Tuesday, December 18, 2012

KENAPA AKU BARU TAHU YANG NOVEL DURI DAH DIADAPTASI JADI DRAMA? OH TIDAK!!!!

Assalamualaikum..

Novel DURI karya Fauziah Ashaari dah jadi drama? Drama DURI di Astro Prima! Sinopsis drama duri ? Kejap lagi aku cerita.. Sebenarnya aku terkejut! Biar betik? Kenapa aku baru tahu?? Oh Tidak!!!!! Nasib baik kawan aku bagitahu.. Kalau tak memang aku tak tahu..

Tadi masa tengah chat, aku tanya dia tengah buat apa. Dia cakap tengah tengok drama DURI. Lepas tu aku fikir, macam tajuk novel jerk.. Then kawan aku bagitau yang drama tu diadaptasi dari novel DURI karya Fauziah Ashaari.. SAH!!! AKU dah hagak dah!


Dulu masa around form 4 kott, aku start baca novel tu.. Serius feeling! Aku pinjam novel tu dari perpustakaan sekolah aku. Jangan kau tak tahu, sekolah aku pun ada menyediakan khidmat meminjam novel cinta..Hahaahaha.. Maasa baca novel tu, aku bayangkan kalau-kalau novel tu jadi drama, mesti best! Tak sangka plak dah jadi drama dah pun...

Meh kita tengok sinopsis :

Duri mengisahkan tentang Muzaffar yang gagal menjejaki tunangnya Nuri, beberapa bulan sebelum majlis pernikahan. Sebagai galang ganti, Sufi plak terpaksa berkorban untuk menutup aib yang dilakukan oleh adiknya sendiri. Akibatnya, Sufi mengorbankan cintanya dengan Hazim untuk kahwin ngan Muzaffar. Tanpa diduga, rupanya Muzaffar dan Hazim ni SEPUPU!!!!
Kehadiran Sufi ni plak tak diterima oleh Durrah mak mertua dia.. Kalau dalam novel, Sufi ni bijak melawan mertua dia tau..tu yang best..hahaahaha

Pelakon Drama Duri di Astro Prima

Watak Sufi dilakonkan Shera Ayob, Muzaffar pula disandang oleh Afiz Muiz dan Hazim oleh Izzue Islam.

Tu jerk lah aku nak cerita... Agaknya apa lagi novel best yang dah jadi drama ae? Ada tak ura-ura CINTA KAU DAN AKU karya SITI ROSMIZAH nak dijadikan drama??? 


10 comments:

trah zain said...

novel ni best.. jdk drama best jgk ka?

fifie said...

Entry kita tersama. haha. fie tiap tiap hari tunggu drama nie, terbaik ah si Sufi.

Cikgu Fikri said...

trah zain..

yes.. novel tu best.. tp tak tahulah dramanya best atau tidak..huhu :)

Inn said...

best gak la drama dia ... layan hehe

Cikgu Fikri said...

fifie..

hahhaahahaa... suka ngan watak sufi tu..dlm novel dia mmg best.. :)

Cikgu Fikri said...

Inn..

fiq xtgk drama dia..fiq baca novel jerk..huhu :)

Faridzuan said...

Dah jadi trend ek sekarang banyak novel-novel Melayu dah diadaptasi jadi Drama di TV. Btw, pelakon yang paling kanan tu pelakon baru ke apa? Dulu pernah nampak dalam majalah Remaja di bahagian Hero tahun 2009. Mungkin sekarang di dah jadi pelakon kot. Huhu.

Cikgu Fikri said...

Faridzuan..

tau xpew.. dh jd trend..
yup..yg paling kanan tu skrg jd pelakon..
citer mimpi cinderella kat tv3 tu pun dia berlakon.. dulu dia ada jugak berlakon dlm video klip sesaat kau datang by ramlah ram feat sleeq.. :)

محمد رازيق said...

bro, samalah. haha. aku pun baru tahu. huhu

Anonymous said...

dah habis pun drama duri. sangat menarik drama tu. saya tak baca novel pun, just tengok drama. pembetulan sikit, zaf dengan hazim adik beradik. bukan sepupu. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails