Wednesday, December 19, 2012

PESERTA KONSERT AKHIR VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA 2

Assalamualaikum...

Keputusan Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 Separuh Akhir baru sahaja diumumkan tadi., Memang seperti yang aku jangka, mereka berdua layak ke Final... Siapa mereka berdua tu?

Tahniah diucapkan buat:


UCOP

dan


MAR

Walaupun aku minat Nadeera, tapi malam ni dia terlalu berhati-hati. Masa mula-mula tu pun aku dah perasan gak..Tapi overall ok bagi aku.. Nak-nak part tarik tinggi tu.. Huhuhu...  Mar pun aku minat dulu.. Tapi dulu dia asik bawak lagu rancak jerk, so vokal dia tak berapa terserlah.. Malam ni dia bawak lagu slow.. Mantap weh!! Siap buat wistle lagi tu.. Bukan semua orang boleh buat whitsle ala-ala cam Mariah Carey tu.. Walaupun bagi aku tak berapa jadi, tapi ok!! Nice!!!

Yus pula memang terbaik nyanyian lagu asli dia.. Aku bayangkan sebenarnya kalaulah Yus ngan Ucop pergi final. Agaknya macam manalah UCOP bawak lagu asli then YUS bawak lagu ROCK untuk pertemuan BATTLE final nanti..

Ucop malam tadi memang terbaik... Kelebihan dia ternyata high pitch tu.. Mantap!!! Ucop juga diumumkan sebagai peserta yang memperoleh MARKAH PALING TINGGI!!!! 

Senarai lagu separuh akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 malam tadi :

1. Ucop - Seroja ( Search)
2. Mar - Kerna Ku Sanggup ( Agnes Monica)
3. Yus - ntah.. aku lupa.. dia bawak 2 lagu medley..
4. Nadeera - Dedebu Cinta ( Misha Omar)

Untuk final nanti, aku tengah bayangkan camner lah Mar nak bawak lagu Rock si Ucop tu dan macam mana plak Ucop nak bawak lagu pemberian Mar.. Aku rasa Mar mesti cabar Ucop bawak lagu English... Paperpown, kita tengok nanti konsert final minggu depan!!!! :)

4 comments:

Harmi Mohammad Jamil said...

Wah.. pengkritik tetap ketiga nampaknya ni.. Huhuhuhu..

Cikgu Fikri said...

Abg Harmi..

hahahaa.. ada-ada jer abg harmi ni..huhu :)

fifie said...

Yang fie minat dah keluar last week. Sobs sobs

Cikgu Fikri said...

fifie..

fifie minat bella ADLI or abang ae?huhu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails