Saturday, December 15, 2012

SENARAI PEMENANG PERSEMBAHAN TERBAIK ANUGERAH JUARA LAGU | AJL 1986 - 2011 |

Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak ni, aku asik buat kajian  terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) dari tahun mula disiarkan (1986) sampailah tahun lepas... Macam-macam aku ambil tahu, dari senarai pemenang, pengacara, sampailah persembahan terbaik.


Ha, korang semua tahu, persembahan terbaik dulu pernah ada tempat pertama, kedua dan ketiga tau... Lepas tu, anugerah lirik terbaik pun ada. Yang pastinya persembahan terbaik bagi aku mengikut zaman.. Dari zaman mula2 dulu, then bila Sudirman guna pemetik api masa lagu merisik khabar, sampailah Alyah jadi ala-ala patung Barbie tahun lepas...

Ok, meh kita tengok senarai pemenangnya..

  • 1986 :Allleycats (Sampaikan Salam Cintaku)
  • 1987 : Sudirman (Merisik Khabar) - masa ni Sudirman guna pemetik api..
  • 1988 : Ramlah Ram (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu) - ingat lagi dengan baju berlampu love tu? terbaik ar...
  • 1989 : Search (Isabella)
  • 1990 : Wings (Sejati)
  • 1991 : Shima (Setelah Aku Kau Miliki) - masa ni Shim diangkat oleh penari tu.
  • 1992 : Tidak dipertandingkan
  • 1993 : Fauziah Latiff (Teratai Layu di Tasik Madu) - masa ni Adnan Abu Hassan duduk sambil jadi penyanyi latar bersama lagi 2 orang.. Lunak suara latar mereka.. Ditambah dengan tarian Fauziah Latiff dengan seorang penari.
  • 1994 : M. Nasir (Tanya Sama Itu Hud-hud) - persembahan M.Nasir sangat slumber..terbaik!
  • 1995 : Aishah (Cinta Beralih Arah) - ala-ala macam cerekarama..
  • 1996 : Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan) - masa ni Anuar Zain jadi salah seorang model yang tangannya terikat...
  • 1997 : Siti Nurhaliza (Aku Cinta Padamu)
  • 1998 : Noraniza Idris (Dikir Puteri)
  • 1999 : Noraniza Idris (Dondang Dendang)
  • 2000 : Noraniza Idris (Ngajat Tampi) - wah..Noraniza Idris sempat lagi buat tiupan api masa akhir persembahannya... mantap!
  • 2001 : Siti Nurhaliza (Ya Maulai) 70% juri / 30 % SMS - Diiringi zapin yang sangat comel..
  • 2002: Siti Nurhaliza (Nirmala) - Ni yang best..ramai gler penari!
  • 2003: Siti Nurhaliza (Ku Milikmu) - konsep hip hop yang sangat unik!
  • 2004 : Noraniza Idris (Hatinya Tak Tahan)
  • 2005 : Mawi (Aduh Saliha) 50% juri / 50% SMS
  • 2006 : Hazami (Mungkir Bahagia) - Best gler koir dia!!!!
  • 2007 : Mawi (Angan Dan Sedar) 50% juri / 50% SMS - Ada silap mata! terbaik!!!!
  • 2008 : Faizal Tahir ( Sampai Syurga) - simple but kreatif!!!!
  • 2009 : Aizat Amdan (Kau Aku) - penari sekolah yang awesome!! meriah!!!!
  • 2010 : Faizal Tahir (Hanyut) - konsep air dan sangkar! basah lencun Faizal.. tapi masa ni orang kata yang masuk air tu just rakaman jerk..
  • 2011 : Alyah (Kisah Hati) - ala-ala barbie doll..tapi secara jujur, aku suka jugak persembahan Najwa Latiff dengan replika Youtube yang comel..haha
  • 2012 - siapa?? tahun ni konsep undian SMS diperkenalkan sekali lagi...
 sumber : SINI

Korang perasan tak, sejak Hazami (Mungkir Bahagia) menang persembahan terbaik, start dari situ ramai yang makin kreatif..Pemenang pun dipilih berdasarkan persembahan yang kreatif dan unik Huhuhuh..
Ok..tu jerk untuk petang ni..Malam nanti ada Anugerah Planet Muzik.. Agak-agak Terukir di Bintang boleh menang lagu TERBAIK SERANTAU tak?

2 comments:

potia casadelarossa said...

NICE INFO CIKGU

Cikgu Fikri said...

potia..

thanks.. best tgk live streaming APM td..thanks gak.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails