Tuesday, December 25, 2012

MIMPI CINDERELLA EPISOD AKHIR

Assalamualaikum...

Episod akhir DRAMA MIMPI CINDERELLA TV3 baru sahaja habis tadi.. Gigih aku update blog untuk citer part akhir ni..Meh kita baca..

Lepas jerk Emir dihalau oleh Saleha masa melawat dia tu..(yelah kan..sebab Saleha tak nak Emir tengok kaki dia yang dah takder tu.. Tapi kantoi gak..).. Adik tiri Saleha pun balik.. Si Ita tu boleh sindir-sindir si Saleha.. Dia amik kasut yang Emir pulangkan dekat Saleha tu.. Lepas tu dia boleh cakap lebih kurang macam ni:

 kasut ni nak gantung kat telinga ker? 

Aku rasa nak tergelak jerk dengar.. Kurang hasam sangat... Masa tu, Saleha dah nangis-nangis dah.. Nasib baik ayah Saleha balik, terus tampar muka ITA tu.. Padan muka! Aku tepuk tangan!!!!! hahaahaha...


Masa Saleha ngan ayah dia dalam bilik plak, Saleha kata dia nak pulangkan kasut yang Emir bagi tu kat Cik Lorna balik.. Sebab katanya tak guna pakai kasut tu.. Dia bukan boleh pakai pun. Then tetiba ayah dia nampak cek RM 50 RIBU.. Rupanya Emir pulangkan kasut tu jerk, tapi siap ada cek lagi.. Mak tiri Saleha pun dengar perbualan tu. Elok-elok diowang plan nak keluar dari rumah tu, terus tak jadi.. hahahaah... Dia pun buat-buatlah baik ngan laki dia. Siap hantar makanan kat sawah.. Lepas tu dia boleh plak tanya pasal duit RM 50 ribu tu..Nampak sangat niat jahat tu.. Tapi ayah Saleha cakap, Saleha dah pulangkan cek tu kat Emir.. terus hampa mak tiri dia..hahaahaha..

Cik Lorna ngan Haikal plak dah berbaik.. Sweet plak aku rasa bila Haikal pujuk si Lorna tu.. Lorna sekarang dah baik.. Dah solat.. Bagus dia.. Dia berubah lepas tahu yang kaki Saleha dah takder masa episod minggu lepas.. Masa Haikal datang minta maaf kat Lorna, Lorna pun tanya pasal pompuan bertudung yang dia nampak ngan Haikal aritu.. Rupa-rupanya tu idea Dato` Sabri (Papa Lorna)...

Bila Cik Lorna dapat balik kasut yang Saleha pulangkan tu.. Dia suruh Emir bagi balik kat Saleha.. Tapi Emir cakap Saleha nak tengok Lorna pakai kasut tu masa kahwin nanti.. Si Lorna plak tak sanggup nak pakai sebab dia tahu yang Saleha betul-betul sayangkan kasut tu... So, dia terus bagi kasut tu kat Emir untuk dipulangkan kepada Saleha lagi sekali.. Tapi masa part Lorna nak pergi kahwin tu, aku tengok cam Lorna pakai kasut tu.. Aku pun keliru plak tetiba..huhu

Selesai jerk majlis perkahwinan Lorna ngan Haikal.. Papa, nenek dan Emir datang rumah Saleha untuk merisik Saleha.. Masa tu Saleha dah nak pergi sambung belajar dah.. Tapi Emir plak datang merisik.. So, apa lagi, seperti yang semua penonton harapkan... Mereka berdua kahwin...  Tu jerk..

Komen aku plak, bagi aku episod akhir ni memang dah dijangka endingnya.. Cuma aku mengharapkan agar mak tiri Saleha tu diceraikan oleh ayah dia.. Geram aku ngan mak tiri dia.. Boleh plak dia tonyoh kepala Saleha lepas Emir balik tu.. Dia kata Leha ni bawak malang lah..Motif sangat..Tapi dia tak diceraikan pun... Aku suka tengok adik tiri Saleha yang lagi sorang tu.. Baik jerk dia ngan Leha..huhuhuh..

Tu jerk lah ending citer tu.. Korang tau tak tajuk lagu yang suara penyanyi tu cam suara Saleha... Cam best jerk lagu tu..Dia ker yang nyanyi?

17 comments:

selipar putih said...

tak tengok..haha

-mencari entryterbaik 2012..boleh share entry terbaik korang dalam segmen ni,,..jom join

http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html

Unknown said...

afifudin..

segmen ko best..'
aq dh join..tq :)

Anonymous said...

Lagu sastera kupu-kupu

ruby bieha said...

akk still kai blog yg sme..cume tukar url.. lau rjen blik2 r blog akk..kot2 mak ke bknan kt tudg akk :) limited bb akk sndiri yg jhit

fifie said...

Fiq adik tiri saleha yang sekarang berlakom drama TV3 pkul 7 tu cantik kan. Fie tak ingat nama dia. Tapi fie suka dia (bukan lesbian) haha

-meeSUPERGIRL- said...

dah tgk td .. lastly kawen jugak haha

Chic Na said...

tengok2. happy ending kan. ;)

Unknown said...

kak ruby..

wah..akak jahit? terbaek ar! :)

Unknown said...

fifie..

drama pukul 7 kt tv3 skrg ni fiq tak tgk.. best ker? bila fiq baca komen fie ni, tiba dekat part `bukan lesbian` tu terus fiq rasa nak gelak..huhu :)

Unknown said...

mee Supergirl..

tau xpew..dah hagak dh kn.. :)

Unknown said...

Chic Na..

haah..happy ending..huhu :)

Unknown said...

anonymous..

wah..1st time dgr tajuk lagu tu.. ingtkan Saleha yg nyanyi..bukan ae? tgk td nama mimie apa ntah... nak try dgr lah jap lg..thanks ya.. :)

Putri Cahaya / Putri NAJ said...

haha..aku yg dh tgk ni gigih plak baca post kau..
ee.geram sgt dgn mak tiri dia tu..pelik betul la drama melayu ni..kenapa x tunjuk pembalasan kat org yg buat jht ek..pelik2..aku harap sgt ayh dia ceraikn mak tiri dia tu tp x jugak cerainya..pdhl ayh dia sndri thu mak tiri dia jhat..geram plak..huhu..apepun, ending dia happy ever after mcm cite dongeng tu..

Unknown said...

Putri Cahaya..

tau xpew weh.. aku geram btol..patot biar dia rasa pembalasan..huhu :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
diya jamal said...

seb bek tak tengok. patutnya lebihkan pasal emir & leha tu. mak tiri tak kena cerai? baik sangatlah bapa dia tu!

ٱللَّٰهُ أَكْبَرُ ibnu arasy 2024 1974 ٱللَّٰهُ أَكْبَرُ said...

Malam ni cerita hantu langsir lakonan afiq muiz @ mimpi Cinderella.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails