Sunday, December 30, 2012

REVIEW BLOG BEST : Tempat Ketiga Segmen Kenali Kawan Baik by Syazlia dan Husna

Assalamualaikum...

Kalau semalam dan tadi aku dah creview blog SANG JUARA dan NAIB JUARA, tibalah masanya untuk aku review blog TEMPAT KETIGA pula iaitu......................... berikan ucapan TAHNIAH dan tepukan gemuruh kepada:



(tepuk tangan.. puk..puk..puk..-> bunyi org tepuk tangan)

Kalau korang nak tahu, Anis Nabilah merupakan seorang blogger berusia 12 TAHUN yer! Aku ulang 12 tahun! Ya Allah sebaya anak murid aku!!!!! Aku mula-mula tengok blog dia, aku ingatkan umurnya 16 tahun camtu.. then bila aku baca entry pasal SEGMEN yang dia dapat tempat ketiga ni ha, baru aku tahu yang dia berusia 12 TAHUN! Aku sungguh tak sangka!

Anis Nabilah boleh dikatakan seorang blogger muda yang mempunyai gaya penulisan yang tidak seperti usianya. Aku tengok struktur ayatnya, memang macam budak 16 tahun! Wah, ini menunjukkan satu perkara yang bagus untuk blogger kecil berusia 12 tahun ini.

Ok, saat untuk mereview! Jom kita mula!

Dari segi design blog, bagi aku Fiq ok yer Anis.. Tak nampak serabut sangat. Cuma kalau boleh, Anis kena mantapkan penggunaan WARNA yang sesuai. Sebagai contoh, kalau boleh, Anis gunakan WARNA FONT seragam serta mudah orang nak baca. Ha, contohnya kalau Anis nak guna warna HITAM, seeloknya biar semua tulisan tu warna hitam. Fiq faham, mungkin Anis nak pelbagaikan warna biar nampak cam warna-warni kan? Sebenarnya, Fiq pun dulu macam tu.. (HAHAAHAHAHA!!!!!).. Serius Anis.. Fiq rasa macam seronok plak kalau warna warni tu. Tapi ada beberapa orang pembaca blog Fiq kata, yang warna yang pelbagai tu menyebabkan pening So, cam susah nak baca blog Fiq. Jadi, mulai dari saat itu, Fiq pun gunakan font 1 warna jerk.. kalau nak fokuskan ayat pun, just guna warna MERAH.. Oh yer, warna kat chatbox tu pun kalau lagi pekat lagi better.. Sekadar cadangan jerk...

Ha, lagi satu, warna background blog Anis menggunakan warna cerah kan? Lagi better kalau Anis rasa nak tukar background, pilih warna yang gelap sket..Supaya para pembaca lebih selesa. Yang part tulisan tu, background putih pun tak pew. Tapi yang background luar tu, kalau warna gelap lagi elok. Contoh cam kat blog ni : CIK AMAL. or CIK EPAL

Kedua, cam Fiq review blog yang jadi JOHAN semalam. Kalau boleh, seeloknya jangan gunakan lagu. Kalau nak guna pun, better guna lagu yang instrumental jerk. Sebab takut menggangu para pembaca.  Ganggu macam mana? Ha, bayangkan kalau orang tu tengah dengar lagu, lepas tu dia masuk blog Anis, terpasang lagu Anis gak. Maka, akan menyebabkannya serabut lalu mungkin akan keluar dari blog ANis. Ha.kan dah rugi. Macam Fiq ni ha, tak kisah sangat sebab lagu kat blog Anis sedap! Tapi tak tahu lah pembaca lain kan.. 

Ketiga plak, Fiq suka gaya penulisan Anis. Santai, bersahaja dan ada unsur kecindan sket. Fiq boleh bayangkan masa Anis citer pasal motor kapcai yang Anis naik ngan kawan Anis tu.. Fiq dah tersenyum masa tu. Dapat bayangkan betapa korang terpaksa cover malu..Hahahaahaha.. Paperpown, hope persahabatan korang kekal sebab dia dah nak pindah sekolah lain kan?

Keempat plak, oh yer, Fiq sampai sekarang tak dapat lagi nak loading gambar header blog Anis. Even line internet Fiq ni lombab, tapi kalau kat blog orang lain boleh, tapi bila kat blog Anis cam tak boleh plak. Jadi Fiq beranggapan bahawa saiz header blog Anis agak berat. Seeloknya gunakan saiz header yang ringan suapaya cepat loading.. Huhuhu...

Tu jerk lah komen Fiq pasal blog Anis. Secara jujur bagi seiorang blogger berusia 12 tahun macam Anis, ini merupakan satu perkara yang membanggakan. Sebab bukan semua orang pandai buat blog yer... Tahniah! Fiq nak mohon ampun kalau apa yang Fiq komen tu menyinggung perasaan Anis. Fiq pun bukan bagus sangat dalam dunia blog, cuma kita sama-sama belajar untuk jadi lebih baik dalam dunia blog yer. So, lepas ni, good luck plak untuk alam sekolah menengah! :)

Korang JOM TERJAH DAN FOLLOW BLOG BUDAK 12 TAHUN NI! OHSEM!


5 comments:

laskar pelangi said...

wah wah! bila nak review blog pelangi plak? kih3

Cikgu Fikri said...

laskar pelangi..

hehehe.. nak ker? :)

laskar pelangi said...

boleh je...hek3 suka nak tau komen org pasal blog sendiri..biar negatif pun..heheee..

saya mmg study kat bangi.ukm bangi..heeee lastweek saya ada try restoran sharifah syeksen 7 tu..bestttt! saya order yg nasi goreng morocco tu..kenyang wooooo!padat perot..he3

Cikgu Fikri said...

laskar pelangi..

heheeh.. in shaa Allah t klu Fiq ada masa, Fiq review blog pelangi yer..wah, nasi goreng morocco pun Fiq selalu order klu g situ.. sedap!!!!!!!! :)

TiranaAduka said...

bila la agaknya time tirana aduka pulak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails