Wednesday, December 19, 2012

PENGALAMAN AKU MENGAMBIL RESULT PMR

Assalamualaikum..

Result PMR 2012 baru jerk diumumkan tadi kan.. Alhamdulilah.. tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya. Kepada yang sedih,  takpew, SPM ada lagi.. yang penting jangan putus asa.. Kecewa sekali, tak bermakna kecewa selamanya. Rezeki Allah S.W.T sentiasa ada di dunia. Bergantung dengan bagaimana cara kita usahakannya jer.. Ingat, kejayaan milik orang yang berusaha. Itu pesan ustazaha aku. Aku sentiasa simpan dalam laci minda aku.

Ok, berbalik dengan tajuk. Ha, masa tu, aku ingat lagi, PMR tahun 2006 di SMK PASIR GUDANG 3..Masa nak pergi amik keputusan tu.. Excited+Gelabah sebenarnya.. Hahahah... Aku pergi sekali dengan kawan aku. Namanya Azreen. Masa tengah gelabah nak pergi ni, baru aku teringat tentang kasut sekolah. Mana kasut sekolah aku? Aku gigih cari dalam stor. Ada sebelah jerk! Bertungkus lumus dengan seragam sekolah ni. Cari lagi sebelah. Aku gelabah! Fuh.. nasib baik jumpa. Tak kisahlah koyak ke tak. Alah...dah hujung tahun kan.. Pakai jerk lah..

Waktu tu hujan seh.. Aku ada janji dengan lagi sorang kawan aku nak pergi saing. Namanya Aliff. Tapi kami pergi dulu. Tak silap aku dia nak tunggu hujan berhenti. Maka, ktorang pergi dulu. Gigih ktorang menapak pergi sekolah. Dah lah pergi jalan kaki. Tapi kerana result., gigih jugak. Masa tu takder lagi check-check online ni.. semua tunggu kat sekolah. Dengan kasut aku yang koyak tu. Aku redah lecak, lopak. Rasa macam adegan dalam drama plak.. Jalan-jalan dalam hujan. Seronok!

Akhirnya sampai dekat sekolah. Memang gelabah tunggu result. Bila datang orang yang ditungu datang ke atas pentas (GPK 1 or PENGETUA), maka keputusan diumumkan. Yang terbaik semestinya dipanggil. Semestinya nama aku tak. Memang aku lemah Math dulu. So, tak berharap sangat. Bermula dengan 7A 1B sampailah 8 A. Bila nama 8 A disebut. Kawan aku yang bernama Alif tu kebetulan baru sampai sekolah. Sampai-sampai terus naik pentas. Tahniah Alif!

Nama-nama yang tak disebut tu, kena ambil dengan guru kelas dekat dewan. Aku lagi gelabah. Masa tu. Sorang-sorang nama dipanggil oleh guru kelas aku. Aku hanya menunggu. Tiba-tiba belum pun nama aku dipanggil, kawan aku dah cakap slow-slow dengan aku. 

Fiq, kau dapat 5A.

Ha? Kau biar betul. Aku sangat tak sangka. Aku mana pernah dapat 5A sebelum ni. Mungkin pada korang, 5A tu biasa, tapi tak bagi aku. Masa trial pun 1 A 4 B... Tapi alhamdulilah..Bila nama aku dipanggil, aku tengok betul-betul. Memang aku tak sangka sangat. Walaupun Math dapat C, itu dah cukup syukur buat aku.  Alhamdulilah..


Ni antara kawan-kawan aku masa Form 3.. Taun 2011, dapat jugak aku jumpa mereka masa raya.. :)

Tu jerk lah cerita aku. Lepas form 3,  aku pindah ke Melaka. Zaman aku di Melaka memang berbeza dengan di Pasir Gudang. Huhuhu... Oh yer, apa jadi dengan Azreen?

Azreen sekarang tetap cemerlang dengan bidang lakonannya di UITM.. Aliff pula? Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dia telah kembali ke rahmatullah pada bulan April 2012 akibat kencing tikus. 

Al-Fatihah buat Mohd Aliff Ashriq bin Mohd Ali

9 comments:

selipar putih said...

aku cuak mase kat umah,dah gerak ngan membe tu lupe dah..ambek pon selamber je..sebaik okay..haha
aku pmr 2008,.

hnahdy said...

uuuu... pegalaman tu. hana ambik result time hujan gak :)

Unknown said...

afifudin..

tau xpew.. dh gerak ngan member tu..lupa segala cuak.. :)

Unknown said...

hnahdy..

hahahaah..btol tu..mmg kenangan.. :)

Faridzuan said...

Tahniah! Dapat 5A pun rasa dah bersyukur sangat, ada sesetengah orang tu dapat 7A 1B pun masih tak pandai nak bersyukur. Tapi terkilan sikit kawan cikgu tu dah kembali ke rahmatullah. Takziah buat keluarga arwah. Semoga ilmu yang dipelajarinya menjadi bekalan buat arwah di akhirat kelak. :')

Unknown said...

Faridzuan

terima kasih..
kwn sy tu pandai orangnya...
smoga rohnya bahagia di sana..
Amin...

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Orang yang baik-baik Allah jemput awal. al-Fatihah..

fifie said...

Memang cuak gila lah, oh PMR 2006 waktu tu fie dah SPM. hikhik. fie dapat 7A, hebat dah tu rasa nya. Hahaha

Unknown said...

fifie..

wah..mantap lah 7A.. tahniah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails