lah, cam-cam lah.AWAS KALIAN! hahhahahh... :p

Akhirnya tiba giliran aku.. Kau tahu, aku pergi pakai baju warna CERAH plak masa tu. Terus dia suruh pakai blazer! Kecik weh! Tak muat!! Tapi aku paksa jugak bagi muat.. Segan giler masa nak amik gambar tu..  So, lepas 1 jam, kad pengenalan aku siap.. Pantas dan sangat efisien! TABIK!!! Dapat jerk kad pengenalan tu, benda pertama yang aku tengok ialah GAMBAR aku..bukannya ALAMAT..Muka aku nampak gemuk sangat!!!!! Aku boleh terdongak sikit ke atas plak!!! ARGH!!! Lepas ni, kalau dalam dewan exam, mesti aku rasa malu-malu nak tayangkan IC aku kat tepi kanan meja tu... huhuhu..

Tu jerk lah citer aku buat kad pengenalan.. :)

18 comments:

nurul nazifa said...

haha...lepas ni time exam terbalikkanlah ic tu ye tak.. :P

(dah lama tak tengok blog ni.. :) )

Cikgu Fikri said...

nurrul nazifa...

tau xpew..
tp fiq cadang nak guna ic lama yg fiq pernah fotostat warna dulu..huhu thanks cos sudi lawat blog fiq lg.. apa link blog nazifa.. td fiq klik kt g+ tu xder link blog nazifa.. :)

Cik Aied said...

gitu lah...
untunglah dah wat ic baru..hewhew

nurul nazifa said...

owh..ye ke...haha..tak reti la plak cmne nak gne profile baru ni...so...this is the link..

www.nurulnazifaazmi.blogspot.com

yana aina said...

Kat UTC mcm2 ado.... Cepat & pantas.

**** terimalah hakikat tombam .... Larikkkk hehehhh

Dezee said...

Hah..Dezee buat kat Wisma Negeri Kat Negeri Sembilan..2 Bulan baru siap..tapi xpe.masatu praktikal kat situ gak. Masa get ready untuk bergambar dia tanya "Xnk sikat?" Balas Dezee "Xpe lar bang, Mykad ni bukan tahan sgt..nnt kena buat banyak kali gak". Hahahaha

hnahdy said...

alamak ic.. hana xpernah tukar ic dari darjah 6. skrang dah 23. bayangkan lah..adoi la.. bila nak tukar. lama x nak siapkan ic tu

Cik Gee said...

baru pas cakap budak2 yg main2 tu tembam, kena pulak kt awak ye nanti.. sabo je laaa.. kih3...

Cikgu Fikri said...

Cik Aied..

hahahaah..nak pilihanraya kn..harus buat..huhu :)

Cikgu Fikri said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Fikri said...

nurul nazifa..

haah..agak pelik kn yg baru ni..byk lg fiq nk kena blajar utk yg baru ni..huhu..btw, thanks 4 the link..nnti fiq terjah yer :)

Cikgu Fikri said...

yana aina..

tau xpew..cm2 ada..
wah, nak main lari2 plak kn..huhuhhu :)

Cikgu Fikri said...

Dezee...

wah, org tu suruh sikat rambut? fiq plak masa nak pakai blazer tu cm segan sgt..haha :)

Cikgu Fikri said...

hnahdy..

wah..lama gak tu..
erm, bayar RM10 jerk..brgantung kat mana hana wat... better search internet, kat mana boleh siap cepat.. td, fiq wat, 1 JAM dah siap.. ada tu siap 2 jam.. :)

Cikgu Fikri said...

Cik Gee..
tu lah, Fiq plak kena..tp budak tu srius tembam..rasa nak picit pipi dia.. hahahaaha :)

fifie said...

Fie pun pakai ic lama lagi, sebab waktu form 5 dulu dah buat yang baru tukar alamat punya pasal. nanti lah nak buat jugak yang latest tapi kat rumah nie sebulan bru dapat

Cikgu Fikri said...

fifie..

samalah..sebab nk tukar alamat punya pasal..kt tmpt fiq pun sebulan..tu yg giigh wat kt melaka tu..1 jam siap huhu :)

Cikgu Fikri said...

fifie..

samalah..sebab nk tukar alamat punya pasal..kt tmpt fiq pun sebulan..tu yg giigh wat kt melaka tu..1 jam siap huhu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails