Tuesday, December 18, 2012

Khas Untuk Peminat Debat- Bengkel Bahas Ala Parlimen 2013 akan diadakan!!!!!

Assalamualaikum

Adakah anda merupakan peminat pertandingan Bahas Ala Parlimen? Ataupun ada adik anda, anak sebelah rumah mahupun jiran belakang rumah anda yang minat dengan Bahas Ala Parlimen? Ha, di sini aku nak maklumkan ada satu program baik yang sesuai untuk mereka yang ingin mendalami seni pengucapan awam ni. 

 (tetiba muncul plak gambar aku kan?hahaahahahaha..saja jerk)

Moderatornya bukan calang-calang orang ya.. Moderator pertama iaitu En. Rosli Ali yang merupakan Ketua Hakim Bahas Selangor dan juga Hakim Peringkat Kebangsaan.. Mantap kan?
Moderator kedua pula En. Harmi Mohammad Jamil yang merupakan jurulatih utama negeri Selangor. Pelbagai kejayaan telah dicapai? Tak percaya? Meh aku citer sket:

SMK SERI SERDANG ( Johan Kebangsaan 2007, 2011 serta Naib Johan Kebangsaan 2012) 
-yang ni aku pernah berlawan secara `friendly match` dengan peserta tahun 2012.. Memang mantap.. Penghujahan mereka kaya dengan ISI!!!! Serius!!!-
SMK TINGGI KLANG ( Naib Johan Kebangsaan 2008)
SBPI GOMBAK ( Naib Johan HKSBP (Bahas Piala Perdana Menteri) 2010, serta separuh akhir 2011 dan 2012)
-salah seorang peserta tahun 2010 iaitu Fatin Najwa, aku pernah lawan masa Debat Perpaduan IPG 2012.. Memang terbaik cara penghujahan dan bidasan. Penggulungan dia pun mantap!-

dan banyak lagi yer.. kalau nak tengok rekod En. Harmi Mohammad Jamil, boleh layari laman blog beliau di:

Jadi, mari kita lihat butiran di bawah untuk mengetahui tentang lebih lanjut berkenaan program tersebut.

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 2013 - Makluman Awal 

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 2013 bakal dianjurkan menurut butiran-butiran yang dicadangkan seperti berikut:
Tarikh : Sabtu, 26 Januari 2013
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
 
Lokasi : Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi
Carian : http://maps.google.com [Maktab Perguruan Islam Bandar Baru Bangi]
Anjuran : Kelab Seni Pengucapan Awam, IPG Kampus Pendidikan Islam
Kerjasama : Minda Intelek Global (Konsultan Pengucapan Awam)

Moderator 1 : En. Rosli Ali (Ketua Hakim Bahas Selangor & Hakim Kebangsaan)
Moderator 2 : En. Harmi Mohammad Jamil (Jurulatih Pasukan Bahas Sekolah)
- SMK Seri Serdang (Johan Kebangsaan 2007 & 2011, Naib Johan Kebangsaan 2012)
- SMK Tinggi Klang (Naib Johan Kebangsaan 2008)
- SBPI Gombak (Naib Johan HKSBP 2010, Separuh Akhir HKSBP 2011 & 2012)

Jumlah Penyertaan : 5 orang pelajar dan seorang pengiring bagi setiap institusi.
Yuran Penyertaan (pakej institusi) : RM 250.00 setiap institusi.
Yuran Penyertaan (pakej individu) : RM 100.00 setiap individu.
Yuran Penyertaan (peserta/pengiring tambahan) : RM 70.00 setiap individu.
Pembayaran yuran boleh dilakukan secara tunai/cek semasa hari pendaftaran.

Makan-minum, sijil penyertaan dan bahan bengkel akan disediakan untuk setiap peserta. Pengangkutan dan penginapan adalah bawah tanggungan institusi/individu. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Jumaat, 18 Januari 2013.
 Surat Jemputan boleh dimuat turun di SINI. 

Borang Penyertaan boleh dimuat turun di SINI.

Tentatif Program boleh dimuat turun di SINI.
Untuk maklumat lanjut atau penghantaran borang penyertaan, sila hubungi:
En. Harmi bin Mohammad Jamil
Tel : 012 215 4945
Emel : mjharmi@yahoo.com 
Faks : +603 8926 5366 (u/p: En. Shaiful Shaari)
  
Ha, mantap kan?? Aku pernah pergi bengkel seumpama macam ni.. Memang best... Pengisian penuh. Anda akan teruja melihat pelbagai lagi ilmu debat yang baharu. Serius.. Teknik-teknik izin laluan, bidasan, penggulungan dan macam-macam lagi lah.. Memang terbaik!


psssst: IPG kampus lain dari seluruh Malaysia pun boleh juga menyertai jika berminat! Jom lah! Jom!!! huhhu :)

10 comments:

Harmi Mohammad Jamil said...

Thanks Fikri sebab bantu promosikan program KESPA gak ni..

Nama saya ada silap sikit tu.. Hahahaha.. tapi takpe, tak lari jauh maknanya..

Oh, awak pernah lawan dengan Fatin Najwa a.k.a Wawa yer? Dia batch Integomb 2010 tu..

fifie said...

Fie dah selalu buat bahas ala parlimen dengan bf. hahaha. Selalu fie menang.

Faridzuan said...

Saya pernah ikut bahas ala parlimen bahasa Melayu tahun ini tapi kalah sebab pasukan sekolah saya semuanya masih freshie. Paling lucu time kami nak memperkenalkan diri. Guna pantun dua kerat yang berbunga-bunga! Sangat tak berapa sesuai dengan suasana parlimen! Hehehe.

Cikgu Fikri said...

Abg Harmi...

huhuhuhh..
sama-sama bang.. nama abg sy dh betulkan..maaf :)

Cikgu Fikri said...

fifie..

hahahahaa.. ngan bf tu bahas lain..huhu :)

Cikgu Fikri said...

Faridzuan..

huhuhuh.. takpew, asalkan ada pengalaman..wah, siap berpantun tu..huhuhuh :)

Sang Pemerhati said...

AWWWW.... nak join !!! tapi, no friends, no pengiring, no money, no transport -_- aiseyman. Heeeii.. sedihnya T.T

Cikgu Fikri said...

Sang Pemerhati..

cer bincang ngan cikgu sekolah..mner tahu mereka bole bawak..
:)

Harmi Mohammad Jamil said...

Saudari Sang Pemerhati, kalau benar-benar berminat, sila hubungi saya menerusi emel: mjharmi@yahoo.com

Saya boleh syorkan caranya. Terima kasih.

Muhammad Fildza said...

Boleh tak kalau ajak datang ke sekolah ?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails